Sunday, August 9, 2020

Cara Mengenali Diri Sendiri.

Ada beberapa cara yang dapat dilakukan oleh seseorang bagi membantu individu lain lebih mengenali dirinya yang sebenar. 

Cara pertama adalah dengan membolehkan individu itu berpeluang mendengar apa pandangan orang lain berkenaan dirinya. Dengan cara ini, seseorang pelajar itu dapat melihat dirinya daripada sudut pandangan individu-individu lain, iaitu sebagaimana yang mereka lihat dan kenali dirinya. Biasanya seseorang itu mahu individu lain melihat dirinya seperti seseorang itu sendiri mahu lihat, iaitu yang postif sahaja.

Apa sahaja seseorang itu lakukan dan katakan sentiasa dinilai oleh individu lain. Ada kalanya individu-individu itu menyatakan pendapat mereka berkenaan dirinya  dan adakalanya tidak, Kadang-kadang mereka mengatakan dengan jelas dan berterus terang, tetapi ada kalanya mereka menyatakannya dengan cara yang halus dan tersirat, Dalam masyarakat dan budaya Asia, khususnya dalam masyarakat Melayu, cara-cara halus dan tersirat adalah cara yang lebih diterima.

Seseorang itu dapat mendorong individu lain supaya memberi perhatian dan bersikap terbuka pada segala pendapat individu lain berkenaan dirinya dan perbuatannya, supaya individu itu dapat mengenali dirinya sendiri dengan lebih baik lagi.

Cara kedua adalah dengan mendorong individu itu supaya mahu mencari maklumat-maklumat tambahan berkenaan dirinya sendiri. Seseorang pelajar itu boleh meminta pendapat individu-individu di sekelilingnya berkenaan apa yang dilakukannya.

Seseorang itu boleh memberi galakan kepada individu lain supaya jangan takut bertanya kepada guru ataupun rakan-rakannya. Pertanyaan-pertanyaan seperti 'Patutkah saya buat begitu?' ataupun Apa pendapat awak tentang cara saya menyelesaikan masalah itu?' ataupun Adakah saya layak melakukan tugas ini?'.

Seseorang itu boleh mendorong orang lain supaya apabila dia menerima maklum balas kepada soalan-soalan seperti itu, dia tidak bersikap defensif. Galakan individu lain supaya mendengar sahaja dan mengambil perhatian. terangkan kepada individu tersebut, apabila seseorang itu bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi maklum balas lagi.

Cara ketiga adalah dengan menggalakkan seseorang itu supaya berlatih melihat dirinya sendiri sebagaimana yang individu lain nampak. Setiap ahli keluarga dan sahabatnya melihat dirinya secara berbeza-beza. Apa yang mereka lihat semuanya betul. Diri seseorang itu adalah semua yang dilihat oleh orang-orang lain di sekelilingnya.

Galakan kepada individu menggambarkan bagaimana ibu bapanya, adik beradiknya, rakan-rakannya, malah bagaimana musuhnya melihat dirinya. Dengan cara itu, dia dapat memahami siapa sebenarnya dirinya dengan lebih jelas.

Cara keempat adalah dengan mendorong individu tersebut supaya mahu mendedahkan lebih banyak maklumat berkenaan dirinya yang selama ini dirahsiakan. Cuba terangkan siapa dirinya sendiri daripada sudut pandangan orang yang lebih tahu. Dengan berbuat begitu, dia mungkin tercungkil maklumat-maklumat yang selama ini dipendamkan ataupun yang tidak disedarinya. 















Aplikasi Teori Jendela Johari.

Dalam bidang psikologi terdapat suatu teori yang boleh menolong seseorang pelajar memahami siapa dirinya. Teori itu disebut Jendela Johari. Nama Johari adalah gabungan nama dua orang pakar yang mencipta teori itu, Joseph Luft dan Harry Ingham. Menurut teori mereka , diri manusia itu terdiri dari empat bentuk 'diri' di mana setiap diri itu berbeza daripada yang lain-lain. Walaupun berbeza, setiap diri itu saling mempengaruhi antara satu sama lain. Berikut adalah empat bentuk diri yang dimaksudkan.

