Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Tidak ada ruginya apabila kita berbuat baik dengan orang lain. Sekiranya orang berbudi atau membuat kebaikan, tidak ada salahnya jika berbahasa yang baik pula dengannya. Kebaikan tersebut berkemungkinan dibalas dengan perkara yang baik. Berkemungkinan budi bahasa yang telah ditunjukkan dibalas dengan hidangan yang enak -enak. Hidangan enak yang diberi itu dapatlah kita merasainya.
Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa membawa maksud sekiranya seseorang itu telah berbudi kepada kita, seharusnya kita membalas budi orang tersebut.
Seorang yang cemerlang akan membantu guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Memadam papan putih, membantu guru-guru membawa buku-buku, menunjuk ajar rakan-rakan sekelas adalah antara kebaikan yang boleh diberikan.
Budi yang baikditunjukkan oleh seorang pelajar cemerlang adalah;
1. Bersyukur dan berterima kasih kepada Maha Pencipta.
2. Berterima kasih kepada ibu bapa,adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Menunjukkan rasa terima kasih seperti akur perintah, hormat menghormati dan sebagainya.
4. Memberikan hadiah kepada mereka yang telah membantu kita.
Sekali atau dua kali orang suka menolong kita tanpa berkira. Sekiranya kita tidak berterima kasih dengan mereka, itu sahajalah pertolongan yang bakal kita terima. Sebaliknya, jika kita mengucapkan terima kasih, bermanis muka, memberi hadiah dan sebagainya atas pertolongan yang diterima, sudah pasti orang suka untuk menolong kita pada masa hadapan. Guru-guru tidak meminta sebarang balasan, namun keceriaan dan minat kita terhadap pelajaran menjadikan guru-guru bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada kita.
Manusia dapat hidup dengan tenang dan aman sekiranya mereka saling berbuat kebaikan di muka bumi ini. Sebagai seorang pelajar, kita perlu melakukan kebaikan terhadap orang sekeliling sa,a ada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan juga kepada masyarakat. Ini kerana perbuatan tersebut ialah salah satu cara untuk membalas budi mereka yang telah berbakti dan berkorban untuk kita. Sebagaimana peribahasa di atas, kita wajar membalas kebaikan yang telah diberikan oleh orang lain kepada kita.
0 comments:
Post a Comment