Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, December 8, 2020

Di sekolah pada setiap bulan, hujung penggal dan juga akhir tahun, pelajar akan diuji. Untuk memastikan pelajar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Berikut adalah teknik menduduki peperiksaan.

  • Jawapan mestilah menepati soalan.
- Fahami kehendak soalan dengan tepat. Pastikan pelajar benar-benar tahu dan yakin akan kehendak soalan yang diberi.
  • Fahami kata-kata kunci dalam soalan.
- Sebelum menjawab soalan, cari kata-kata kunci soalan tersebut seperti jelaskan, huraikan, bahaskan, bincangkan , ceritakan dan sebagainya.
  • Tulisan mestilah kemas dan mudah dibaca.
- Sewaktu menuis jawapan di kertas peperiksaan, tulisan mestilah kemas dan mudah dibaca. Elakkan menulis secara cakar ayam kerana ia menyukarkan pemeriksa membaca jawapan. Markah mungkin dipotong da ia merugikan pelajar.
  • Skrip jawapan bersih dan padat.
- Pastikan skrip jawapan yang dihantar bersih. Pastikan ia tidak berlubang (akibat dipadam dengan kuat), basah dan sebagainya. Jangan menconteng apa-apa perkataan selain jawapan pelajar pada skrip peperiksaan. Jawapan yang meleret hanya membazirkan masa pemeriksa untuk membaca. Berilah jawapan yang padat dan tepat seperti yang dikehendaki oleh soalan.
  • Gunakan bahasa yang lancar, contoh yang menarik dan hujah yang jelas.
- Bahasa yang digunakan mestilah lancar. Elakkan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga kecuali bagi soalan tertentu seperti kesusasteraan. Berikan contoh yang menarik serta hujah yang jelas untuk menarik perhatian pemeriksa.
  • Mendapatkan sebanyak mungkin markah.
- Pelajar perlu mendapatkan sebanyak mungkin markah bagi setiap kertas peperiksaan. Pelajar perlu bersikap tamak dan memastikan tidak ada satu markah pun yang hilang.
  • Jawab semua soalan walaupun kurang sempurna.
- Jika pelajar tidak yakinuntuk menjawab sesuatu soalan yang perlu dijawab, berusahalah untuk menjawab soalan tersebut, walaupun kurang sempurna. Tulislah apa-apa pun jika tidak tahu langsung untuk menjawab sesetengah soalan kerana kemungkinan pelajar mendapat markah.
  • Menjawab soalan mengikut darjah kepayahan.
- Jawablah soalan mengikut darjah kepayahan iaitu menjawab soalan yang mudah dahulu diikuti soalan susah.
  • Memilih jawapan pertama dan tekaan jawapan.
- Sekiranya pelajar menghadapi dilema mana satu jawapan yang perlu dipilih, maka pilihlah jawapan pertama kerana ahli psikologi berkata pilihan asal adalah tepat. Sekiranya pelajar berhadapan dengan soalan-soalan yang bersifat kurang pasti, tekaan adalah dibolehkan. Pelajar boleh menggunakan kaedah eliminasi iaitu menyingkirkan jawapan satu persatu.
  • Rancang setiap jawapan.
- Luangkan masa berfikir merancang isi, dan menyusun ketertiban isi agar jawapan yang diberikan tidak meleret, tepat dan padat. Untuk merancang jawapan memadailah dengan 3 - 5 minit untuk setiap soalan.
  • Semak jawapan dan jangan meniru.
- Semak jawapan sebelum menghantar skrip jawapan. Perkara yang perlu disemak ialah kesilapan ejaan, ayat yang janggal dan fakta yang kurang tepat. Calon boleh digantung peperiksaan jika meniru. Oleh itu, janganlah membawa nota kecil ke dewan peperiksaan atau berpakat dengan kawan untuk tujuan meniru.
  • Berhati-hati ketika memilih jawapan.
- Dalam soalan objektif hanya satu daripada pilihan-pilihan yang diberikan adalah betul. Jangan terperangkap dengan jawapan yang salah tetapi kelihatan betul. Oleh itu, baca soalan dengan teliti agar tidak mudah terkeliru.







0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414