Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Sunday, January 31, 2021
Secara umumnya terdapat dua jenis matlamat iaitu;
A. Matlamat Jangka Pendek.
Ini merupakan matlamat yang mesti dicapai dalam masa yang singkat. Contohnya pelajar menetapkan matlamat untuk mendapat markah tertinggi dalam ujian bulanan yang akan datang atau mendapat purata A di dalam peperiksaan semester 1.
Matlamat jangka pendek ini adalah merupakan sasaran yang hendak dicapai dalam masa satu bulan, satu penggal atau satu semester. Misi ini perlu ditetap dan dicapai sebelum ditetapkan matlamat jangka panjang atau visi.
Di antara misi atau matlamat jangka pendek yang boleh ditetapkan ialah;
- Memperbaiki purata gred B kepada gred A dalam semua mata pelajaran di dalam ujian bulanan depan.
- Untuk memperbaiki kelemahan di dalam sabjek Matematik dengan lebih banyak membuat latihan dan seterusnya mendapat markah yang lebih baik di dalam ujian yang akan diadakan.
- Untuk memperbaiki kedudukan di dalam kelas dari nombor 10 kepada nombor 4.
B. Matlamat Jangka Panjang.
Matlamat yang akan dicapai dalam tempoh yang lama. Contohnya mendapat gred cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun hadapan dan seterusnya memasuki universiti. Penetapan matlamat ini mestilah bersifat berterusan.
Sekiranya matlamat tersebut telah dicapai maka pelajar mestilah menetapkan matlamat lain pula. Dengan kata lain untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita mesti ada matlamat yang jelas dan berterusan. Contohpenetapan matlamat yang bersifat berterusan ialah;
- Mendapat markah tinggi dalam ujian bulanan
- Mendapat gred cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Memasuki universiti
- Mendapat ijazah dengan kelas pertama dan
- Menjawat jawatan dengan gaji yang lumayan
Sesungguhnya penetapan matlamat ini tidak akan terhenti bagi orang yang ingin berjaya dalam hidup. Penetapan matlamat ini adalah bergantung kepada individu dan masalah disesuaikan dengan keadaan semasa. Dalam menetapkan matlamat ini pelajar perlulah sedar bahawa matlamat itu mestilah tinggi dan jelas. Tidak ada gunanya menetapkan matlamat yang rendah kerana matlamat itu pasti mudah dicapai dan pelajar akan terus berpuas hati dengannnya.
Jika pelajar selalu mendapat purata D, di dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dalam tingkatan empat, maka pelajar tersebut perlulah menetapkan matlamat untuk mendapat purata A atau B semasa dalam tingkatan Lima nanti. Adalah merugikan jika pelajar tersebut terus menetapkan matlamat untuk mengekalkan gred D kerana kemungkinan besar pelajar tersebut akan gagal.
Di samping itu, matlamat perlulah sesuai dengan kebolehan semasa. Katakan pelajar telah mendapat purata D dalam semua mata pelajaran semasa di Tingkatan Empat, jadi untuk 3 ujian bulanan pertama dalam Tingkatan Lima nanti pelajar perlulah menetapkan matlamat untuk mendapat purata C dalam semua mata pelajaran.
Apabila matlamat ini telah dicapai maka pelajar tersebut bolehlah meningkatkan matlamatnya secara beransur-ansur. Contohnya mesti mendapat purata B dalam peperiksaan pertengahan tahun dan setersunya mendapat purata dalam peperiksaan akhir tahun.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment