Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, April 9, 2023

 


Perubahan, bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya. Perubahan bukannya sesuatu yang datang berlari kepada kamu. Perubahan adalah sesuatu yang kamu perlu lakukan. Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami bahawa kita, yakni diri sendiri terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya. Sebagai pelajar, untuk menempa kejayaan kita perlulah mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Sikap hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahului sebelum kita berubah tidak akan membawa kita kemana-mana, kecuali kegagalan. Untuk itu, kita perlu mengubah tingkah laku negatif kepada positif iaitu;

1. Apa berlaku jika malas belajar.

a. Malas adalah satu tabiat yang mesti dikikis. Sekiranya kamu diserang perasaan malas, lakukan perkara dibawah;

i. Tanya kepada diri sendiri, 'apa yang aku dapat jika malas belajar'?

ii.Kemudian buat satu senarai segala kerugian yang akan kamu peroleh sekiranya terus bersikap malas'.

b.Sekarang, apa perasaan kamu? Ingatlah, pelajar rajin mencari jalan, pelajar malas hanya tahu memberi alasan.



2. Berkhayal atau berimaginasi.

i. Maksud berkhayal atau berimaginasi disini bukanlah menyimpan angan-angan kosong yang hanya membazirkan masa.

ii. Maksud yang sebenarnya ialah membayangkan atau menggambarkan sesuatu peristiwa.

iii.Contoh yang terbaik adalah dengan cara mengimaginasikan atau membayangkan perasaan kedua-dua ibucbapa kamu jika kamu gagal peperiksaan. Adakah mereka akan berasa gembira atau sedih.

iv. Kemudian, bayangkan pula perasaan kedua-dua ibu bapa kamu jika kamu lulus cemerlang dalam peperiksaan. Pastinya mereka akan berasa bangga bukan?

v. Jadi, buatlah pilihan selepas kamu berimaginasi. Tetapi yang pastinya, sudah tentulah kamu mahu menggembirakan kedua-dua ibu bapa kamu.

3. Senaraikan faedah-faedah daripada sikap rajin.

i. Langkah seterusnya adalah dengan menyenaraikan faedah-faedah yang akan kamu peroleh sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.

ii. Kemudian, buat pertimbangan yang rasional, adakah hidup kamu akan menjadi susah atau senang sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.

iii.Yang mana satu menjadi pilihan kamu, mahu menikmati faedah-faedah ini ataupun tidak mahu? Buatlah keputusan yang sewajarnya, kerana masa depan kamu terletak ditangan kamu.

4. Gambarkan keadaan selepas alam  persekolahan.

a. Dua keadaan boleh kamu gambarkan, iaitu;

i. jika kamu bertingkah laku positif, apa yang akan berlaku?

ii.Jika kamu bertingkah laku negatif, bagaimana masa depan kamu?

b. gambaran yang kamu berikan mesti berdasarkan tingkah laku kamu. Kamu mesti bbuat perbezaan antara kedua-duanya. Pastikan yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada kamu.



5. Gambarkan di alam pekerjaan.

a. Buatkan atau imaginasikan gambaran mental apa yang kamu bakal peroleh jika kamu bertingkah laku positif dan juga jika kamu bertingkah laku negatif.

b. Contohnya, bayangkan keadaan kamu selepas alam belajar. Kamu berjaya mencapai cita-cita  kamu. Segala angan-angan kamu menjadi kenyataan. Segala budi ibu bapa terbalas kerana kamu bertingkah laku positif.

c. Bayangkan pula keadaan kamu di alam pekerjaan jika kamu bertingkah laku negatif semasa di alam belajar. Bagaimana dengan cita-cita kamu, adakah segala budi ibu bapa kamu terbalas?

d. Setelah membayangkan keadaan kamu di alam pekerjaan, buatlah keputusan tingkah laku mana yang membawa kebaikan kepada kamu.

6. Buang tabiat negatif.

a. Untuk melakukan perkara ini, kamu memerlukan satu keazaman yang kuat dan minda yang teguh.

b. Hal ini kerana, ini bukanlah satu perkara yang mudah jika sikap-sikap itu telah sebati dengan diri kamu.

c. Antara tingkah laku atau tabiat yang perlu dibuang adalah;

i. buang sikap suka menangguh-nangguh kerja dan laksanakan tugas-tugas yang diberi secepat yang mungkin.

ii.buang tabiat suka berbual-bual kosong atau melakukan perkara-perkara yang tidak membantu dalam pelajaran.

iii. dengar dengan tekun setiap ajaran guru dan ringankan mulut untuk bertanya kepada guru atau rakan sekiranya tidak faham.

iv. buatlah ulang kaji pelajar setiap hari.

7. Komited kepada matlamat.

a. Matlamat yang dibuat bukan hanya melepaskan batu di tangga sahaja.

b. matlamat yang dibuat mesti berjaya direalisasikan dan dicapai. Tingkatkan keazaman diri untuk mencapai matlamat kamu.

c. buatlah perkara-perkara yang menghala ke arah pencapaian matlamat kamu.

8. Menyebarkan matlamat kamu.

a. Sebarkan atau beritahu kepada ibu bapa kamu, abang, kakak, adik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kamu kenal tentang matlamat kamu.

b. Cara ini boleh meningkatkan komitmen atau keazaman kamu untuk mencapai matlamat.

c. Hal ini kerana; 

i. jika kamu tidak mencapai matlamat kamu, kamu akan berasa malu sendiri, maka untuk mengelakkan rasa malu ini, kamu akan tingkatkan usaha kamu.

ii. Ejekan rakan-rakan juga boleh dijadikan pembakar semangat. Keazaman kamu akan bertambah membawa untuk mencapai matlamat kamu.

9. Mengkaji semua langkah-langkah.

a. Lakukan kajian atau semakan ke atas setiap  langkah-langkah kamu dari semasa ke semasa.

b. Selalulah bertanya kepada diri sendiri , 'adakah langkah-langkah yang aku ambil ini betul dalam merealisasikan matlamat aku?

c.Jika Ya, ucapkan tahniah atau syabas atas kegigihan diri kamu.

d. Jika langkah-langkah yang diambil masih lagi tidak lurus, cuba perbaiki mana-mana langkah yang masih tidak menuju ke arah sasaran.



0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414