Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
August
(15)
- Majlis Anugerah Kecemerlangan 2020 Edisi 2019.
- Penghargaan Khidmat Bakti.
- Program eRobotik Murid Asrama Malaysia.
- Teori Psikosekual Freud
- Program Eksplorasi Akademik STPM.
- Perkongsian Pintar Bersama Bekas Pelajar.
- Komponen Kuasa Kecemerlangan JIWA.
- Jenis JIWA
- Memahami JIWA
- Apakah Akil Baligh Atau Kematangan Seks.
- Konsep Diri
- Cara Mengenali Diri Sendiri.
- Aplikasi Teori Jendela Johari.
- Garis Panduan Memujuk Pihak Lain.
- Ibadah Korban Tahun 2020.
-
▼
August
(15)
Dalam bidang psikologi terdapat suatu teori yang boleh menolong seseorang pelajar memahami siapa dirinya. Teori itu disebut Jendela Johari. Nama Johari adalah gabungan nama dua orang pakar yang mencipta teori itu, Joseph Luft dan Harry Ingham. Menurut teori mereka , diri manusia itu terdiri dari empat bentuk 'diri' di mana setiap diri itu berbeza daripada yang lain-lain. Walaupun berbeza, setiap diri itu saling mempengaruhi antara satu sama lain. Berikut adalah empat bentuk diri yang dimaksudkan.
Jendela Diri Yang Terbuka.
Individu-individu yang popular di kalangan kumpulannya mempunyai jendela terbuka yang luas. Orang yang popular mempunyai estim tinggi. Disebabkan mereka popular, mereka mempunyai lebih banyak rakan yang dapat membantu mereka mengenali siapa diri mereka.
Jendela ini melambangkan semua maklumat, sikap, perasaan, keinginan, dorongan dan idea-idea yang diketahui oleh seseorang pelajar itu berkenaan dirinya sendiri dan maklumat-maklumat itu diketahui juga oleh individu-individu lain. Antara maklumat itu, adalah nama, rupa paras, agama, bangsa, pendidikan dan kegemaran.
Sejauhmana seseorang pelajar sanggup membuka jendela ini mempunyai kesan ke atas sejauh mana individu-individu lain, umpamanya rakan-rakannya, sanggup menerima dirinya. Semakin banyak seseorang pelajar itu bersedia mendedahkan maklumat dirinya, semakin mudah bagi individu lain menerima kehadirannya.
Ada kalanya jendela ini dibuka luas. Oleh itu, seseorang pelajar itu dengan sukarela mendedahkan banyak maklumat berkenaan siapa dirinya. Inilah faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar yang banyak mendedahkan maklumat berkenaan dirinya mempunyai lebih banyak rakan dan lebih popular.
Ada kalanya seseorang pelajar itu tidak mahu membuka jendela ini dengan luas, jadi dia banyak merahsiakan maklumat peribadinya. Oleh itu, individu-individu di sekelilingnya sukar menerima dirnya. Justeru, dia sukar menjalin persahabatan.
Individu-individu yang gagal dalam kehidupannya mempunyai konsep diri negatif ataupun konsep dirinya tidak selaras dengan realiti. Ini berpunca daripada mereka tidak bersikap terbuka kepada maklum balas daripada individu-individu yang berinteraksi dengan mereka, terutamanya apa bila maklum balas itu dalam bentuk teguran dan kritikan.
Pelajar-pelajar yang merahsiakan banyak hal berkenaan dirinya perlu diberi dorongan supaya tidak malu ataupun takut menceritakan apa yang ingin dicertakannya. Ini bermakna, setiap yang dikongsikan itu adalah menjadi rahsia agar pelajar berasa yakin dan selamat.
Jendela Diri Yang Buta.
Jendela ini melambangkan segala macam maklumat berkenaan diri pelajar itu yang diketahui oleh individu lain di sekelilingnya tetapi dia sendiri tidak tahu. Antara maklumat seseorang itu yang cuma ketahui oleh individu-individu lain adalah seperti bakat-bakat dan kebolehannya yang terpendam, perangai-perangai ganjilnya, bau badannya yang busuk, sifat gagap apabila gugup dan lain-lain lagi. Di sinilah peranan seseorang itu memberi maklum balas agar individu tersebut dapat menerima dengan baik segala personaliti dirinya baik ataupun sebaliknya.
