Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, February 25, 2021


Setiap orang akan mempunyai masa lapang. Ada yang menggunakan masa lapang untuk  bermain golf,untuk ke kelas aerobik, untuk bersukan, untuk menonton televisyen, berbual kosong, lepak di pasar-pasar raya dan bermacam-macam aktiviti lagi. Tetapi kita tidak sedar bahawa masa lapang sebenarnya merupakan nikmat Allah tanpa kita sedari. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 'Dua nikmat daripada Allah SWT ada  yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah sihat dan masa lapang'.

Untuk menjadi pelajar cemerlang,pelajar perlu menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu matlamat yang telah ditetapkan. Adalah silap jika pelajar menganggap maka lapang adalah masa untuk bersukaria dan boleh melakukan apa sahaja kerana ia tidak bersangkutan dengan pembelajaran. Sebenarnya masa lapang inilah yang perlu digunakan secara bijaksana. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 'Ambillah peluang lima perkara sebelum kamu dihilangkan (didatangi) oleh lima perkara. Peluang masa mudamu sebelum daripada tuamu, peluang masa sihatmu sebelum daripada sakitnya; peluang masa kayamu sebelum fakirmu, peluang masa lapangmu sebelum daripada kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum daripada matimu'.

Jadi pengajaran daripada Sabda Rasulullah SAW diatas adalah jelas iaitu pelajar perlu merebut masa lapang yang ada untuk studi kerana masa lapang tidak akan kekal kerana akan tiba nanti masa sibuk. Berdasarkan pengalaman, ramai pelajar yang cenderung untuk releks pada permulaan awal tahun persekolahan atau ketika berada di Tingkatan Empat, tetapi mula mengalami tekanan masa kesibukan apabila berada di Tingkatan Lima. Fenomena ini berlaku kerana pelajar tidak bijak menguruskan masa lapang yang ada.

Cuba kita renungkan kata-kata Ibnu 'Ata" Kita al_Hikam iaitu 'kerugian yang sebenar ialah apabila kamu  meluangkan masa lapang kamu tanpa melakukan sebarang pekerjaan'. Begitu juga peringatan Abu 'Atahiyah' dalam syairnya yang berbunyi 'sesungguhnya usia muda, masa lapang dan kemewahan, adalah merupakan kerosakkan (kecelakaan) bagi seseorang, di dalam apa juga bentuk kerosakkan.

Berdasarkan pengalaman, ramai pelajar tidak berupaya untuk menjadi pelajar cemerlang kerana mereka mempunyai tabiat pembelajaran yang tidak sistematik terutama berkaitan dengan pengurusan masa, diantaranya;

1. pelajar tidak mempunyai jadual waktu yang baik.

2. pelajar suka menghabiskn masa dengan sia-sia.

3. pelajar suka menangguhkan masa untuk studi.

4.pelajar suka mengamalkan budaya belajar pada saat-saat akhir menjelang waktu peperiksaan.

5. pelajar tidak pandai menggunakan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang penting dan segera berbanding aktivit-aktiviti yang tidak penting dan tidak segera.

Satu daripada amalan lazim dilakukan oleh pelajar ialah belajar ikut suka atau bila ada keinginan. Amalan ini adalah amat merbahaya kerana ia menggalakkan pelajar agar tidak merancang penggunaan masa sebaliknya bergantung kepada keinginan pelajar. Jika hari ini pelajar tersebut mempunyai keinginan untuk belajar, maka dia akan belajar berjam-jam lamanya. Sebaliknya jika keinginannya tidak ada, dua atau tiga haripun tidak boleh belajar. Kenapa itu boleh berlaku?

Sebenarnya amalan ini berlaku kerana pelajar itu sendiri tidak mendisiplinkan dirinya agar menggunakan masa secara terancang. Seperti yangg dijelaskan, pada awalnya, pelajar perlu mengenali jenis-jenis masa kerja yang perlu dilakukan. Atur dan susunkanlah masa dan kerja tersebut mengikut keutamaan.

Cuba renung kembali apakah kejayaan yang telah pelajar capai akibat daripada amalan ini? Adakah pelajar mempunyyai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu?Tepuk dada tanya selera, sebab keputusannya  berada di tangan pelajar bak kata pepatah Melayu 'Pisau ada di tangan pelajar, mentimun juga ada di tangan pelajar'.

Maka pandai-pandailah kita mengguakan masa yang dianugerahkan Tuhan kalau kita ingin menjadi pelajar cemerlang.




0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414