Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
August
(15)
- Majlis Anugerah Kecemerlangan 2020 Edisi 2019.
- Penghargaan Khidmat Bakti.
- Program eRobotik Murid Asrama Malaysia.
- Teori Psikosekual Freud
- Program Eksplorasi Akademik STPM.
- Perkongsian Pintar Bersama Bekas Pelajar.
- Komponen Kuasa Kecemerlangan JIWA.
- Jenis JIWA
- Memahami JIWA
- Apakah Akil Baligh Atau Kematangan Seks.
- Konsep Diri
- Cara Mengenali Diri Sendiri.
- Aplikasi Teori Jendela Johari.
- Garis Panduan Memujuk Pihak Lain.
- Ibadah Korban Tahun 2020.
-
▼
August
(15)
Freud melihat naluir semula jadi manusia sebagai dorongan oleh suatu kuasa yang kuat. Beliau menghasilkan suatu potret struktur mental yang mengalirkan kuasa Id, Ego dan Superego.
Id.
Tenaga fizik semulajadi membentuk Id primitif. Id tidak rasional. Ia adalah dorongan keseronokan dan tidak tersusun. Id menuntut keseronokan segera dan pengurangan ketegangan. Tenaga Id terlalu mudah dan dinamik dimana ianya sedia dialirkan daripada satu objek ke satu objek yang lain ataupun daripada satu imej ke satu imej yang lain. Bayi yang dorongan impetusnya mula menghasilkan rasa lapar akan merasa puas sebentar dengan ketenteraman , tetapi apabila rasa lapar meningkat, objek baru atau makanan perlu diberikan bagi memenuhi kehendak dorongan itu.
Dalam keadaan yang sama, halusinasi dan 'mimpi siang' adalah contoh asas proses berfikir yang menggunakan keperluan permintaan bagi mencapai pengurangan ketegangan secara berperingkat. Id adalah kawah ketidakpuasan keinginan yang menggelegak yang meneruskan pengaruhnya secara tidak sedar sepanjang kehidupan manusia. Realiti kehidupan mendesak id supaya menyesuaikan diri dengan situasi luaran. Ini dilakukan dengan mengawal guna semburan tenaga Id dan menukarkannya kepada struktur personaliti baru iaitu Ego.
Ego.
Menurut Freud, Ego adalah organ ulasan dan kesiuman. Tenaga Ego diperolehi daripada naluri libido atau syahwat yang dilakukan daripada Id bagi membentuk kelompok tenaga neutral. Peralihan ini menukarkan semburan erotik libido kepada Ego libido. Ego juga mencari keseronokan bagi Id tetapi dalam kapasiti penangguhan dan penyusutan dalam lingkungan set yang dihadkan oleh keadaan sekeliling. Tenaga fizik Id dialirkan oleh Ego dan diarahkan ke objek-objek yang sedia ada bagi menghasilkan keseronokan. Ego perlu mengawal dan mengarah Id. Ego juga menyeimbangkan konflik keinginan Id dengan permintaan sosial yang terhad. Ia bertindak sebagai pembuat keputusan yang fleksibel. Seterusnya, tenaga neutral Ego berkembang secara beransur-ansur kepada struktur psikologi lain iaitu superego.
Superego.
Superego dikembangkan secara beransur-ansur daripada Ego bagi mengadaptasikan kepada persetujuan sosial dan moral. Ibu bapa sebagai agen asas sosialisasi, menagih, mengajar dan menggalakkan tingkah laku tertentu anak-anak sambil menghalang dan menghukum orang lain. Superego mengandungi kata hati (conscience) dan Ego ideal. Kata hati merangkumi larangan moral dan nilai masyarakat yang dipelajari daripada ibu bapa. Manakala Ego ideal merangkumi standard kesempurnaan yang diperjuangkan. Superego secara tetap menagih supaya individu berfikir dan bertindak mengikut amaran ataupun kehendak budaya dan menghukum sekiranya individu mengalah pada keinginan tidak rasional Id.
Menurut Sigmund Freud, apa yang dibuat, mengapa dilakukan serta mengapa jadi sedemikian sebenarnya berkait rapat dengan dorongan seksual manusia.
0 comments:
Post a Comment