Orang lain mungkin tahu tabiat dan sifat-sifat baik ataupun buruk yang seseorang itu tidak sedar ada pada dirinya. Sesetengah individu 'buta' pada dirinya sendiri. Ada kalanya pelajar itu takut hendak mendengar pendapat individu lain berkenaan dirinya, kecuali yang baik-baik sahaja. Sesetengah individu ingin tahu siapa diri mereka yang sebenar dan sentiasa mencari maklum balas daripada individu-individu di sekelilingnya.
Ada kalanya seseorang itu dapat menerima kenyataan apabila dia menerima kritikan peribadi daripada individu-individu lain. Ada pula individu yang tidak dapat menerima kritikan seperti itu dan mereka mengalami kejutan yang dahsyat. Oleh itu, walaupun seseorang itu mungkin mengetahui banyak berkenaan peribadi individu lain. dia tidak boleh mendedahkan kepada sesiapa pun segala apa yang dia tahu kerana di khuatiri individu itu mungkin akan mengalami kesan negatif daripada apa yang diberitahu.
Di sini, seseorang itu perlu berhati-hati apabila memberitahu berkenaan hal individu tersebut. Jangan beritahu terlalu banyak kelemahan dan kekurangan individu itu. Lazimnya, seseorang itu memang sudah sedia mengetahui banyak berkenaan pelbagai kelemahan dan kekurangan dirinya. Yang diperlukannya adalah apakah kelebihan dan keistemewaan yang ada pada dirinya.
Jendela Diri Yang Tersembunyi.
Jendela ini adalah lambang segala maklumat berkenaan dirinya yang dia seorang sahaja yang tahu tetapi dia tidak ingin individu lain tahu. Ia adalah dirinya yang dirahsiakan.
Ada pelajar yang suka memberitahu segala macam maklumat berkenaan diri mereka kepada individu lain. Ada individu yang tidak segan silu menceritakan segala hal berkenaan diri mereka termasuk masalah yang amat peribadi.
Ada pula pelajar yang jika boleh, langsung tidak mahu sesiapa tahu berkenaan diri mereka. Mereka akan bercakap dan berbual-bual berkenaan bermacam-macam pereka, kecuali berkenaan diri mereka.
Lazimnya seseorang itu memilih maklumat peribadi yang sanggup didedahkan kepada individu-individu lain, dan dia juga memilih kepada siapa maklumat-maklumat itu sanggup didedahkan.
Bagi individu yang suka merahsiakan dirinya, seseorang boleh mendorong individu itu supaya mahu menerangkan maklumat-maklumat peribadinya, kepada orang yang mereka percayai. Ini bermakna individu itu berasa selamat keatas maklumat-maklumat yang dirahsiakan itu. Di sinilah pentingnya seseorang menjaga integritinya sebagai seorang yang amanah dalam menyimpan rahsia orang lain.
Jendela Diri Yang Tidak Diketahui.
Jendela ini adalah lambang siapa sebenarnya diri seseorang itu, tetapi dia tidak mengetahuinya dan individu-individu lain pun tidak mengetahuinya. Jika seseorang itu tidak tahu dan individu-individu lain juga tidak tahu, bagaianakah seseorang itu tahu dirinya wujud?
Seseorang itu tahu dia wujud daripada beberapa sumber. Pertama, dari saat apabila seseorang pelajar itu menyedari beberapa perkara baru berkenaan dirinya yang tidak pernah dia katakan sebelumnya.
Sumber kedua adalah mimpi yang dialami. Anggapan seseorang itu pada diri sendiri sentiasa berubah dari masa ke masa. Ada kalanya perubahan itu berlaku perlahan-lahan, ada kalanya ia berlaku dengan mendadak dan drastik sekali.
0 comments:
Post a Comment