Tazkirah
Featured post
Admin Blog

MUSLI ANDALAN
Soalan objektif biasanya meliputi keseluruhan sukatan pelajaran. Soalan berbentuk objektif biasanya menguji keupayaan sebenar seseorang pelajar. Soalan objektif hanya memerlukan pelajar menjawab betul atau salah dan tiada jawapan berbentuk separuh betul atau separuh salah. Antara teknik penting menjawab soalan objektif;
- Fahami kehendak soalan dan keseluruhan soalan.
- Pilih jawapan yang salah dahulu.
- Telitikan setiap jawapan.
- Perhatikan penggunaan perkataan.
- Perhatikan soalan berbetuk bukan atau kecuali.
- Jawab soalan senang dahulu.
Di sekolah pada setiap bulan, hujung penggal dan juga akhir tahun, pelajar akan diuji. Untuk memastikan pelajar berjaya menduduki peperiksaan dengan cemerlang. Berikut adalah teknik menduduki peperiksaan.
- Jawapan mestilah menepati soalan.
- Fahami kata-kata kunci dalam soalan.
- Tulisan mestilah kemas dan mudah dibaca.
- Skrip jawapan bersih dan padat.
- Gunakan bahasa yang lancar, contoh yang menarik dan hujah yang jelas.
- Mendapatkan sebanyak mungkin markah.
- Jawab semua soalan walaupun kurang sempurna.
- Menjawab soalan mengikut darjah kepayahan.
- Memilih jawapan pertama dan tekaan jawapan.
- Rancang setiap jawapan.
- Semak jawapan dan jangan meniru.
- Berhati-hati ketika memilih jawapan.
Belajar boleh menjadi mudah dan boleh menjadi susah. Ia bergantung pada subjek atau perkara yang hendak dipelajari. Belajar membaca seni kata lagu lebih mudah daripada belajar menyanyi. Ini ada kaitan dengan dengan kecerdasan mental, emosi dan spiritual. Apa sahaja kecerdasan mempunyai kaitan dengan personalititi. Ini kerana setiap individu mempunyai jiwa. Setiap jiwa mempunyai tiga komponen sumber kuasa. Kuasa ini dikatakan kuasa personaliti 50%, kuasa pengetahuan 40% dan kuasa kemahiran 10%.
Bagi mencapai seseorang mencapai kecemerlangan jiwa, semua sumber kuasa itu perlu digerakkan dan dimanfaatkan sepenuhnya. Kuasa kemahiran walaupun hanya 10% ia tetap penting. terdapat pelbagai bentuk kemahiran terutama kemahiran perhubungan sosial bagi kehidupan.
Apa sahaja yang dicadangkan bergantng pada individu bagi menentukan dan memilih cara yang paling sesuai dengan kemampuannnya. Oleh itu, bagaimana hendak menjadikan belajar satu pengalaman yang menyeronokkan mudah dan bermakna? Maka peranan guru membantu murid mengenal pasti asas bagaimana memahami cara pendekatan dan kecenderungan teknik yang digunakan untuk belajar.
Pelbagai kajian berkaitan cara terbaik orang dewasa belajar sudah dijalankan. Mungkin salah satu daripada cara berikut sesuai dengan anak-anak murid.
- bagaimana anda menerima maklumat dengan mudah. Adakah anda belajar dengan melihat, mendengar, bergerak ataupun menyentuh?
- bagaimana anda mengurus dan memproses maklumat yang diterima. Adakah banyak menggunakan otak kiri ataupun otak kanan, analitikal atau global?
- keadaan yang diperlukan bagi membantu anda menyimpan maklumat yang diperolehi bergantung pada faktor emosi, sosial, fizikal ataupun persekitaran
Siapa Mentor Anda?
Apakah imej orang yang sesuai diberi gelaran mentor? Apakah imej yang paling sesuai yang perlu ada pada mentor anda? Mengapa anda fikir begitu? Pasti ada yang mengatakan mentor seperti lilin, mentol, lampu picit, rumah api, pelita minyak, pokok kelapa, pemandu dan tongkat.
Aktiviti ini bertujuan mengwujudkan kesedaran dan peranan dan kedudukan mentor. Mentor adalah orang penting bagi seseorang untuk berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Mentor akan membantu orang yang baru dalam bidang yang diceburi bagi mengatasi cabaran dan rintangan yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu sedar kualiti-kualiti yang penting dan peranan mentor perlu diperolehi supaya dapat menepati imej seorang mentor, Mungkinkah imej ini sesuai pada fikiran anda sebagai mentor?
