Tazkirah
Featured post
Admin Blog

MUSLI ANDALAN
Tell someone you trust aobut your problem.
(Meluahkan masalah kepada orang yang anda percaya)
Ask for help.
(Minta pertolongan daripada rakan)
Listen without judgement.
(Mendengar tanpa menghakimi)
Know where to seek help.
(Tahu dimana mendapat pertolongan)
Pengenalan.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-2 kematian bagi mereka ysng berumur 15 hingga 20 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. Bunuh diri jarang berlaku tetapi ia masih terjadi. hampir 800,000 orang mati setiap tahun disebabkan bunuh diri dengan purata kematian (1) setiap 40 saat.
Di Malaysia kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10% dalam tahun 2017 berbanding 7.9% dalam tahun 2012. Kajian yang sama juga mendapati prevelen kemurungan adalah 18.3% di mana 1 hingga 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres.
Apakah yang membuatkan seeorang terfikir untuk membunuh diri?
- Konflik dalaman seperti pengabaian, penyisihan dalam masyarakat, masalah kewangan,perceraian atau putus hubungan.
- Merasakan diri 'tidak berguna' ketidakpastian tentang diri sendiri atau matlamat hidup.
- Gabungan kesemua di atas di mana terkumpulnya krisis-krisis kecil yang menjadi pencetus untuk membunuh diri.
- Mempunyai sejarah cubaan bunuh diri
- Mengalami kemurungan dan penyakit mental
- Sejarah keluarga bunuh diri
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah.
- Sejarah penyakit kronik
- Kesunyian / bersorangan.
- Saya dah bosan dengan hidup, saya tak sanggup meneruskannya lagi.
- Keluarga saya akan menjadi lebih baik tanpa saya.
- Tiada siapa yang akan peduli jika saya mati.
- Lebih baik saya pergi dari dunia ini.
- Saya tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi.
- Tidak lama lagi awak tidak perlu risau tentang saya.
- Saya sudah cukup hidup.
Dementia memberi kesan kepada otak dan mengakibatkan masalah berkaitan perubahan pada;
- Memori
- Tingkahlaku
- Orientasi
- Emosi
- Bahasa
- Aktiviti harian
- Personaliti
- Kebolehan membuat keputusan.
- Mengawal tekanan darah dan diabetes
- Amalkan cara hidup sihat
- Aktif secara fizikal dan mental
- Pemakanan sihat dan seimbang.
- Mempunyai masalah untuk mengingati perkara yang baru berlaku
- Kerap terlupa tempat barang yang disimpan
- Mengalami kesukaran untuk mengingati topik perbualan beberapa hari kemudian
- Mempunyai masalah untuk mengingati temujanji dan perjumpaan sosial.
- Berkongsi masalah dengan orang lain.
- Mengamalkan pemikiran positif
- Sokongan kerohanian dan amalan keagamaan
- Amalkan cara hidup sihat
- Sertai kumpulan sokongan yang berdekatan.
Apakah itu stres?
Stres ialah tindak balas badan kepada perubahan yang berlaku yang memerlukan seseorang itu membuat penyesuaian atau tindak balas fizikal, mental atau emosi. Stres boleh datang dalam apa-apa keadaan atau pemikiran yang membuat seseorang itu berasa kecewa, marah atau cemas.
Mengapakah terjadinya stres?
Penyebab Luaran.
- dimarahi ibu bapa
- tiada wang
- dirotan guru
- bertengkar dengan kawan
- tiada penyesuaian dengan persekitaran
- gagal dalam ujian
- gagal dalam percintaan
- perasaan rendah diri
- tidak memahami pelajaran
- tidak dihargai
- benci kepada guru
- Emosi
- Fizikal
- Tingkahlaku
- Minda
- Pengurusan masa / kewangan
- Penyelesaian masalah
- Pertukaran cara / tempat kerja
- Kurang pengambilan kafein
- Elak pemakanan tidak seimbang
- Tidur mencukupi
- Riadah
- Lihat halangan sebagai peluang
- Kawal pemikiran negatif
- Sentiasa riang
Kecemerlangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, merupakan hasrat besar sekolah, murid dan ibu bapa itu sendiri. Melihat kepada perkara tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah, diberi kepercayaan untuk mengelolakan Perkampungan Jauhari MERCU JAYA ‘Kecemerlangan Akademik SPM 2022’ yang memfokuskan kepada mata pelajaran teras bagi membolehkan murid-murid dapat melonjakkan Gred Purata Sekolah berbanding dengan pencapaian SPM tahun 2021. Usaha seumpama ini, memerlukan komitmen semua pihak iaitu murid, ibu bapa dan guru. Adalah diharapkan dengan pelaksanaan perkampungan jauhari, semua calon SPM 2022 dapat memotivasikan diri mereka dan meletakkan sasaran sebenar mereka dalam peperiksaan tersebut.
