Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, November 2, 2020

Siapa Mentor Anda?

Apakah imej orang yang sesuai diberi gelaran mentor? Apakah imej yang paling sesuai yang perlu ada pada mentor anda? Mengapa anda fikir begitu? Pasti ada yang mengatakan mentor seperti lilin, mentol, lampu picit, rumah api, pelita minyak, pokok kelapa, pemandu dan tongkat. 

Aktiviti ini bertujuan mengwujudkan kesedaran dan peranan dan kedudukan mentor. Mentor adalah orang penting bagi seseorang untuk berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Mentor akan membantu orang yang baru dalam bidang yang diceburi bagi mengatasi cabaran dan rintangan yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu sedar kualiti-kualiti yang penting dan peranan mentor perlu diperolehi supaya dapat menepati imej seorang mentor, Mungkinkah imej ini sesuai pada fikiran anda sebagai mentor?

Lampu Isyarat.

Seorang mentor menyerupai lampu isyarat daripada segi dia hanya memberi bimbingan apabila dia berfikir adalah perlu berbuat demikian (lampu hijau daripada mentee). Apabila mentor berpendapat tunjuk ajar berlebihan akan membantutkan perkembangan mentee ataupun apabila mentee membayangkan bimbingan yang diberi sudah mencukupi bagi melaksanakan tugas, campur tangan adalah seperti lampu kuning. Apabila lampu merah penuh menyala kerana mentee sudah dapat menguruskan sendiri ataupun mentor berpendapat dia tidak patut campur tangan lagi, maka si mentee perlu dibiarkan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah sendiri.

Bagaimana pendapat anda berkenaan analogi mentor sebagai lampu isyarat? Berikan hujah lain yang difikirkan sesuai.

Ada pula yang menerangkan peranan dan kedudukan mentor sebagai sangat penting daripada kaca mata institusi dan mentee. Mentor membantu mentee menempuh pelbagai cabaran dan halangan pada peringkat awal sebagai murid, pelajar dan pekerja baru. Kita perlu sedar kepentingan meletakkan kualiti serta peranan mentor yang perlu dimiliki bagi mencapai matlamat imej mentor yang efektif.

Pemain Layang-Layang.

Mentor sebagai pemain layang-layang yang memegang teraju, mengawal dan memantau gerak geri layang-layang. Mentor juga merancang proses membuat layang-layang daripada segi kesesuaian  dan keseimbangan. Mentor, seperti pemain layang-layang juga perlu tahu arah angin. Dia perlu pandai mengawal, menarik ataupun melepaskan tali. Pada masa yang sama, mentor seperti pemain layang-layang juga tahu cuaca ataupun persekitaran yang sesuai serta iklim yang membina keyakinan bagi kedua-dua pihak, mentor dan mentee. Cuba bayangkan sekiranya mentor sesuka hati merentap dan membiarkan tali layang-layang. Tentu musnah semua harapan.

Lampu Picit.

Ada pendapat lain mengatakan bahawa analogi mentor sebagai lampu picit. Rasionalnya, lampu picit perlukan tenaga yang cukup bagi menerangkan persekitaran. Ia memberi tenaga, semangat dan cahaya kepada orang dalam pencarian. Cahaya lampu ibarat penerang yang menyuluh laluan bagi memudahkan perjalanan proses belajar mentor.

Hujah yang diberikan sekiranya kurang bateri, ia perlu diganti atau pun ditambah. Begitu juga halnya dengan mentor, mereka perlu cukup tenaga, bermotivasi dan bersemangat. Sekiranya sudah lemah dan kurang semangat mereka perlu diberikan suntikan minda dan dibersihkan jiwa semoga kembali cergas dan prihatin pada keperluan memberi semangat kepada orang lain. Lampu picit juga berfungsi sekiranya ia diberikan peluang dan kepercayaan bagi berkhidmat. Begitu juga peranan mentor yang diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan dan majikan bagi membimbing pelajar ataupun pekerja baru. Bagi mengekalkan motivasi mentor, pihak pengurusan perlu peka bagi memberikan peluang mentor mengikuti kursus-kursus peningkatan profesional yang bersesuaian.

Minyak Wangi.

Keharuman minyak wangi disenangi. Semakin wangi harumannya, semakin mahal harganya. Ia menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang mementingkan persekitaran yang nyaman dan harmoni.

Mentor ibarat minyak wangi yang berjenama., ia semakin dikenali identitinya kerana keunikan harumannya. mentor pula dikenali kerana sikapnya yang menyenangkan orang lain dalam berkomunikasi. Mentor yang mengharumkan nama baik profesion ini juga seperti minyak wangi berjenama. Walaupun tidak nampak dipandang tetapi aromanya sebagai analogi perlambangan memberi persekitaran belajar dan bekerja yang kondusif.

Mentee akan mencari mentor ibarat mencari siapa yang mengunakan minyak wangi yang menyenangkan itu. Di harap kewangian mentor adalah kerana ramuannya yang benar-benar tulen, jujur dan ikhlas yang mampu mengekalkan identiti peranannya yang sebenar. Keharuman minyak wangi diharap mampu memberi kesan tetapi yang memilih dan menyegarkan tenaga dan jiwa raga,

2 November 2020 16 Rabiulawal 1442H






















0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414