Sunday, June 11, 2023

Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa.

 Tidak ada ruginya apabila kita berbuat baik dengan orang lain. Sekiranya orang berbudi atau membuat kebaikan, tidak ada salahnya jika berbahasa yang baik pula dengannya. Kebaikan tersebut berkemungkinan dibalas dengan perkara yang baik. Berkemungkinan budi bahasa yang telah ditunjukkan dibalas dengan hidangan yang enak -enak. Hidangan enak yang diberi itu dapatlah kita merasainya.

Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa membawa maksud sekiranya seseorang itu telah berbudi kepada kita, seharusnya kita membalas budi orang tersebut.

Seorang yang cemerlang akan membantu guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Memadam papan putih, membantu guru-guru membawa buku-buku, menunjuk ajar rakan-rakan sekelas adalah antara kebaikan yang boleh diberikan.

Budi yang baikditunjukkan oleh seorang pelajar cemerlang adalah;

1. Bersyukur dan berterima kasih kepada Maha Pencipta.

2. Berterima kasih kepada ibu bapa,adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan.

3. Menunjukkan rasa terima kasih seperti akur perintah, hormat menghormati dan sebagainya.

4. Memberikan hadiah kepada mereka yang telah membantu kita.

Sekali atau dua kali orang suka menolong kita tanpa berkira. Sekiranya kita tidak berterima kasih dengan mereka, itu sahajalah pertolongan yang bakal kita terima. Sebaliknya, jika kita mengucapkan terima kasih, bermanis muka, memberi hadiah dan sebagainya atas pertolongan yang diterima, sudah pasti orang suka untuk menolong kita pada masa hadapan. Guru-guru tidak meminta sebarang balasan, namun keceriaan dan minat kita terhadap pelajaran menjadikan guru-guru bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada kita.

Manusia dapat hidup dengan tenang dan aman sekiranya mereka saling berbuat kebaikan di muka bumi ini. Sebagai seorang pelajar, kita perlu melakukan kebaikan terhadap orang sekeliling sa,a ada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan juga kepada masyarakat. Ini kerana perbuatan tersebut ialah salah satu cara untuk membalas budi mereka yang telah berbakti dan berkorban untuk kita. Sebagaimana peribahasa di atas, kita wajar membalas kebaikan yang telah diberikan oleh orang lain kepada kita.











Sunday, April 9, 2023

Teknik Mengubah Tingkah Laku Negatif Kepada Positif.

 


Perubahan, bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya. Perubahan bukannya sesuatu yang datang berlari kepada kamu. Perubahan adalah sesuatu yang kamu perlu lakukan. Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami bahawa kita, yakni diri sendiri terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya. Sebagai pelajar, untuk menempa kejayaan kita perlulah mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Sikap hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahului sebelum kita berubah tidak akan membawa kita kemana-mana, kecuali kegagalan. Untuk itu, kita perlu mengubah tingkah laku negatif kepada positif iaitu;

1. Apa berlaku jika malas belajar.

a. Malas adalah satu tabiat yang mesti dikikis. Sekiranya kamu diserang perasaan malas, lakukan perkara dibawah;

i. Tanya kepada diri sendiri, 'apa yang aku dapat jika malas belajar'?

ii.Kemudian buat satu senarai segala kerugian yang akan kamu peroleh sekiranya terus bersikap malas'.

b.Sekarang, apa perasaan kamu? Ingatlah, pelajar rajin mencari jalan, pelajar malas hanya tahu memberi alasan.



2. Berkhayal atau berimaginasi.

i. Maksud berkhayal atau berimaginasi disini bukanlah menyimpan angan-angan kosong yang hanya membazirkan masa.

ii. Maksud yang sebenarnya ialah membayangkan atau menggambarkan sesuatu peristiwa.

iii.Contoh yang terbaik adalah dengan cara mengimaginasikan atau membayangkan perasaan kedua-dua ibucbapa kamu jika kamu gagal peperiksaan. Adakah mereka akan berasa gembira atau sedih.

iv. Kemudian, bayangkan pula perasaan kedua-dua ibu bapa kamu jika kamu lulus cemerlang dalam peperiksaan. Pastinya mereka akan berasa bangga bukan?

v. Jadi, buatlah pilihan selepas kamu berimaginasi. Tetapi yang pastinya, sudah tentulah kamu mahu menggembirakan kedua-dua ibu bapa kamu.

3. Senaraikan faedah-faedah daripada sikap rajin.

i. Langkah seterusnya adalah dengan menyenaraikan faedah-faedah yang akan kamu peroleh sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.

ii. Kemudian, buat pertimbangan yang rasional, adakah hidup kamu akan menjadi susah atau senang sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.

iii.Yang mana satu menjadi pilihan kamu, mahu menikmati faedah-faedah ini ataupun tidak mahu? Buatlah keputusan yang sewajarnya, kerana masa depan kamu terletak ditangan kamu.

4. Gambarkan keadaan selepas alam  persekolahan.

a. Dua keadaan boleh kamu gambarkan, iaitu;

i. jika kamu bertingkah laku positif, apa yang akan berlaku?

ii.Jika kamu bertingkah laku negatif, bagaimana masa depan kamu?

b. gambaran yang kamu berikan mesti berdasarkan tingkah laku kamu. Kamu mesti bbuat perbezaan antara kedua-duanya. Pastikan yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada kamu.



5. Gambarkan di alam pekerjaan.

a. Buatkan atau imaginasikan gambaran mental apa yang kamu bakal peroleh jika kamu bertingkah laku positif dan juga jika kamu bertingkah laku negatif.

b. Contohnya, bayangkan keadaan kamu selepas alam belajar. Kamu berjaya mencapai cita-cita  kamu. Segala angan-angan kamu menjadi kenyataan. Segala budi ibu bapa terbalas kerana kamu bertingkah laku positif.

c. Bayangkan pula keadaan kamu di alam pekerjaan jika kamu bertingkah laku negatif semasa di alam belajar. Bagaimana dengan cita-cita kamu, adakah segala budi ibu bapa kamu terbalas?

d. Setelah membayangkan keadaan kamu di alam pekerjaan, buatlah keputusan tingkah laku mana yang membawa kebaikan kepada kamu.

6. Buang tabiat negatif.

a. Untuk melakukan perkara ini, kamu memerlukan satu keazaman yang kuat dan minda yang teguh.

b. Hal ini kerana, ini bukanlah satu perkara yang mudah jika sikap-sikap itu telah sebati dengan diri kamu.

c. Antara tingkah laku atau tabiat yang perlu dibuang adalah;

i. buang sikap suka menangguh-nangguh kerja dan laksanakan tugas-tugas yang diberi secepat yang mungkin.

ii.buang tabiat suka berbual-bual kosong atau melakukan perkara-perkara yang tidak membantu dalam pelajaran.

iii. dengar dengan tekun setiap ajaran guru dan ringankan mulut untuk bertanya kepada guru atau rakan sekiranya tidak faham.

iv. buatlah ulang kaji pelajar setiap hari.

7. Komited kepada matlamat.

a. Matlamat yang dibuat bukan hanya melepaskan batu di tangga sahaja.

b. matlamat yang dibuat mesti berjaya direalisasikan dan dicapai. Tingkatkan keazaman diri untuk mencapai matlamat kamu.

c. buatlah perkara-perkara yang menghala ke arah pencapaian matlamat kamu.

8. Menyebarkan matlamat kamu.

a. Sebarkan atau beritahu kepada ibu bapa kamu, abang, kakak, adik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kamu kenal tentang matlamat kamu.

b. Cara ini boleh meningkatkan komitmen atau keazaman kamu untuk mencapai matlamat.

c. Hal ini kerana; 

i. jika kamu tidak mencapai matlamat kamu, kamu akan berasa malu sendiri, maka untuk mengelakkan rasa malu ini, kamu akan tingkatkan usaha kamu.

ii. Ejekan rakan-rakan juga boleh dijadikan pembakar semangat. Keazaman kamu akan bertambah membawa untuk mencapai matlamat kamu.

9. Mengkaji semua langkah-langkah.

a. Lakukan kajian atau semakan ke atas setiap  langkah-langkah kamu dari semasa ke semasa.

b. Selalulah bertanya kepada diri sendiri , 'adakah langkah-langkah yang aku ambil ini betul dalam merealisasikan matlamat aku?

c.Jika Ya, ucapkan tahniah atau syabas atas kegigihan diri kamu.

d. Jika langkah-langkah yang diambil masih lagi tidak lurus, cuba perbaiki mana-mana langkah yang masih tidak menuju ke arah sasaran.



Wednesday, March 29, 2023

Kemahiran Belajar 5 Domain.

 Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran melibatkan motif dan strategi tertentu. 'Faktor kegagalan mencapai skor yang baik adalah disebebkan masalah dalam kaedah pembelajaran' (Hewit,1973). 'Teknik belajar yang berkesan mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang, disiplin yang tinggi dan mewujudkan sikap positif. (Dunn dan Dunn, 1992)

Kemahiran Belajar dan Akademik.

Perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik di samping motivasi dalaman yang tinggi terbukti meningkatkan pencapaian dalam akademik. Hal ini menunjukkan kemahiran belajar mempunyai kolerasi terhadap pencapaian akademik.

Kepentingan kemahiran belajar 5 domain.

Perbezaan individu menghasilkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran serta minat dan kecenderungan seseorang. Justeru, diharapkan melalui tajuk ini, ia dapat menjadi satu penambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seorang murid.

Perkara penting dalam pembelajaran adalah dengan mendapatkan maklumat, seterusnya memproses dan disimpan sebagai ingatan. Proses pembelajaran melibatkan pancaindera dan otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan dan sebagainya.

Gaya belajar 5 domain melibatkan semua pancaindera yang merangkumi beberapa domain utama  audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

Domain Audio.

Domain audio menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar maklumat yang diperoleh. Gangguan persekitaran mengganggu perhatian murid di dalam kelas. Hal ini menunjukkan proses pembelajaran tidak hanya boleh bergantung pada domain audio sahaja.

Domain Visual.

Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa-apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Perkara yang menjadi persoalan ialah, mengapakah dengan hanya menggunakan domain visual, murid masih tidak dapat menguasai dan memberikan tumpuan terhadap perkara yang diajar.

Domain Kognitif.

Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran ialah proses mental yang aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. ia akan melibatkan proses aktif minda untuk memperoleh pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar.

Dalam proses pembelajaran, domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, murid biasanya agak sukar untuk melibatkannya secara maksimum. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.

Domain Aektif.

Domain afektif melibatkan perasaan, nilai yang dipegagng, sensistiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyak murid , ada hal yang beranggapan sesetengah mata pelajaran adalah sukar. hal ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar semakin menurun. Wujudkan sesi pembelajaran yang senang dan menyeronokkan. ia akan membantu dan mendorong minat murid untuk belajar.

Domain Psikomotor.

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa-apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentyuk tingkah laku. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat.

Domain psikomotor melibatkan perbincangan dengan rakan, aktiviti menyelesaikan masalah dan sebagainya.








Sunday, February 12, 2023

Keperibadian Yang Menyenangkan.

Untuk melatih orang lain agar menyukai kita, kita perlu terlebih dahulu melatih diri kita sendiri agar menyukai orang lain.

Mungkinkah membuat orang lain menyukai anda? Ada sebuah filem yang pernah ditayangkan di televisyen. Dalam filem tersebut, seorang ibu menasihati anak perempuannya dengan mengatakan bahawa rahsia kebahagiaan perkahwinan, iaitu melatih suaminya dengan cara yang sama seperti dia melatih seekor  anak anjing. Ibu itu bahkan memberi anaknya sebuah buku panduan tentang cara melatih anak anjing.

Belum sampai akhir filem, anak itu menyedari bahawa semasa dia melatih suaminya, dia sebenarnya melatih dirinya sendiri. Untuk mengajar agar suaminya setia, dia perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa dia setia. Untuk menerima cinta, dia perlu memberikan cinta.


Semua latihan itu dimulakan dengan melatih watak. Dikatakan bahawa keperibadian ialah siapakah anda menurut orang lain, sedangkan watak ialah siapakah anda yang sebenarnya. Namun, sukar memisahkan keperibadian dari watak, sebab kedua-duanya saling mencerminkan satu sama lain.

Anda mungkin dapat menutupi perasaan anda, tetapi kebanyakan orang dapat merasa kepalsuan dengan cepat. Jika motivasi anda untuk membuat orang lain menyukai anda itu sama sekali hanya demi kepentingan peribadi, jika anda hanya menggunakan keperibadian untuk mengambil keuntungan dari orang lain, maka watak anda yang sebenarnya akhirnya akan terungkap.





Demikian juga kalau anda benar-benar positif dan menyenangkan, orang lain akan benar-benar tertarik pada anda. Bila dengan tulus anda dapat menampakkan antusiasisme, kebahagiaan dan kebaikan hati, orang lain akan menganggapnya dengan cara yang sama. Sangat sulit untuk tidak menyukai orang yang antusiastik, periang dan penuh perhatian.

Tingkat penampilan watak keperibadian yang positif untuk setiap individu sangat berbeza-beza satu sama lain, tetapi kita semua memilikinya., atau paling tidak memiliki potensi untuk mengembangkannya. Apabiala kita mendorong watak-watak tersebut dan tidak menekannya, kita akan menjadi lebih cekap dalam menampilkan watak-watak keperibadian bila diperlukan sehingga hal itu dapat membantu anda meraih kejayaan dalam segala situasi.



Apabila anda berhubungan dengan orang lain, carilah topik yang sama. Carilah isi perbualan yang diminati anda berdua. Jika anda bercakap dengan orang lain, jangan hanya bercakap terus, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh orang lain.

Kalau boleh meminjam teknik lain dari bidang pemasaran, membiarkan orang lain bercakap dengan bertanya, dan minta penjelasan. Hal ini kerana 'seorang jurujual perlu bercakap 20% dan mendengar 80% dari waktu yang ada, dan dari yang 20% itu perlu digunakan untuk bertanya agar pelanggan bercakap lebih banyak lagi. Cara yang paling cepat menjalin hubungan baiik, ialah dengan membuat orang lain bercakap tentang dirinya sendiri. Semakin anda membiarkan saya bercakap tentang diri saya, semakin saya suka pada anda'.






Apabila andan tidak dapat memikirkan sesuatu untuk dikatakan, tanyalah pada teman bicara anda tentang dirinya sendiri. Hal itu pasti akan membuat perbualan dapat terus berlangsung. Bagaimana orang bereaksi terhadap anda  sering ditentukan dalam beberapa minit pertama setelah anda bertemu dengan dia. Kesan pertama mungkin benar, tetapi juga mungkin salah. Meskipun demikian, pepatah mengatakan anda tidak pernah memperoleh peluang kedua untuk membuat kesan pertama. Untuk menegaskan pentingnya kesan pertama adalah menyarankan agar mengingat kembali orang-orang yang pernah anda jumpa.






Berapa banyak dari mereka yang masih menjadi kawan anda? Berapa banyak dari mereka yang namanya  masih anda ingat? Apakah anda masih ingat sesuatu tentang diri mereka, selain yang menyakitkan hati atau membosankan anda?

