Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Tuesday, December 8, 2020
Soalan objektif biasanya meliputi keseluruhan sukatan pelajaran. Soalan berbentuk objektif biasanya menguji keupayaan sebenar seseorang pelajar. Soalan objektif hanya memerlukan pelajar menjawab betul atau salah dan tiada jawapan berbentuk separuh betul atau separuh salah. Antara teknik penting menjawab soalan objektif;
- Fahami kehendak soalan dan keseluruhan soalan.
- Sebaik sahaja menerima kertas soalan, baca setiap soalan yang dikemukakan. Fahami kehendak setiap soalan. Baca kesemua pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pastikan jawapan diberi dalam keadaan tenang dan jangan tergesa-gesa. Sewaktu menanda juga, pastikan pelajar menanda pada ruang yang betul dan tepat. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, tandakan juga jawapan dalam kertas soalan pelajar.
- Pilih jawapan yang salah dahulu.
- Cara ini memudahkan pelajar memilih jawapan. Potong jawapan yang kamu tahu memang salah. Baki pilihan yang tinggal memudahkan pelajar mencari jawapan yang betul. Pelajar boleh menggunakan teknik tekaan jawapan. Sekiranya salah satu daripada empat jawapan yang disingkirkan dan tekaan dibuat pada baki tiga jawapan sahaja, maka kebarangkalian jawapan untuk betul meningkat. Malah kalau disingkirkan satu lagi jawapan, kini ada baki dua jawapan sahaja, maka kebaragkaliannya juga semakin baik. Itulah pendekatan kaedah tekaan jawapan yang digunakan apabila pelajar hanya dapat meneka beberapa jawapan.
- Telitikan setiap jawapan.
- Penggubal kadang kala cenderung memberikan jawapan yang tepat secara terperinci dan panjang lebar. Oleh sebab itu, setiap calon perlu meneliti kesemua pilihan jawapan yang diberi dengan teliti dan terperinci. Jangan terperangkap dengan jawapan yang salah tetapi kelihatan betul. Oleh itu baca kesemua pilihan jawapan yang diberikan walaupun sudah yakin tentang sesuatu jawapan ketika melihat pilihan jawapan yang disenaraikan. Lazimnya pilihan-pilihan yang mengelirukan itu biasanya hampir dengan pilihan yang betul.
- Perhatikan penggunaan perkataan.
- Perhatikan jawapan-jawapan yang menggunakan perkataan-perkataan seperti kira-kira, selalunya, biasanya dan sesuai. Jika didapati penggunaan perkataan-perkataan ini, selalunya jawapan-jawapan ini adalah salah kerana pembentukannya adalah tidak teliti.
- Perhatikan soalan berbetuk bukan atau kecuali.
-Kebanyakan pelajar tidak memberikan perhatian yang lebih kepada soalan-soalan yang berakhir dengan perkataan bukan atau kecuali. Soalan seperti ni memberi makna bahawa jawapan yang perlu dicari adalah jawapan yang tidak benar atau salah.
- Jawab soalan senang dahulu.
- Jawab setiap soalan mengikut darjah kepayahan. Jika kamu berasa kurang yakin akan sesuatu jawapan itu, tinggalkan soalan tersebut dahulu. Jawab soalan yang seterusnya. Pelajar boleh menjawab soalan mengikut peringkat-peringkat tertentu. Pemeringkatan dalam menjawab soalan objektif mengikut darjah kepayahan boleh dilakukan seperti berikut.
a. Peringkat pertama: Jawab semua soalan yang dianggap mudah, iaitu soalan yang pelajar pasti jawapannya.
b. Peringkat kedua: Selepas itu berpindah kepada soalan-soalan yang kamu kurang pasti jawapannya. Ini meliputi jawapan yang hanya sebahagian daripada pilihannya diketahui oleh pelajar. Sebagai contoh daripada empat pilihan A, B, C dan D, mungkin pelajar tahu satu jawapan salah, satu lagi diagak salah juga manakala baki dua jawapan lagi pula belum pasti mana satu yang tepat.
c. Peringkat ketiga: Kini, hanya tinggal soalan-soalan yang sememangnya tidak diketahui jawapannya. Untuk soalan ini pelajar tidak ada pilihan lain kecuali membuat tekaan sendiri.
Cara ini dapat mencukupkan masa dan menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment