Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
August
(15)
- Majlis Anugerah Kecemerlangan 2020 Edisi 2019.
- Penghargaan Khidmat Bakti.
- Program eRobotik Murid Asrama Malaysia.
- Teori Psikosekual Freud
- Program Eksplorasi Akademik STPM.
- Perkongsian Pintar Bersama Bekas Pelajar.
- Komponen Kuasa Kecemerlangan JIWA.
- Jenis JIWA
- Memahami JIWA
- Apakah Akil Baligh Atau Kematangan Seks.
- Konsep Diri
- Cara Mengenali Diri Sendiri.
- Aplikasi Teori Jendela Johari.
- Garis Panduan Memujuk Pihak Lain.
- Ibadah Korban Tahun 2020.
-
▼
August
(15)
Setiap individu seharusnya mencapai kualiti jiwa memimpin. Sekiranya belum mencapai tahap tersebut usaha-usaha lebih lanjut perlu dilakukan. Kita perlu memahami secara terperinci mengapa kedudukan jiwa kita sedemikian. Dengan memahami jiwa secara terperinci akan memudahkan lagi proses pembangunan kualiti jiwa dilaksanakan. Setiap jiwa mempunyai tiga komponen sumber kuasa. Kuasa-kuasa tersebut adalah kuasa personaliti, kuasa pengetahuan dan kuasa kemahiran. Kuasa personaliti menguasai 50% jiwa manusia, kuasa pengetahuan mempengaruhi 40% dan kuasa kemahiran memainkan peranan 10%. Untuk menjadikan seseorang itu mencapai kecemerlangan jiwa semua sumber kuasa tersebut seharusnya digerak dan dimanfaatkan sepenuhnya. Kuasa kemahiran walaupun hanya 10% iainya memain peranan yang cukup penting dari aspek melahirkan berbagai-bagai bentuk kemahiran terutamanya kemahiran perhubungan sosial untuk kehidupan. Kuasa pengetahuan merupakan pengumpulan berbagai-bagai ilmu dan maklumat. Kuasa pengetahuan ini ialah gedung rujukan bahan-bahan yang membantu pembentukan kuasa personaliti dan kuasa kemahiran. Lazimnya semakin banyak ilmu yang dipelajari oleh seseorang, akan menjadikan orang itu lebih bebas dan terbuka jiwanya. Kuasa personaliti lebih mempamerkan aspek-aspek sensitiviti diri. Gabungan kuasa pengetahuan dan kuasa kemahiran tanpa kekuatan kuasa personaliti hanya akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang yakin sahaja.
Untuk menjadi seorang yang matang ketiga-tiga komponen kuasa terutamanya kuasa personaliti mesti ditingkatkan. Seseorang yang matang berkecenderungan untuk mencapai tahap kecemerlangan dan kebahagiaan hidup yang tinggi. Kematangan mendorong seseorang itu untuk lebih bertanggungjawab dan mampu mengawal emosi tidak rasional. Seorang yang matang sentiasa berfikir dan berusaha untuk menuju kesempurnaan identiti dirinya dan orang lain.
Mengenal Kuasa JIWA.
Secara mudah mengenal kuasa jiwa ialah suatu proses memahami keunikan, potensi, keistemewaan dan kelemahan yang ada pada diri seseorang. Di antara kaedah mengenal jiwa adalah seperti berikut;
1. Interpretasi minat.
Interpretasi minat merupakan satu kaedah mudah yang boleh digunakan untuk mengenal kuasa personaliti. Kaedah yang dikaji ini adalah berdasarkan suatu peristiwa yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Nabi diisrakkan. Nabi telah dibawakan dua gelas minuman iaitu segelas arak dan segelas lagi berisi susu. Pada ketika itu Nabi telah memilih susu. Maka berkata malaikat Jibril a.s. 'kepujian bagi Allah SWT yang telah membimbingmu kepada fitrah kehidupan yang terbaik, kerana kalau Nabi mengambil arak nescaya, sesatlah umatmu' (Riwayat Muslim).
Interpretasi minat adalah interpretasi yang dibuat kepada apa saja objek yang diminati oleh seseorang. contohnya bahagian anggota badan, peralatan didapur, dalam kelas, dalam pejabat, alat-alat tulis dan alam cakrawala. Malah setiap objek yang diminati mempunyai kaitan dengan ciri-ciri personaliti seseorang. Untuk mengenal kaitan tersebut cara yang paling mudah adalah dengan menganalisis keistemewaan dan kelemahan sesuatu objek yang dipilih. Selalunya pilihan beberapa objek sebagai satu kombinasi akan memberi suatu penjelasan yang lebih tepat mengenai ciri-ciri personaliti seseorang. Seringkali banyak perkara yang kita tidak tahu sebelum ini mengenai diri kita. Setelah melakukannya anda akan dapat mengenali banyak maklumat tentang diri anda. Perkara penting dilakukan ialah menganalisis makna-makna yang tersirat disebalik objek tersebut.
2. Firasat panca indera
3. Kinesologi
4. Iridiologi
5. Inventori
0 comments:
Post a Comment