Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, August 12, 2020

Secara mudah jiwa manusia boleh dikategorikan daripada empat jenis seperti berikut;

  • Jiwa Pemimpin
  • Jiwa Pengikut
  • Jiwa Pembangkan
  • Jiwa Pengecut
Untuk memahami jenis jiwa seseorang, kita perlu menjawab beberapa persoalan berikut;

  1. Bagaimana kita melihat dan menerima diri kita sendiri. Adakah kita beranggapan bahawa kita adalah seorang manusia yang bertaraf tinggi, sederhana dan rendah.
  2. Bagaimana kita melihat orang lain terutama rakan-rakan sebaya atau sekerja. Adakah kita melihat mereka itu sebagai manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
  3. Bagaimana jangkaan kita terhadap amalan agama seperti sembahyang dan bersedekah. Adakah komitmen kita itu tinggi, sederhana atau rendah.
  4. Bagaimana jangkaan kita terhadap keakraban perhubungan dengan rakan dan masyarakat. Adakah keakraban perhubungan itu pada tahap tinggi, sederhana atau rendah.
 Sebagai permulaan kita cuba analisis dengan membuat penggabungan jawapan persoalan satu dan dua sahaja. Jawapan kepada dua persoalan tersebut akan menentukan bentuk jiwa.

Orang yang memandang dirinya tinggi dan memandang orang lain tinggi adalah berjiwa pemimpin. Orang yang berjiwa pemimpin adalah seorang yang berwawasan tinggi, menghormati dirinya dan menghormati orang lain, seorang yang mempunyai daya kreativiti dan insiatif yang tinggi, suka membantu serta memikirkan sumbangannya kepada orang lain. Beliau selalunya ialah seorang yang mesra, tegas dan proaktif.

Orang yang memandang dirinya sederhana atau rendah dan memandang diri orang lain tinggi adalah berjiwa pengikut. Seorang pengikut ialah seorang yang menghrmati orang lain dan suka menyanjung atau memuji orang lain. Seorang yang setia dan sentiasa patuh kepada arahan. Suka melihat unsur yang positif  serta taat kepada majikan dan arahan. seorang yang rajin, suka bekerja, membantu orang lain dan amanah.

Orang yang memandang dirinya tinggi dan memandang orang lain sederhana atau rendah adalah berjiwa pembangkang. Seorang yang berjiwa pembangkan adalah seorang yang tegas melulu, menghormati dirinya tetapi kurang menghormati orang lain. Malah ia menganggap bahawa orang lain sebagai rendah. Seorang yang berasa dirinya lebih pandai, sentiasa mementingkan diri dan tidak begitu peduli kepada orang lain kecuali ada kepentingan atau orang yang dianggap kroninya. Dalam banyak hal, beliau mengambil berat terhadap kroninya. Golongan ini teliti dengan kerjanya, suka memberi komen dan melihat negatif orang lain tetapi beliau sendiri sukar untuk berubah dan menerima pendapat orang.

Manakala orang yang memandang dirinya sederhana atau rendah dan memandang diri orang lain sederhana atau rendah adalah berjiwa pengecut. Orang yang berjiwa pengecut adalah seorang yang lebih banyak memikirkan tentang kepentingan dirinya. Sering berasa rendah diri, kurang menghormati diri sendiri dan orang lain. Selalunya mereka lebih suka menyalahkan orang lain, tidak suka kepada peraturan dan selalu takut kepada apa orang lain kata. Golongan ini selalunya hanya mengikut apa yang terjadi, tidakmahu menanggung risiko, tidak drastik dan sukar untuk proaktif. Mereka ini sukar untuk menerima perubahan serta suka bercakap di belakang atau berdiam diri sahaja dengan sikap tunggu dan lihat.










0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414