Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
July
(21)
- Aktiviti Kelab Staf.
- Suka Hati.
- Program By Your Side Putrira.
- Motivasi Kecemerlangan STPM 2020
- Lawatan Pengarah Pendidikan Sabah.
- Amalan Budaya Penyayang - Kelab Staf Maktab Sabah.
- Penyerahan Hand Sanitizer.
- Majlis Graduasi STPM 2020.
- Syabas dan Tahniah.
- Taklimat Penataraan Sekolah Siri 2.
- Memahami Bahasa Badan
- Perkembangan Fizikal dan Emosi Remaja.
- Pereka Bentuk Dalaman.
- Arkitek.
- Program Pengantarabangsaan
- NBOS Remaja Berwawasan.
- Pembimbing Rakan Sebaya 2019.
- Lawatan Ke Istana Negeri Sabah.
- Remaja BERWAWASAN.
- Lawatan & Pemantauan SOP Persekolahan Tempoh PKPP.
- Program Bacaan Yaasin.
-
▼
July
(21)
Wednesday, July 8, 2020
Pengenalan Konsep Remaja.
Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Remaja bolehlah didefinisikan sebagai satu peringkat dalam perkembangan manusia. Remaja juga boeh didefinisikan sebagai jarak umur. Oleh itu, jika batasan umur digunakan, remaja boleh didefinisikan dengan jarak umur seperti di bawah;
Peringkat Perkembangan Manusia.
Bayi - bayi - 0 hingga 2 tahun
Kanak-kanak - permulaaan kanak-kanak - 2 hingga 5 tahun
- pertengahan kanak-kanak - 6 hingga 10 tahun (P)
- 6 hingga 12 tahun (L)
- permulaan remaja
atau pengakhiran kanak-kanan - 11 hingga 12 tahun (P)
- 13 hingga 14 tahun (L)
Remaja - Permulaan remaja - 12 hingga 14 tahun (P)
- 15 hingga 16 tahun (L)
- Pertengahan remaja - 15 hingga 17 tahun (P)
- 17 hingga 18 tahun (L)
- Pengakhiran remaja - 18 hingga 20 tahun (P)
- 19 hingga 20 tahun (L)
Dewasa - Permulaan dewasa - 21 hingga 34 tahun
- Pertengahan dewasa - 35 hingga 40 tahun
- Pengakhiran dewasa - 50 hingga 64 tahun
- Permulaan menjadi tua - 65 hingga 74 tahun
- Rosotan tua - 75 tahun ke atas
Remaja juga dilihat sebagai masa yang bermula dengan akil baligh dan berakhir dengan kesempurnaan tubuh badan. Dari perspektif ini, remaja boleh didefinisikan sebagai tempoh perkembangan fizikal. 'Pubescence' merujuk kepada masa dua tahun sebelum akil baligh dan kepada perubahan fizikal yang berlaku semasa peringkat ini.
Punca keremajaan ialah akil baligh yang dikenali dengan beberapa petanda kematangan seks; pada gadis remaja oleh kedatangan haid pertama (menarche) dan pada lelaki remaja dengan beberapa petanda seperti kehadiran sperma hidup, perubahan suara atau pertumbuhan zakar. Remaja juga dilihat sebagai fenomena sosio-budaya. Ia dipandang sebagai peralihan di antara kanak-kanak dan kedewasaan dengan tiada cara yang tersendiri. Ia juga dipandang sebagai campuran di antara ketidakdewasaan dan sosio budaya atau sebagai persediaan terhadap kedewasaan.
Huraian tentang remaja agak bebas dan salah satu maksud yang diberikan atau semuanya sekali adalah tepat. Walaupun remaja boleh didefinisikan sebagai peringkat perkembangan manusia, sebagai jarak umur, ataupun sebagai fenomena sosio-budaya, tidak dapat dinafikan perkembangan dan pertumbuhan fizikal yang cepat berlaku dalam tempoh ini.
Kenaikan spontan dalam ketinggian dan berat badan, kesuburan buah dada, perubahan bentuk tubuh badan dan suara adalah diantara berbagai perubahan fizikal yang berlaku semasa meningkat remaja. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang cepat selalunya disertai perasaan janggal, malu, tidak selamat, kurang kepercayaan diri, serba salah dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment