Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, February 11, 2021
UNTUK berjaya dengan cemerlang, pelajar perlu mempunyai sifat-sifat proaktif. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan maka kita akan dapati bahawa pelajar yang mempunyai sifat-sifat proaktif akan lulus dengan cemerlang. Pelajar proaktif ialah pelajar yang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan sejak dari awal-awal lagi dan bukannya seminggu atau dua minggu dari tarikh peperiksaan.

Di dalam diari hidup pelajar proaktif tidak adalah istilah 'belajar di saat-saat akhir'. Pelajar proaktif akan  merancang sistem pembelajarannya secara sistematik dengan membuat jadual waktu dan mematuhinya. Pelajar proaktif juga akan mengulangkaji pelajarannya tanpa disuruh oleh ibu bapa atau sesiapa sahaja tetapi belajar secara ikhlas kerana pelajar sedar bahawa dengan mengulangkaji pelajaran akan mendekatkan dirinya kepada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang yang telah ditetapkan olehnya.

Dalam ertikata yang mudah, untuk belajar pelajar proaktif tidak akan menunggu rangsangan dari luar baru hendak bertindakbalas. Sebaliknya kaedah atau pendekatan yang terbaik dirancang dan dilaksanakan demi memenuhi matlamat yang diingini tanpa paksaaan atau arahan dari sesiapa.

'Cara manusia bertindak bergantung kepada sikapnya. Cara dan bersikap bergantung kepada kesimpulannya. Cara dia mengambil kesimpulan bergantung kepada cara dia berfikir. Dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.

Bila kita lebih proaktif terhadap diri kita, kita akan menjadi lebih berjaya dari apa yang pernah kita impikan.

Pelajar proaktif perlu mempunyai ciri-ciri berikut;

  • Sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian atau peperiksaan.
  • Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, pelajar akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan diri.
  • Sentiasa menggunakan bahasa-bahasa yang proaktif untuk meningkatkan keyakinan diri, contohnya.
  1. Aku pelajar seperti mereka juga, aku pasti akan berjaya'.
  2. 'Aku mempunyai kebolehan dan kekuatan untuk melaksanakan cita-citaku
  3. 'Aku percaya kepada kebolehan dan kemampuan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada ku.
  4. 'Aku pasti berjaya'
  5. 'Aku tidak gentar kepada halangan dan kegagalan'


Antara lagu-lagu yang sering disiarkan di televisyen atau radio yang boleh meningkatkan keyakinan dan motivasi serta melahirkan pelajar yang proaktif ialah;

FIKIRKAN BOLEH.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!

KINI SAATNYA.

Kini tiba tika waktunya
Ku mencipta kejayaan
Yang penuh gemilang

Tanpa ragu aku memburu
Dan berlari mengejari cita ini

Untuk capai cita dan impian
Aku sedia dengan cabaran yang ada
Dengan keyakinan ku buktikan
Terdengar namaku dijulang

Demi ikrar dan negara
Sini ku mencipta sejarah
Yang cemerlang

Kini saatnya mimpi jadi nyata
Mari bersama kita raikan...kejayaan

Untuk capai cita dan impian
Aku sedia dengan cabaran yang ada
Dengan keyakinan ku buktikan
Terdengar namaku dijulang

Untuk capai cita dan impian
Aku sedia dengan cabaran yang ada
Dengan keyakinan ku buktikan
Terdengar namaku dijulang.

Pelajar proaktif perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa-bahasa reaktif. Sebenarnya musuh yang paling besar kepada para pelajar ialah perasaan ragu dan  sangsi kepada kebolehan diri sendiri, rasa rendah diri, rasa tidak berharga atau perasaan tidak disayangi. Perasaan-perasaan atau bahasa-bahasa reaktif ini perlu dielakkan, antaranya;

'aku tidak ada kebolehan'
'aku pelajar yang bodoh'
'aku tidak akan berjaya'
'usahaku hanya sia-sia sahaja'

Perasaan atau bahasa-bahasa reaktif ini akan mengganggu kejernihan dan ketenteraman jiwa, mematahkan segala kemahuan dan membunuh segala keberanian pelajar untuk bertindak dan berusaha. Untuk berjaya, perasaan-perasaan atau bahasa-bahasa reaktif ini perlu dilontarkan jauh-jauh, jangan dibiarkan terus berada di dalam jiwa kalau pelajar ingin meningkatkan keyakinan diri dan kejayaan yang cemerlang.






Di samping itu juga pelajar perlu mempunyai sifat kritis, kreatif dan inovatif. Sifat-sifat ini adalah penting bagi melahirkan pelajar yang berwawasan. Pelajar boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk membentuk pemikiran yang kritis antaranya;

1. MENGANALISA DAN MENILAI IDEA.

Sebagai pelajar yang kritis pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk membuat penganalisaan dan menilai idea-idea yang ada. Sebenarnya idea tidak akan berkembang sekiranya idea tersebut tidak dikupas atau dianalisa.

2. MEMBANDING DAN MEMBEZA..

Samada pelajar menyedari atau tidak, penganalisaan yang dilakukan akan lebih memberikan hasil yang bermanfaat apabila pelajar membuat perbandingan dan mengenalpasti perbezaan-perbezaan yang mungkin timbul.

3. MENENTUKAN KEUTAMAAN.

Untuk menghasilkan pemikiran yang kritis, pelajar perlu bijak di dalam menentukan keutamaan. Ini adalah kerana di dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar, pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan samada aktiviti akademik,keagamaan mahupun sosial. Justeru kerana itu pelajar perlu memilih keutamaan yang terbaik bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai.

Steven R.Corey di dalam bukunya, First Things First mengkelaskan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan kepada dua kategori utama iaitu;

1. Aktiviti-aktiviti yang penting dilakukan
2. Aktiviti-aktiviti yang perlu segera dilakukan.

Aktiviti-aktiviti yang penting dilakukan adalah termasuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk membantu matlamat yang telah pelajar tetapkan disamping secara tidak langsung meningkatkan kualiti kehidupan pelajar untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Aktiviti-aktiviti yang perlu segera dilakukan pula ialah sebarang aktiviti atau tindakan yang perlu dilakukan dan tidak boleh bertangguh-tangguh lagi. Sebarang penagguhan akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pelajar samada akan menjejaskan matlamat yang telah ditetapkan atau menyebabkan pelajar terus khayal dengan perangkap masa.

Dua pengekalsan aktiviti diatas boleh lagi dipecahkan secara lebih terperinci seperti berikut;

Aktiviti-Aktiviti Pelajar.

Penting                                                Segara

Penting dan segara                                                                         Tidak penting dan tidak segera

Penting dan tidak segera                                                                          Tidak penting dan segera


PENTING DAN SEGERA.

Aktiviti yang terpenting dan perlu dilakukan segera. Ini termasuklah membuat persiapan terakhir kerana peperiksaan SPM dan STPM akan bermula esok. 

PENTING DAN TIDAK SEGERA.

Aktiviti-aktiviti yang penting dilakukan tetapi tidak segera. Ini termasuklah mengulangkaji pelajaran dari sekarang walaupun peperiksaan SPM dan STPM akan diadakan pada tahun hadapan. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan sepanjang masa dan dilakukan sedikit demi sedikit.

TIDAK PENTING DAN SEGERA.

Aktiviti-aktiviti yang tidak penting dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan tetapi perlu kepada tindakan segera. Contohnya kawan baik menelefon mengajak pelajar untuk pergi bandar seperti menonton wayang, bermain video game, menghabiskan masa dengan melepak di gedung-gedung perniagaan dan lain-lain lagi. Pelajar perlu membuat keputusan segera samada ingin memenuhi ajakan kawan baik tersebut atau tidak.

TIDAK PENTING DAN TIDAK SEGERA.

Aktiviti-aktiviti yang langsung tidak berkaitan dengan aktiviti pembelajaran dan tidak penting serta tidak segera untuk dilakukan. Ini termasuklah berbagai-bagai aktiviti yang menghabiskan masa dengan sia-sia seperti berkumpul dan berbual-bual kosong dengan kawan-kawan, membaca majalah-majalah hiburan atau menonton rancangan kartun di televisyen.

Pelajar perlu mengkaji semula apakah aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan seharian. Untuk menjadi cemerlang pelajar perlu menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang penting dan memerlukan tindakan segera sahaja. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak penting dan tidak segera. Sekiranya peralihan paradigma dalam pengurusan masa ini dapat dilakukan, pelajar bukan sahaja akan menjadi pelajar cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari aspek peribadi dan kehidupan sosial.




MENENTUKAN SEBAB AKIBAT.

Lazimnya pelajar melakukan sesuatu tindakan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan secara mendalam atau kesan yang mungkin timbul. Ini adalah amat penting terutamanya melibatkan tindakan-tindakan yang bersangkut paut dengan matlamat yang telah ditetapkan. Apabila tindakan diambil tanpa memikirkan akibatnya  terlebih dahulu, segala tindakan itu akan menjadi tidak menentu malah langsung tidak membantu pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang.

Sebaliknya pelajar yang dapat merangsang mindanya iaitu membuka mindanya dan bersedia untuk menimbang pelbagai idea atau tindakan akan menyebabkan proses penyelesaian yang diambil menjadi lebih kreatif dan bermakna.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF.

Di antara ciri-ciri pemikiran kreatif yang perlu ada di dalam diri pelajar ialah;

1. Mengembangkan Daya Imaginasi.

Sebenarnya setiap pelajar sudahpun mempunyai kemahiran di dalam berimaginasi cuma kemahiran ini perlu disalurkan pada jalan yang betul. Berdasarkan kajian, pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi adalah pelajar yang dapat menggunakan fungsi otak kanannya secara lebih berkesan. Untuk menjadi cemerlang pelajar perlu mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

2. Berkeupayaan Untuk Menjanakan Atau Mencetuskan Idea.

Lazimnya pelajar yang kreatif mampu untuk menjanakan idea-idea yang baik tidak kira sama ada dalam keadaan tenang atau keadaan tertekan. Pelajar yang sebegini berupaya menjadi pelajar yang berinovatif.

3. Melihat Perhubungan dan Perkaitan.

Pelajar yang berupaya mencetuskan idea yang kreatif akan mampu melihat perhubungan dan perkaitannya dengan pelbagai aspek yang terkandung di dalam idea tersebut. Sebenarnya sifat kritis dan kreatif ini merupakan prasyarat bagi melahirkan pelajar yang berinovatif. Di antara ciri-ciripelajar yang berinovatif ialah:
- mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
- peka terhadap persekitaran
- mudah menerima perubahan dan
- berfikiran terbuka.










0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414