Oleh itu, menciptakan kesan pertama yang kuat bermula dengan pengetahuan bahawa orang akan memperlakukan anda seperti mana anda ingin diperlakukan. Hal ini selalu benar dalam kontak yang pertama. Kalau anda melangkah dengan penuh kerpecayaan dan segera memperkenalkan diri anda sendiri, anda akan diterima dengan hormat dan mendapatkan perhatian seperti mana seorang pemimpin.



Pada ketika anda diperkenalkan pada suatu kumpulan, anda mulakan dengan berjabat tangan dengan semua orang yang ada disitu, mengulang setiap nama dengan kuat, dan sedikit membongkok pada setiap orang yang diperkenalkan kepada anda, dan ketika anda memperkenalkan diri. Pada ketika pertama kali anda bertemu dengan suatu kumpulan, anda dapat juga mengarahkan percakapan  dengan bertanya kepada anggota-anggota kumpulan  tentang diri mereka, minat dan apa yang mereka sukai dan apa yang tidak mereka sukai. Hal ini akan memberikan keuntungan pada anda dalam menjalin hubungan selanjutnya, kerana anda akan mengetahui sesuatu tentang para anggota kumpulan. cara yang sama digunakan jika anda bertemu dengan hanya satu orang sahaja.





Jangan merasa berkewajipan mendengar orang yang hanya berbual-bual kosong dan tidak ada perkara penting untuk dibualkan. Mereka itu membuang-buang  waktu. Jangan terpengaruh dengan mereka, tetapi gunakanlah waktu anda dengan orang yang erlu anda berio kesan pertama yang kuat.




Bagaimana anda berpakaian juga dapat memberi kesan kepada orang lain tentang peribadi anda. Banyak buku tentang bagaimana berpakaian yang baik agar berjaya. Bila anda berminat belajar lebbih banyak tentang isi masalah ini bacalah buku-buku itu, tetapi yang paling penting pastikan bahawa anda berpakaian sesuai dengan situasinya. Bahkan seandainya undangan untuk suatu majlis tertentu pakailah pakaian yang sesuai dengan majlis tersebut. Apabila anda tidak yakin bertanyalah, tidak ada sesuatu yang membuat anda tidak senang selain berpakaian yang berlebihan atau yang kurang sesuai dengan keadaan.




Suka atau tidak, mutu suara merupakan faktor lain yang mempengaruhi kesan orang lain terhadap anda. Untuk menanamkan kepercayaan, anda harus mengungkapkannya dalam perilaku anda, pakaian anda dan suara anda. Jika suara anda lembut setengah takut mungkin anda dapat menimbulkan rasa kasihan pada orang lain, tetapi kemungkinan tidak akan menimbulkan rasa hormat.

Latihlah suara anda memakai cara yang sama dengan yang anda lakukan terhadap otot-otot anda. Rakamlah suara anda sehingga anda dapat mendengarkan suara sendiri seperti  orang lain yang mendengar suara anda. Jika mutu suara dan kebiasaan anda benar-benar menjadi sumber masalah bagi anda, rakamlah dengan pita video. ketika anda mendengarnya kembali amatilah dengan teliti setiap gerakgeri dan perbaiki kelemahan-kelemahan hingga anda merasa puas terhadap hasilnya.



 Teknik ini dapat berjaya dengan baik, khususnya untuk mempersiapkan prestasi bagi sesuatu kumpulan. kesan yang anda buat dalam kumpulan itu sama sekali ditentukan oleh bagaimana anda memperkenalkan peribadi anda. Rakamlah prestasi anda, kemudian putarlah kembali pita video tersebut dan catatlah hal-hal yang memerlukan penambahbaikan. Amatilah ekspresi wajah anda, gerak anda dan mutu suara anda. Ada tiga peraturan untuk mengadakan prestasi yang berjaya bila anda tahu apa yang akan anda katakan, bagaimana anda mengatakannya, dan bagaimana pendengar melihat anda, kepercayaan yang anda rasakan akan nampak pada para pendengar.