Antara objektif program yang ingin dicapai adalah seperti berikut;
2.1. Memastikan
masa cuti persekolahan murid di isi dengan aktiviti yang berfaedah dan
bermanfaat.
2.2.
Membolehkan
murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.
2.3.
Meningkatkan
semangat motivasi belajar murid supaya lebih berdaya saing.
2.4. Mengukuhkan pemahaman murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajar pada hari tersebut.
Semoga pelaksanaan program ini memberikan manfaat kepada anak-anak murid yang
bakal menduduki peperiksaan SPM. Selain itu, diharapkan program ini mampu meningkatkan
Masa yang kita ada dalam kehidupan ini ialah 'HARI INI'. Ukuran pada ketenangan fikiran dan ukuran pada keberkesanan personaliti kita akan datang ialah berapa kuat dan berapa sihatnya kehidupan kita hari ini. Dengan mengambil kira apa yang telah berlaku semalam dan apa yang akan berlaku akan datang, kehidupan sebenar adalah hari ini. Maka kunci kejayaan dan kegembiraan ialah aktiviti yang berfokuskan hari ini, saat ini dan ketika ini.
Menikmati kehidupan hari ini bermakna kita gembira dengan apa yang kita lakukan untuk keperluan kita dengan rela hati, bukan dipaksakan. Misalnya, jika kita perlu melakukan kerja mengecat, kita mesti gembira dengan setiap sapuan yang kita buat dan menikmati dengan penuh semangat apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Hidup ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kepekaan kita hingga dapat menjadikan hari ini sebagai saat yang amat menggembirakan dan paling mendorong sehingga kita dapat membuat pilihan yang terbaik, kerana pilihan kita berubah dari masa ke semasa.
Jika kita merasa hidup pada masa ini bermakna kita akan memikirkan masa ini bermakna, kita akan memikirkan kebimbangan hari esok dan jika ini terjadi anda akan berada dalam keadaan tidak aktif. Jika anda mula aktif dan melakukan sesuatu kebimbangan tindakan akan terhapus dan akan lebih bersedia menghadapi kemungkinan rugi atau untung. Adalah paling penting kita menyedari bahawa kita tidak dapat menggantikan sesuatu tanpa sesuatu. Jika kebimbangan mengganggu pemikiran kita, seperti bimbang kepada kereta rosak, kehilangan pekerjaan, ditinggalkan kekasih, keadaan ini menjadikan kita amat sukar untuk mententeramkan perasaan.
Tetapi cara yang terbaik ialah cuba melakukan sesuatu, terlibat dalam aktiviti berfaedah, pendek kata buatlah sesuatu dan apa sahaja. Contohnya, cuba hubungi rakan-rakan lama, cari rakan-rakan baru, pergi ke pusat sukan, ke taman-taman, ke kebun dan lain-lain aktiviti yang anda minati.
Masa tidak boleh dilihat tetapi dalam bentuk abstrak, dalam fikiran setiap orang termasuk anda. Saat ini adalah masa kita yang ada. Oleh itu buatlah sesuatu pada ketika ini juga. Jangan cuba ditangguhkan kerana kehidupan adalah masa sekarang.
Untuk menjadi pelajar cemerlang, persediaan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi belum lagi mencukupi. Pelajar perlu memperkuatkan benteng pertahanan dalamannya iaitu meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan yang berteraskan agama. Tanpa pegangan agama, hidup pelajar ibarat kapal yang tidak berkemudi. Pelajar kini banyak terdedah kkepada berbagai godaan dan dugaan. Hanya dengan kekuatan agamalah setiap pelajar dapat mengawal hidup mereka dengan sempurna.
Firman Allah SWT yang bermaksud 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan ingat nama Tuhan lalu dia sembahyang, tetapi orang-orang kafir memilih kehidupan duniawi, sedangkan diakhirat adalah lebih baik dan kekal'.
Kemajuan dan pembangunan negara kita yang pesat telah menyebabkan para pelajar terdedah dengan berbagai kemudahan yang canggih dan moden. Internet sebagai contohnya jika disalahgunakan akan mengancam kestabilan rohani para pelajar.
Di dalam zaman globalisasi atau dunia tanpa sempadan ini kemajuan yang dicapai perlu diseimbang dengan kekuatan rohaniah yang stabil. Kemajuan dan perkembangan sosial yang semakin mencabar, jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan para pelajar terjerumus ke lembah yang kurang sihat. Pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu mengelakkan amalan-amalan negatif berikut;
1. Mengamalkan hidup glamour yang lebih menekankan aspek kehidupan duniawi daripada kehidupan ukhrawi seperti mengamalkan budaya rock atau mengunjungi pusat-pusat hiburan.
2. Mengamalkan hidup yang tidak mementingkan masa seperti melepak.
3. Mengamalkan budaya berpeleseran yang membawa hubungan seks bebas seperti bohsia, bohjan dan lain-lain lagi.
4. Mendedahkan diri kepada bahan bacaan serta tontonan yang bercorak lucah.
5. Menghisap rokok, menagih dadah dan minum minuman keras
6. Menelan pil-pil khayal seperti ectacy.
Justeru kerana itu pelajar perlu mengelakkan diri daripada terperangkap dengan amalan-amalan yang tidak bermoral ini dengan menyiapkan diri dengan keimanan dan jiwa yang teguh. Tidak ada gunanya pelajar hanya cemerlang dari segi akademik tetapi jiwa pelajar kosong tanpa nilai-nilai agama dan pengisian rohani yang bersih dan sihat. Pelajar wajib menunaikan segala suruhan dan meninggalkan larangan agama. Tidak ada gunanya pelajar mendabik dada mengatakan pelajar telah berjaya dalam hidup tetapi rohani pelajar kering kontang dan lemah.
Terdapat kaitan yang rapat antara kejayaan dalam kerjaya dengan kemahiran memberikan ucapan yang berkesan. Pemimpin yang mempunyai kemahiran berucap di khalayk ramai dianggap sebagai berkarisma dan mempunyai ketokohan. Conger dan Kanungo di dalam Charismatic Leadership In Organisation menyebut hasil kajian dimana kemahiran berycap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma.
Peter Druker menulis ' apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan ketrampilan saudara banyak bergantung pada kebolehan saudara menyampaikan ucapan dan idea'. Kemahiran berucap merangkumi jenis ucapan politik, persembahan berkenaan cadangan perniagaan, perbincangan kumpulan kecil dan lain-lain. Pemimpin politik menggunakan ucapan umum sebagai cara memenangi sokongan. Para ilmuwan menyampaikan kertas kerja di semniar. Eksekutif membuat persembahan produk syarikat kepada pelanggan berpotensi. Pendakwah memberikan kuliah dimasjid. Banyak kerja yang memerlukan kemahiran berucap.
Sindrom Takut Berucap.
Kajian di Amerika mendapati ada dua perkara yang mereka takuti iaitu mati dan berucap di atas pentas. Takut berucap adalah sama seperti takut berenang. Tiada ubat yang dijual di farmasi khas untuk orang yang takut berucap ataupun takut berenang. Orang yang takut berenang hanya mampu dan berani berenang dengan mencampakkan mereka ke dalam kolam renang. Jadi, pastinya saudara tahu apa yang perlu saudara lakukan jika ingin menghilangkan sindrom takut berucap.
Sindrom takut berucap sebenarnya bukanlah penyakit. Semua orang yang berucap menggeletar, tangan berpeluh dan degupan jantung semakin laju. Ia juga adalah lumrah manusia. Jika seseorang tidak mengalami semua itu, saya cadangkan mereka pergi mendapatkan nasihat doktor pakar. Walaupun seseorang itu kerap berucap, mereka masih lagi menggeletar semasa naik ke pentas dan memulakan ucapan. Tun Dr Mahathir juga mengalami perkara yang sama. namun, beliau mampu mengawal keadaan dengan baik tanpa disedari oleh hadirin.
Kita selalu terpengaruh dengan cara ucapan tokoh tertenyu. Ini menyebaban saudara ingin meniru cara mereka bercakap. Namun, apabila saudara tidak mencapai tahap itu atas faktor pendedahan dan pengalaman, saudara menjadi takut berucap. Sebagai individu yang masih dalam proses membina ketokohan dan karisma, jangkaan orang lain kepada ucapan saudara tidaklah setinggi ucapan yang diberikan oleh menteri-menteri. Ia adalah proses dan saudara dapat dapat memperbaikinya daripada semasa ke semasa. Ia lebih baik diperbaiki sekarang daripada terkial-kial mempelajari teknik berucap ketika saudara sudah menerajui kepimpinan. Sudah tentu karisma saudara akan turun dengan cara pengucapan umum saudarar yang membuatkan hadirin sempat bermimpi.
Dalam latihan membina karisma, peserta diminta berucap secara spontan menggunaka maklumat yang mereka ada. Kebanyakkan peserta mempersembahkan gaya berucap yang baik dan menarik. Apabila peserta lain memberitahu yang ucapannya itu baik, kebanyakkan mereka berkata , 'saya pun tidak sangka saya boleh bercakap dengan baik'. Ia bermaksud, sebelum ini mereka tidak berlaku adil kepada potensi diri mereka yang terpendam sehinggalah orang lain yang memberi tahu yang dia memiliki kemahiran berucap yang baik.
Apa itu keluarga?
Keluarga ialah unit asas masyarakat. Dari unit asas masyarakat di Malaysia adalah keluarga. Kekuatan atau kelemahan satu-satu masyarakat itu berhubung rapat dengan keteguhan keluarga.
Takrif.
'Keluarga' ialah sekumpulan individu yang mempunyai hubungan darah, perkahwinan atau keluarga angkat. Keluarga juga adalah satu unit perkongsian diantara individu-individu yang bertindak balas bergantung diantara satu sama lain dan juga mempunyai tema tujuan yang sama, berjanji berkongsi sumber dan tempat tinggal untuk jangka masa panjang. Selain itu keluarga boleh juga dijelaskan sebagai 'satu persatuan individu yang agak kecil, berbeza dari segi umur dan jantina dan oleh kerana hubungan fizikal mereka dalam satu tempat tinggal yang sama dan kegiatan-kegiatan yang menampung antara satu sama lain, membentuk satu unit didalam unit yang lebih besar.
Keluarga ialah hubungan antara masa lampau dengan masa depan. Oleh itu mendapatkan anak merupakan perkara yang sangat penting kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Jenis keluarga dan ciri-cirinya.
a. Berpusat.
- Palimng kecil dan keluarga yang paling asas.
- Terdiri dari suami, isteri dan anak-anak.
- Unit asas masyarakat
- Keluarga jenis ini menampung diri sendiri.
- Bebas
- Sangat berperasaan terhadap satu sama lain.
- Mempunyai 'privscy' yang lebih.
b. Keluarga gabungan (extended)
- Terdiri dari bukan hanya ahli keluarga
- Memberi sokongan
- Kurang privacy
- Perasaan terhadap satu sama lain agak kurang mendalam.
c. Keluarga 'Conjugal'
- Kebanyakan keluarga di Malaysia dari jenis ini.
- Berbentuk berpusat tetapi mempunyai hubungan rapat dengan saudara mara yang lain.
- Boleh mendapat pertolongan dari saudara mara bila diperlukan.
Cinta ialah perkongsian. Cinta ialah tindakan. Cinta ialah mengambil tahu. Cinta mestilah ditunjukkan dengan perbuatan. Cinta memerlukan masa dan pengorbanan. Jika kita tidak boleh mencintai kita tidak harus meminta dicintai. Cinta tidak bermakna bersetuju dengan seseorang dalam semua isu.
Cinta - definisi:
Klemer berkata 'cinta adalah faktor ulung yang membina keluarga dan mengeratkan tali hubungannya. Cinta seperti kuasa elektrik, susah hendak ditentukan apa sebenarnya tetapi hanya dapat dilihat hasilnya sahaja. Kita juga boleh mencintai ramai orang dengan cara yang berbeza dan menunjukkan cinta kita dengan tahap yang berbeza kepada berlainan orang.
Cinta bukan hanya perasaan tetapi perhubungan. Cinta hanya bermakna bila ditunjukkan melalui kelakuan. Ianya boleh ditunjukkan dengan berbagai cara bergantung kepada orang yang kita cintai. Cinta ialah memgamanatkan. Cinta sepatutnya memberi semangat dan tidak seharusnya melemahkan.
Sol gordon mempunyai pendapat berikut tentang cinta. Bercinta bermakna keinginan untuk bersama dengan seseorang dan menyedapkan hati seseorang. Bila seseorang itu bercinta, ia ingin mendapatkan bukan sahaja kasih sayang tetapi juga penghormatan. Anda akan mahukan ianya berbangga dengan anda dalam berbagai aspek. Anak-anak muda selalu merasakan mereka telah jatuh cinta, tetapi bertindak dengan cara merosakkan perhubungan cinta itu. Mereka mungkin mengabaikan pelajaran atau kerja mereka, mereka mungkin cuai tentang rupa; mereka mungkin cemburu atau menyakitkan hati atau marah tentang perkara kecil bila berada disamping yang dicintai; mereka memungkiri janji atau menganggap ringan dengan orang yang dicintai. Kelakuan yang sedemikian menunjukkan yang walaupun kkedua-duanya memang sukakan satu sama lain, perhubungannya belum lagi begitu matang untuk dipanggil cinta. Orang yang bercinta akan mencuba sedaya upaya memperbaiki dirinya agar menjadi pasangan hidup yang baik sehingga mereka akan didorong untuk membaiki kerjanya, rupanya dan menunjukkan perwatakan yang paling menarik. Pendek kata, mereka cuba sedaya upaya menjadi orang yang lebih baik supaya sesuai dengan cinta yang mereka harapkan.
Cinta yang berlainan.
- Cinta untuk ibu bapa
- Cinta untuk anak
- Cinta kepada sahabat
- Cinta kepada kekasih.
Cinta Yang Matang dan Tidak Matang.
Bagaimana anda boleh tahu yang anda benar-benar jatuh cinta? Banyak cara untuk mengkaji hubungan emosi ini dan menilainya dalam keadaan tertentu. Ada baiknya bermula dengan membanding dua hubungan yang dianggap sebagai cinta walaupun berbeza di antara satu sama lain.
Cinta Yang Matang.
Cinta yang matang ialah apabila kasih kita kepada orang yang kita cintai lebih penting dari membuatnya mengasihi diri kita. Kasih yang begini akan memberi semangat. Dalam erti kata lain ia membuatkan kedua-dua yang bercinta merasa lebih baik, tidak hanya untuk beberapa saat tetapi tiap masa dalam kehdiupan harian.
Cinta Yang Tidak Matang.
Cinta yang tidak matang ialah apabila kita lebih mementingkan kasih sayang seseorang itu, dari kasih kita kepadanya. Kasih yang seperti ini adalah lebih merupakan bebanan bukan keistemewaan. Oleh kerana ianya lebih meminta dari memberi, ianya melemahkan.
Dalam rumahtangga, seperti mana-mana perhubungan lain, komunikasi selalunya terhalang. Banyak cara yang menyebabkan ini berlaku dan ianya berbeza dari individu dengan individu yang lain dan dari satu pasangan ke satu pasangan. berikut adalah contoh-contoh tertentu.
'Anda hendak mengatakan sesuatu kepada pasangan anda tetapi anda tidak katakan kerana takut menyentuh perasaannya. Anda menganggap ia tidak dapat menerima apa yang hendak dikatakan itu. Tetapi anggapan anda itu mungkin salah dan anda terlepas peluang mengatakan sesuatu yang tidak penting kepada anda berdua.
Anda tidak mengatakan terus kepada pasangan anda tetapi memberitahu kawan, ibu atau bapa anda atau mertua anda. Apabila anda telah mengatakan semuanya pada mereka, anda tidak lagi mahu menyatakannya pada pasangan anda. Jika berita itu akhirnya sampai ke telinga kawan anda, ia sudah jauh berubah dan pasangan anda akan merasa kesal kerana ia tidak mendengarnya terus dari mulut anda malahan dialah orang yang paling akhir tahu.
Anda mungkin membantah tentang sesuatu perkara kecil sedangkan ada perkara yang lebih besar dalam hati kecil anda. Contohnya, isteri memarahkan suami kerana melupakan harijadinya sedangkan sebenarnya ia merasa suaminya telah mengabaikannya. Kejadian dimana sepasangan suami isteri gagal untuk menghubungkan perasaan masing-masing tidak akan menjadi serius, tetapi jika berpanjangan boleh menghancurkan perhubungan. kedua-duanya mestilah berusaha mengatasi halangan-halangan itu dan berhubung kembali. Ini bukanlah mudah dan kedua pihak mungkin perlu diingatkan selalu. Kadangkala sikap yang lebih terbuka bertentangan dengan sifat semula jadi seseorang itu. 'Spontaniety' dan kepercayaan terhadap satu sama lain akan timbul apabila kedua-dua telah menyesuaikan diri di antara satu sama lain.
Untuk menjadi pelajar cemerlang, persediaan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi belum lagi mencukupi. Pelajar perlu memperkuatkan benteng pertahanan dalamannya iaitu meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan yang berteraskan agama. Tanpa pegangan agama, hidup pelajar ibarat kapal yang tidak berkemudi. Pelajar kini banyak terdedah kepada berbagai godaan dan dugaan. Hanya dengan kekuatan agamalah setiap pelajar dapat mengawal hidup mereka dengan sempurna.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan ingat nama Tuhan lalu dia sembahyang, tetapi orang-orang kafir memilih kehidupan duniawi, sedangkan di akhirat adalah lebih baik dan kekal'. (Al-Alaa:14)
Kemajuan dan perkembangan negara kita yang pesat telah menyebabkan para pelajar terdedah dengan berbagai kemudahan yang canggih dan moden. Internet sebagai contohnya jika disalahgunakan akan mengancam kestabilan rohani para pelajar.
Di dalam zaman globalisasi atau dunia tanpa sempadan ini kemajuan yang dicapai perlu seimbang dengan kekuatan rohaniah yang stabil. Kemajuan dan perkembangan sosial yang semakin mencabar jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan para pelajar terjerumus ke lembah yang kurang sihat. Pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu mengelakkan amalan-amalan negatif berikut:
- Mengamalkan hidup glamour yang lebih menekankan aspek kehidupan duniawi daripada kehidupan ukhrawi seperti mengamalkan budaya rock dan mengunjungi pusat-pusat karaoke.
- Mengamalkan hidup yang tidak mementingkan masa seperti budaya lepak.
- Mengamalkan budaya berpeleseran yang membawa hubungan seks bebas seperti bohsia, bohjan dan lain-lain lagi.
- Mendedahkan diri kepada bahan bacaan seperti tontonan yang bercorak lucah.
- Menghisap rokok, vape, menagih dadah dan minum minuman keras.
- Menelan pil-pil khayal seperti ectacy.
- Pelajar merasai sentiasa diawasi oleh Allah SWT.
- Pelajar mengenal Allah SWT dengan yakin.
- Pelajar merasa malu dengan Allah SWT.
- Pelajar merasa rendah diri dengan Allah SWT.
- Pelajar meredhai di atas setiap takdir dan ketentuan Allah SWT..
- Pelajar mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah SWT.
- Pelajar menyintai Allah SWT.
- Pelajar berasa takut apabila ingin melakukan dosa atau larangan Allah.
- Pelajar sentiasa mengingati Allah SWT.
- Pelajar merasa gerun dengan neraka Allah SWT.
- Pelajar rindu pada syurga Allah SWT.
Renungan KITA SEMUA
Keluarga Ku.

MUSLIAH H.M.A