Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, April 23, 2020
Ada pakar berpendapat tugas pemimpin yang paling utama adalah memberi dorongan kepada orang yang dipimpinnya. Tetapi ada pula pakar mengatakan bukan tugas pemimpin ataupun pengurus mendorong mana-mana pekerja, Tugas pengurus cuma menyediakan suasana kerja yang berupaya mendorong pekerja itu mahu mendorong dirinya sendiri. Sebenarnya setiap individu memilih sama ada mahu mendorong diri sendiri ataupun tidak. Tanggungjawab pengurus adalah mengadakan suasana yang diperlukan oleh para pekerja itu bagi mendorong diri mereka sendiri.

Menurut pandangan ini, walaupun pemimpin dapat mendorong para pekerja, tetapi suasana di tempat kerja adalah pendorong yang lebih besar pengaruhnya ke atas psikologi pekerja. Keadaan di tempat kerja adalah faktor yang mempengaruhi tingkah laku pekerja. Semangat kerja sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Motivasi sangat kritikal dalam kalangan tiga kelompok:
1. Mereka yang baru mula bekerja.
2. Mereka yang sudah bekerja dalam kumpulan jawatan pertengahan.
3. Mereka yang tidak mempunyai banyak peluang naik pangkat ataupun perkembangan diri.

Bagi para pengurus, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah bagaimana mahu mendorong semangat kerja baik jangka masa pendek  mahupun jangka masa panjang. Antara punca masalah itu adalah;
  • Kompleks dan sukar difahami. Motivasi adalah satu perkara yang kompleks dan sukar difahami. Sedangkan pakar-pakar psikologi pun sukar memahami apa yang dapat mendorong seseorang ataupun sebaliknya, apatah lagi para pengurus.
  • Tiada teori yang jelas. Tidak ada mana-mana teori yang berupaya menerangkan apakah sebenarnya dapat mendorong seseorang pekerja itu bekerja secara sukarela ataupun berkesan.
  • Banyak motif. Terlalu banyak motif yang mendorong mempengaruhi tingkah laku dan prestasi pekerja,
  • Teori-teori masih tidak konklusif. Teori-teori motivasi yang ada masih tidak konklusif. Masing-masing mempunyai kelemahan dan sudah di kritik oleh pakar-pakar sendiri. Bagi setiap kes yang dikatakan menyokong teori itu, ada pula kes yang bertentangan.

Berdasar punca-punca ini, para pengurus perlu mencari mana-mana bahagian pada teori-teori itu yang dapat digunakan di tempat kerja dan tidak hanya memilih satu teori sahaja.

Apa itu teori motivasi?

Istilah motivasi berasal daripada perkataan latin  movere  yang bermakna bergerak. Justeru, istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Bidang motivasi menjawab pertanyaan 'mengapa' dengan tingkah laku, iaitu sebab-sebab yang mendorong manusia melakukan pelbagai perbuatan.

Ditinjau dari satu sudut, motivasi didorong oleh kepentingan peribadi. Di sebalik setiap tingkah laku ada persoalan, 'apa aku dapat' sebelum seseorang itu mahu melakukan sesuatu perbuatan. Ertinya manusia sentiasa mendahulukan kepentingan peribadinya dalam semua tingkah lakunya. Ini adalah pandangan psikologi Barat. Mereka percaya apabila individu itu menolong orang lain sekalipun, tujuan  utamanya adalah menolong dirinya sendiri. Sebagai contoh apabila individu itu memberi wang kepada peminta sedekah, beliau melakukannya disebabkan perbuatan itu menimbulkan perasaan 'lega' dalam hatinya. Beliau merasakan yang beliau seorang yang baik hati. Beliau juga mahu dirinya menjadi orang yang diperlukan oleh orang lain, dengan ini barulah beliau merasa dirinya orang penting.

'2005, Universiti Malaysia Sabah, Ijazah Sarjana Psikologi Kaunseling'

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414