Jendela Diri Yang Terbuka.

Individu-individu yang popular di kalangan kumpulannya mempunyai jendela terbuka yang luas. Orang yang popular mempunyai estim tinggi. Disebabkan mereka popular, mereka mempunyai lebih banyak rakan yang dapat membantu mereka mengenali siapa diri mereka.

Jendela ini melambangkan semua maklumat, sikap, perasaan, keinginan, dorongan dan idea-idea yang diketahui oleh seseorang pelajar itu berkenaan dirinya sendiri dan maklumat-maklumat itu diketahui juga oleh individu-individu lain. Antara maklumat itu, adalah nama, rupa paras, agama, bangsa, pendidikan dan kegemaran.

Sejauhmana seseorang pelajar sanggup membuka jendela ini mempunyai kesan ke atas sejauh mana individu-individu  lain, umpamanya rakan-rakannya, sanggup menerima dirinya. Semakin banyak seseorang pelajar itu bersedia mendedahkan maklumat dirinya, semakin mudah bagi individu lain menerima kehadirannya.

Ada kalanya jendela ini dibuka luas. Oleh itu, seseorang pelajar itu dengan sukarela mendedahkan banyak maklumat berkenaan siapa dirinya. Inilah faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar yang banyak mendedahkan maklumat berkenaan dirinya mempunyai lebih banyak rakan dan lebih popular.

Ada kalanya seseorang pelajar itu tidak mahu membuka jendela ini dengan luas, jadi dia banyak merahsiakan maklumat peribadinya. Oleh itu, individu-individu di sekelilingnya sukar menerima dirnya. Justeru, dia sukar menjalin persahabatan.

Individu-individu yang gagal dalam kehidupannya mempunyai konsep diri negatif ataupun konsep dirinya tidak selaras dengan realiti. Ini berpunca daripada mereka tidak bersikap terbuka kepada maklum balas daripada individu-individu yang berinteraksi dengan mereka, terutamanya apa bila maklum balas itu dalam bentuk teguran dan kritikan.

Pelajar-pelajar yang merahsiakan banyak hal berkenaan dirinya perlu diberi dorongan  supaya tidak malu ataupun takut menceritakan apa yang ingin dicertakannya. Ini bermakna, setiap yang dikongsikan itu adalah menjadi rahsia agar pelajar berasa yakin dan selamat.

Jendela Diri Yang Buta.

Jendela ini melambangkan segala macam maklumat berkenaan diri pelajar itu yang diketahui oleh individu lain di sekelilingnya tetapi dia sendiri tidak tahu. Antara maklumat seseorang itu yang cuma ketahui oleh individu-individu lain adalah seperti bakat-bakat dan kebolehannya yang terpendam, perangai-perangai ganjilnya, bau badannya yang busuk, sifat gagap apabila gugup dan lain-lain lagi. Di sinilah peranan seseorang itu memberi maklum balas agar individu tersebut dapat menerima dengan baik segala personaliti dirinya baik ataupun sebaliknya.

Orang lain mungkin tahu tabiat dan sifat-sifat baik ataupun buruk yang seseorang itu tidak sedar ada pada dirinya. Sesetengah individu 'buta' pada dirinya sendiri. Ada kalanya pelajar itu takut hendak mendengar pendapat individu lain berkenaan dirinya, kecuali yang baik-baik sahaja. Sesetengah individu ingin tahu siapa diri mereka yang sebenar dan sentiasa mencari maklum balas daripada individu-individu di sekelilingnya.

Ada kalanya seseorang itu dapat menerima kenyataan apabila dia menerima kritikan peribadi daripada individu-individu lain. Ada pula individu yang tidak dapat menerima kritikan seperti itu dan mereka mengalami kejutan yang dahsyat. Oleh itu, walaupun seseorang itu mungkin mengetahui banyak berkenaan peribadi individu lain. dia tidak boleh mendedahkan kepada sesiapa pun segala apa yang dia tahu kerana di khuatiri individu itu mungkin akan mengalami kesan negatif daripada apa yang diberitahu.

