Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, July 8, 2020
Pemimpin berkarisma memancarkan kuasa karismanya dengan gerak badan yang menyenangkan.

Pemimpin berkarisma memancarkan kuasa karismanya dengan gerak badan yang menyenangkan. Mereka memahami kuasa yang wujud daripada gerak badan mereka. Ia juga berfungsi lebih hebat daripada kata-kata yang diucapkan. Saudara boleh merasa kehadiran karisma dalam diri seseorang, tetapi saudara sukar menjelaskan ciri karisma itu. Cara mudah mengenal pasti kehadiran karisma adalah dengan melihat bagaimana seseorang itu menggunakan gerak badannya memberi mesej simbolik.

Apabila pemimpin masuk ke dalam suatu majlis, perhatikan bagaimana dia senyum, gerak mata, gerak tangan dan kedudukan bahunya. Semasa bermesra dengan hadirin yang datang, perhatikan bagaimana cara pemimpin itu bersalaman dengan orang ramai dan bezakan dengan cara pemimpin itu bersalam dengan pemimpin bawahannya.

Tempat-tempat awam adalah kawasan paling sesuai melihat bagaimana manusia menggunakan gerak badan mereka bagi mengekspresikan atau meluahkan perasaan mereka. Bayangkan saudara berada di pusat membeli belah, saudara menyaksikan gelagat manusia. Dengan gerak badan mereka, saudara dapat mengetahui apa yang mereka sedang lakukan walaupun tanpa sebarang kata-kata.

Charlie Chaplin mempelopori lakonan tanpa suara. Mereka melakonkannya dengan gerak geri mereka sahaja. Kita memahami maksud beliau hanya melihat bagaimana mata, kepala, tangan dan anggota lain berfungsi memberi sesuatu maklumat.

Mengapa Memahami Bahasa Badan Penting?

Kajian menunjukkan  55 peratus komunikasi adalah melalui komunikasi bukan verbal. Oleh itu, apabila saudara memberi ucapan, 55 peratus keseluruhan ucapan saudara dinilai daripada gerak badan saudara. Kajian Charles Darwin dalam The Expression of the Emotion in Man and Animals mempelopori kajian berkaitan bahasa badan binatang dan manusia. Ia mula dibangunkan pada awal tahun 60-an oleh Julius Fast. Kemudiannya masyarakat semakin sedar kewujudan bahasa.

Namun begitu tidak semua pemahaman manusia berkaitan bahasa badan itu betul. Kita menggerakkan badan kerana pelbagai sebab. Contohnya seorang lelaki menggaru hidungnya. Mengikut kajian apabila seseorang menggaru hidung, bermakna dia sedang cuba menipu. Tetapi, jika dia memang menghadapi masalah gatal hidung, ia tidak secara terus menggambarkan andaian umum yang dibuat kepada orang yang menggaru hidung semasa bercakap.

Memahami bahasa badan penting dalam membina karisma. Dengan memahami setiap gerak badan yang penting, saudara dapat mengawal gerak badan supaya dilihat berketrampilan. Namun, tanpa memahaminya terlebih dahulu menyebabkan saudara memberikan isyarat yang salah. lihat sahaja pemimpin-pemimpin besar, mereka mengawal ekspresi badan dengan baik. Bermula dengan senyuman, cara bersalam dan lain-lain. Pada masa yang sama juga, saudara dapat mengenal pasti isyarat secara senyap yang cuba ditonjolkan oleh setiap individu yang bertemu dengan saudara. Oleh itu saudara dapat mengendalikan isyarat yang mereka tonjolkan melalui gerak badannya.


Bahasa Tangan.
Terdapat beberapa keistemewaan dalam bahasa tangan.

Keterbukaan dan kejujuran.
Tangan terbuka melambangkan keterbukaan dan kejujuran. Apabila seseorang mengangkat sumpah, tangan mereka diangkat ke atas dengan terbuka. Apabila seseorang membuka kedua-dua belah tangannya sambil berkata "biar saya berterus terang'. Ia adalah pergerakan yang tidak disedari oleh individu itu sendiri. Saudara boleh menjangka seseorang itu bersifat terbuka dengan gerak tangannya walaupun sebelum dia bercakap.

Sekiranya seseorang memakai kot ataupun jaket, dia dilihat sebagai seorang yang terbuka dan mudah diajak berbincang apabila dia menanggalkan butang kotnya. David Lettermen menaggalkan butang kotnya apabila beliau berdiri dan mula berkata-kata. Di Eropah, seseorang itu dilihat mudah didekati apabila dia meninggalkan kot semasa rehat dan aktiviti tidak formal. Dalam hal ehwal berunding, gerak badan itu diperlukan bagi mencapai persetujuan. Bukan mudah bagi seseorang menipu ataupun berpura-pura sebagai jujur dan terbuka dengan menggunakan gerak tangan yang terbuka.

Kuasa tangan.

Salah satu gerak badan yang paling berkuasa adalah gerak tangan. Apabila seseorang menggunakan gerak tangan yang sesuai, ia memberikan isyarat status sosial yang mereka ingin tonjolkan. Terdapat tiga gerak tangan yang berbeza.
  1. Gerak menyerah
  2. Gerak tangan mendominasi
  3. Gerak tangan mengarah.
Ketiga-tiga jenis gerak tangan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Apabila saudara sedang berunding, elakkan daripada menggunakan gerak tangan yang mengarah dan mendominasi. Saudara mungkin juga tidak sedar tangan saudara melambangkan perasaan dan sikap saudara, tetapi orang lain sedar.


0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414