Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
April
(23)
- Koleksi Gambar Kenangan.
- Apa itu MOTIVASI dan Apa Gunanya Teori Motivasi.
- Merentas Desa dan Sukantara Tahun 2020
- 3 Dalam 1, Tahun 2020
- Birthday Pengetua Cemerlang JUSA C.
- Majlis Persaraan Usz. Radiah Haji Maidin.
- Program Awal Tahun 2020.
- Kepentingan Solat.
- Fadilat Ramadan.
- Amalan Budaya Penyayang Kelab Staf 2019,
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018.
- Annual Dinner Asrama Malaysia Maktab Sabah.
- Majlis Apresiasi HEM Maktab Sabah.
- Program ASRAMA MALAYSIA.
- Pengantarabangsaan
- Pasaria PIBG Maktab Sabah 2019.
- Perhimpunan Sekolah 2020.
- Pembimbing Rakan Sebaya 2020.
- Amalan Budaya Penyayang.
- Pelajar Tingkatan 1, 2020
- Pandemik Covid :19
- PANDEMIK COVID:19
- Seminar Keibubapaan 2020
-
▼
April
(23)
Friday, April 17, 2020
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),Maktab Sabah mengadakan mesyuarat untuk penetapan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2020. Perancangan yang sepatutnya dilaksanakan pada akhir bulan Mac 2020, terpaksa ditangguhkan ekoran Pandemik Covid :19. Selepas mesyuarat jawatankuasa PIBG, semua ahli jawatankuasa PIBG, diminta hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Kepimpinan Murid Badan-Badan Khas di Dewan Perdana, Maktab Sabah.
Kelihatan Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG,En. Sulaiman Liman NYDP PIBG, Puan Zunaidah Zakaria, PKHEM serta barisan guru yang menganggotai PIBG mengabadikan gambar kenang-kenangan di Collegian Square, Maktab Sabah,Kota Kinabalu.
Gambar di bawah ialah bersama dengan Ydh ASP Alamshah Bin Gulam, Merupakan Ketua Lokap Balai Polis, Kota Kinabalu merangkap Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, bagi melancarkan Program Jom Masuk Sekolah di Blok Tingkatan 6, Maktab Sabah. Turut sama Yang Berusaha En. Sulaiman Liman, NYDP PIBG, Puan Morene Liew Yen Yen,Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Zunaidah Zakaria,Penolong Kanan HEM dan sahabat-sahabat guru-guruTingkatan 6.
Sesi bergambar berlatar belakang Dewan Turnbull,Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Bacaan Doa sempena pelancaran program.
Situasi di SICC, dimana Penulis sempat bergambar bersama Pengarah JHEAINS dan juga Pegawa-Pegawai dari JAKIM sempena Negeri Sabah menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran,Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.
Sebelum mesyuarat PIBG, penulis dan Ustaz Muhammad Fazli Hj. Madiah, sempat meninjau tempat pelaksanaan program bagi memudahkan pergerakan sekiranya berkeinginan untuk menyaksikannya. Alhamdulillah, sempat datang semasa perasmian dan penutupan program bersama isteri dan anak-anak.
Bergambar bersama anak dan anak-anak murid yang sempat ditemui semasa majlis perasmian penutupan Tilawah dan Hafazan Al Quran,Peringkat kebangsaan. Berpeluang juga bertemu dengan sahabat lama yang kini Guru Besar di SK.Mook, Papar iaitu Ust. Asmadi Labatu.
Penyerahan keputusan Peperiksaan SPM 2019. Pelajar-pelajar berasa riang dan gembira dengan hasil yang mereka usahakan selama di bangku persekolahan.
Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan 6A keatas disampaikan keputusan oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Penyampaian keputusan peperiksaan cemerlang ini adalah untuk diperkenalkan kepada semua yang hadir semasa keputusan peperiksaan diserahkan. Pelajar-pelajar cemerlang akan ditemani oleh ibu bapa masing-masing semasa menerima keputusan tersebt dari tangan pengetua sekolah.
syabas dan tahniah kepada anak-anak murid yang cemerlang dalam SPM 2019.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment