Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Sebagai manusia sudah tentu kita dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab. Tanggungjawab pada diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan persekitaran.
1. Namun dapatkah kita memenuhi semua tuntutan dan tanggungjawab ini?
2. Adakah pelaksanaannya sempurna?
Hanya remaja yang cukup berdisiplin sahaja mampu menyempurnakan seua tanggungjawab ini. Pada asasnya kita memerlukan satu disiplin diri yang dipupuk sejak awal lagi. Misalnya, AllahSWT sudah menetapkan waktu sembahyang lima waktu sehari semalam. Ia dilakukan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini menunjukkan disiplin masa sudah diterapkan dalam menunaikan ibadat. Demikian juga hubungan kita dengan ibu bapa, rakan-rakan dan makhluk lain di muka bumi ini. Semuanya diatur denga tersusun.
Remaja perlu menanamkan disiplin yang tinggi dalam diri. Contohnya dalam belajar, anda perlu tegas pada diri sendiri. Jika sebelum ini anda hanya bersikap sambil lewa dalam belajar, maka anda perlu menegaskan pada diri bahawa amanah yang dipikul sangat berat. Anda perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
0 comments:
Post a Comment