Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
"Saya tahu apa yang saya lakukan ini salah, tapi saya belum bersedia untuk berubah." Inilah antara dialog yang kita sering dengar dari remaja yang terjebak dengan masalah sosial. Kesedaran yang ada pada diri mereka masih tidak mampu untuk mengajak diri kembali ke pangkal jalan.
1. Mengapa?
2. Mengapa perlu memusnahkan masa depan sendiri?
3. Tiada belas kasihankah pada diri sendiri?
Ramai di kalangan ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang bermasalah ke pusat pemulihan dengan harapan mereka akan kembali ke pangkal jalan. Namun hanya beberapa kerat sahaja yang mampu dipulihkan ataupun berubah. Bagaimana pula yang lainnya?
Walaupun seberapa banyak pun usaha yang dilakukan namun, sekiranya remaja itu sendiri tiada kesedaran, keazaman dan kekuatan dalaman tinggi untuk berubah dan keluar dari kepompong masalah itu,ianya pasti tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan. Langkah permulaan untuk mengubahnya pastinya terlalu sukar. Namun semua ini tidak mustahil. Dengan usaha yang berterusan dan sokongan pihak lain, lambat laun ia pasti membuahkan hasil. Jangan cepat mengaku kalah dan berputus asa. Manusia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT. Manusia diamanahkan untuk menjaga anugerah ini, antaranya menyayangi sepenuhnya dirinya sendiri serta menghindari segala perbuatan yang melanggar hukum Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment