Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, February 23, 2021

Pengurusan masa bermaksud pelajar mengawal penggunaan masa yang ada sama ada 60 minit dalam satu jam, 24 jam dalam satu hari, 7 hari dalam seminggu atau 12 bulan dalam setahun dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Untuk memastikan pelajar dapat menguruskan masa secara cekap dan berkesan pelajar perlu mengkelaskan masa dan kerja kepada beberapa jenis iaitu;

1.Masa ketika pelajar paling segar, bertenaga dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran.

2.Masa sewaktu pelajar paling keletihan atau terdedah kepada faktor-faktor gangguan dimana pelajar sukar untuk mendapatkan konsentrasi, dan

3.Masa di antara dua waktu yang dinyatakan di atas.

Setelah mengkelas masa-masa ini, pelajar perlu mengatur strategi untuk melakukan berbagai jenis aktivti di dalam masa-masa yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh masa ketika pelajar paling segar, bertenaga dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran hendaklah digunakan untuk membuat tugasan atau kerja rumah, mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

Untuk jenis masa (2) pula, pelajar perlu mengisinya dengan kerja-kerja sampingan lain yang boleh membantu pelajar dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Masa ini bolehlah digunakan untuk mencari buku-buku rujukan di perpustakaan, fotokopi makalah atau rencana untuk dijadikan bahan ulangkaji.

Manakala masa (3) pula bolehlah digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti bio-fisikal, beribadat, makan, minum dan berehat. 



Terdapat pernyataan berbunyi ' menunda sesuatu perbuatan baik, kerana menunggu waktu yakni kesempatan yang lebih baik menandakan tanda kebodohan telah mempengaruhi jiwa'.  Antara lain juga menyebut 'kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan ubat-ubatan tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus hilang'.

'Ada yang kata masa itu wang

Ada yang kata masa itu emas

Ada juga yang kata, masa itu hampas tebu

Tapi untuk orang yang berjaya, masa itu kehidupan duniawi dan ukhrawi'.

Pelajar perlu sedar, dalam kehidupan sehariannya terdapat tiga jenis masa yang utama iaitu:

1. Masa berkaitan dengan aktivti-aktiviti akademik yang wajib dihadiri. Ini termasuklah masa belajar disekolah iaitu 7.00pagi hingga 2.00petang atau masa untuk menghadiri kuliah, tutorial atau kerja-kerja amali.

2. Masa bukan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti akdemik tetapi perlu dilakukan. Ini termasuklah makan, minum, mandi, beribadat seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berzikir, tidur, membuang air, bersenam dan keperluan bio-fizikal yang lain. Sebagai manusia kita perlu lakukansemua aktiviti-aktiviti ini. Tidak dapat tidak pelajar perlu memperuntukkan  masa untuk melakukan semua aktiviti.

3. Baki masa selain dari masa (1) dan (2) di atas.

Untuk menjadi pelajar cemerlang kita perlu merancang dan menggunakan masa (3) secara cekap dan berkesan. Contoh-contoh masa (3) ialah:

a. Hari Sabtu dan Ahad tidak ada kelas atau pergi ke sekolah.

b. Masa 4.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari.

c. Selepas makan malam dari pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam setiap hari.



Pelajar perlu bijak merancang dan menggunakan masa-masa ini untuk mengulangkaji pelajaran atau melakukan aktivti-aktiviti pembelajaran yang dapat membantu pelajar menjadi pelajar cemerlang. Elakkan daripada membuat kerja-kerja yang sia-sia seperti menonton rancangan televisyen yang tidak berfaedah, berbual kosong atau melepak di pusat-pusat membeli belah atau di perhentian bas. Tidak salah pelajar menonoton televisyen tapi biarlah program yang ditonton dapat merangsang minda pelajar sepeti menonton rancangan forum semasa, Berita Perdana ataupun Minda.