Di sini, seseorang itu perlu berhati-hati apabila memberitahu berkenaan hal individu tersebut. Jangan beritahu terlalu banyak kelemahan dan kekurangan individu itu. Lazimnya, seseorang itu memang sudah sedia mengetahui banyak berkenaan pelbagai kelemahan dan kekurangan dirinya. Yang diperlukannya adalah apakah kelebihan dan keistemewaan yang ada pada dirinya.

Jendela Diri Yang Tersembunyi.

Jendela ini adalah lambang segala maklumat berkenaan dirinya yang dia seorang sahaja yang tahu tetapi dia tidak ingin individu lain tahu. Ia adalah dirinya yang dirahsiakan.

Ada pelajar yang suka memberitahu segala macam maklumat berkenaan diri mereka kepada individu lain. Ada individu yang tidak segan silu menceritakan segala hal berkenaan diri mereka  termasuk masalah yang amat peribadi.

Ada pula pelajar yang jika boleh, langsung tidak mahu sesiapa tahu berkenaan diri mereka. Mereka akan bercakap dan berbual-bual berkenaan bermacam-macam pereka, kecuali berkenaan diri mereka.

Lazimnya seseorang itu memilih maklumat peribadi yang sanggup didedahkan kepada individu-individu lain, dan dia juga memilih kepada siapa maklumat-maklumat itu sanggup didedahkan.

Bagi individu yang suka merahsiakan dirinya, seseorang boleh mendorong individu itu supaya mahu menerangkan maklumat-maklumat peribadinya, kepada orang yang mereka percayai. Ini bermakna individu itu berasa selamat keatas maklumat-maklumat yang dirahsiakan itu. Di sinilah pentingnya seseorang menjaga integritinya sebagai seorang yang amanah dalam menyimpan rahsia orang lain.

Jendela Diri Yang Tidak Diketahui.

Jendela ini adalah lambang siapa sebenarnya diri seseorang itu, tetapi dia tidak mengetahuinya dan individu-individu lain pun tidak mengetahuinya. Jika seseorang itu tidak tahu dan individu-individu lain juga tidak tahu, bagaianakah seseorang itu tahu dirinya wujud?

Seseorang itu tahu dia wujud daripada beberapa sumber. Pertama, dari saat apabila seseorang pelajar itu menyedari beberapa perkara baru berkenaan dirinya yang tidak pernah dia katakan sebelumnya.

Sumber kedua adalah mimpi yang dialami. Anggapan seseorang itu pada diri sendiri sentiasa berubah dari masa ke masa. Ada kalanya perubahan itu berlaku perlahan-lahan, ada kalanya ia berlaku dengan mendadak dan drastik sekali.













Friday, August 7, 2020

Garis Panduan Memujuk Pihak Lain.



 Garis Panduan Memujuk Pihak Lain.

Memujuk pihak lain dengan berkesan. Antara garis panduan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut;

a. Mencapai persefahaman.

b. terus kepada isi penting.

c. meluangkan masa untuk memerhatikan gerak geri pihak lain.

d. meluahkan pandangan sedniri

e. menawan hati pihak lain.

f. berupaya bertindak mengikut keadaan semasa.

g. penuh berkeyakinan ketika berucap.

h. tidak bertindak secara terburu-buru.

Monday, August 3, 2020

Ibadah Korban Tahun 2020.


Maktab Sabah, Kota Kinabalu telah mengadakan ibadah korban pada 2 Julai 2020 bersamaan 13 Zulhijjah  1441H di Asrama Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Dalam majlis itu sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan. Daging korban sempat diagihkan di sekitar tempat yang berhampiran. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat kerbekatan dan rahmat Allah SWT.
Duduk bersama guru penolong kanan HEM dan guru penolong kanan Kokum.