Pelajar cemerlang akan menggunakan masa (3) untuk memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh jika matlamat kita adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM pada tahun hadapan bermakna dari sekarang kita hendaklah menggunakan masa (3) yang ada secara berkesan bagi mencapai matlamat tersebut.

Pelajar cemerlang perlu sedar setiap aktiviti yang dilakukan seharian boleh dibahagikan kepada:

1. Lingkaran perhatian, dan

2. Lingkaran pengaruh.

Aktiviti-aktiviti yang termasuk di dalam lingkaran perhatian pelajar biasanya melibatkan penggunaan tenaga, masa, usaha dan sumber-sumber yang ada pada pelajar. Aktiviti-aktiviti ini biasanya  tidak dapat membantu pelajar memenuhi matlamat yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini biasanya memerlukan penggunaan masa yang banyak dan kalau tidak berhati-hati, pelajar akan terjebak dalam perangkap masa.

Sebagai contoh, katakan sekarang ialah pertandingan badminton Piala Thomas dan pelajar amat berminat dengan permainan badminton. Jadi setiap malam, pelajar menghabiskan masa untuk menonton pertandingan badminton yang disiarkan menerusi televisyen. Sebenarnya pelajar tidak sedar bahawa walau bagaimana kuat sokongan sekalipun pelajar tidak akan dapat mempengaruhi keputusan pertandingan yang disiarkan itu.

Jadi untuk menjadi pelajar cemerlang yang bijak menguruskan masa maka pelajar perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti termasuk dalam lingkaran perhatian. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang tidak langsung dapat memenuhi matlamat kita untuk menjadi pelajar cemerlang, antaranya:

1. Menghabiskan masa dengan menonton wayang di pawagam-pawagam.

2. menghabiskan masa bermain permainan komputer sama ada di rumah atau di pusat-pusat video.

3. Membaca majalah-majalah hiburan dan kartun yang tidak menambahkan daya kreativiti pelajar.

4. Menyertai aktiviti-aktiviti yang tak bermoral dan merugikan

5. Mengamalkan corak hidup yang tidak mementingkan masa seperti budaya lepak.



Bagaimanapun sekiranya pelajar adalah seorang pemain badminton yang mewakili sekolah maka masa yang dihabiskan untuk menonton pertandingan adalah berfaedah. Ini adalah kerana aktiviti ini dilakukan berada di dalam lingkaran pengaruh pelajar. Masa dan usaha yang pelajar tumpukan untuk menonton pertandingan badminton itu sudah pasti akan dapat membantu pelajar untuk menjadi pemain badminton  yang lebih baik. Jadi aktiviti-aktiviti yang ternasuk di dalam lingkaran penagruh inilah yang perlu pelajar lakukan untuk mendekatkan lagi kepada matlamat yang telah ditentukan.

Antara aktiviti-aktiviti yang termasuk di dalam lingkaran pengaruh pelajar ialah;

1. Menyertai bengkel motivasi, bengkel pembangunan sumber manusia dan bengkel pembelajaran.

2. Menyertai program rakan muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk meningkatkan ketahanan mental dan jasmani.

3. Menyertai persatuan dan kelab yang ada di sekolah seperti kelab komputer, kelab usahawan, persatuan pengakap dan lain-lain lagi.

4. Mengadakan kumpulan studi untuk membincangkan  pelbagai masalah berkaitan pembelajaran.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah membincangkan pelajaran yang kurang difahami, menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lalu dan membuat kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru.

Setelah pelajar perlu sedar bahawa masa adalah lebih mahal daripada emas dan tidak ternilai maka adalah wajib bagi pelajar untuk menggunakan masa yang ada secara bijaksana. Tidak mencukupi sekadar merancang penggunaan masa tetapi pelajar mestilah memastikan masa yang ada disikan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.  Ini adalah kerana ' Sesuatu perancngan yang dilaksanakan dengan sempurna adalah jauh lebih baik daripada perancnagan yang sempurna tetapi tidak dilaksanakan'. 



0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414