Lampu Isyarat.
Seorang mentor menyerupai lampu isyarat daripada segi dia hanya memberi bimbingan apabila dia berfikir adalah perlu berbuat demikian (lampu hijau daripada mentee). Apabila mentor berpendapat tunjuk ajar berlebihan akan membantutkan perkembangan mentee ataupun apabila mentee membayangkan bimbingan yang diberi sudah mencukupi bagi melaksanakan tugas, campur tangan adalah seperti lampu kuning. Apabila lampu merah penuh menyala kerana mentee sudah dapat menguruskan sendiri ataupun mentor berpendapat dia tidak patut campur tangan lagi, maka si mentee perlu dibiarkan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah sendiri.
Bagaimana pendapat anda berkenaan analogi mentor sebagai lampu isyarat? Berikan hujah lain yang difikirkan sesuai.
Ada pula yang menerangkan peranan dan kedudukan mentor sebagai sangat penting daripada kaca mata institusi dan mentee. Mentor membantu mentee menempuh pelbagai cabaran dan halangan pada peringkat awal sebagai murid, pelajar dan pekerja baru. Kita perlu sedar kepentingan meletakkan kualiti serta peranan mentor yang perlu dimiliki bagi mencapai matlamat imej mentor yang efektif.
Pemain Layang-Layang.
Mentor sebagai pemain layang-layang yang memegang teraju, mengawal dan memantau gerak geri layang-layang. Mentor juga merancang proses membuat layang-layang daripada segi kesesuaian dan keseimbangan. Mentor, seperti pemain layang-layang juga perlu tahu arah angin. Dia perlu pandai mengawal, menarik ataupun melepaskan tali. Pada masa yang sama, mentor seperti pemain layang-layang juga tahu cuaca ataupun persekitaran yang sesuai serta iklim yang membina keyakinan bagi kedua-dua pihak, mentor dan mentee. Cuba bayangkan sekiranya mentor sesuka hati merentap dan membiarkan tali layang-layang. Tentu musnah semua harapan.
Lampu Picit.
Ada pendapat lain mengatakan bahawa analogi mentor sebagai lampu picit. Rasionalnya, lampu picit perlukan tenaga yang cukup bagi menerangkan persekitaran. Ia memberi tenaga, semangat dan cahaya kepada orang dalam pencarian. Cahaya lampu ibarat penerang yang menyuluh laluan bagi memudahkan perjalanan proses belajar mentor.
Hujah yang diberikan sekiranya kurang bateri, ia perlu diganti atau pun ditambah. Begitu juga halnya dengan mentor, mereka perlu cukup tenaga, bermotivasi dan bersemangat. Sekiranya sudah lemah dan kurang semangat mereka perlu diberikan suntikan minda dan dibersihkan jiwa semoga kembali cergas dan prihatin pada keperluan memberi semangat kepada orang lain. Lampu picit juga berfungsi sekiranya ia diberikan peluang dan kepercayaan bagi berkhidmat. Begitu juga peranan mentor yang diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan dan majikan bagi membimbing pelajar ataupun pekerja baru. Bagi mengekalkan motivasi mentor, pihak pengurusan perlu peka bagi memberikan peluang mentor mengikuti kursus-kursus peningkatan profesional yang bersesuaian.
Minyak Wangi.
Keharuman minyak wangi disenangi. Semakin wangi harumannya, semakin mahal harganya. Ia menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang mementingkan persekitaran yang nyaman dan harmoni.
Mentor ibarat minyak wangi yang berjenama., ia semakin dikenali identitinya kerana keunikan harumannya. mentor pula dikenali kerana sikapnya yang menyenangkan orang lain dalam berkomunikasi. Mentor yang mengharumkan nama baik profesion ini juga seperti minyak wangi berjenama. Walaupun tidak nampak dipandang tetapi aromanya sebagai analogi perlambangan memberi persekitaran belajar dan bekerja yang kondusif.
Mentee akan mencari mentor ibarat mencari siapa yang mengunakan minyak wangi yang menyenangkan itu. Di harap kewangian mentor adalah kerana ramuannya yang benar-benar tulen, jujur dan ikhlas yang mampu mengekalkan identiti peranannya yang sebenar. Keharuman minyak wangi diharap mampu memberi kesan tetapi yang memilih dan menyegarkan tenaga dan jiwa raga,
2 November 2020 16 Rabiulawal 1442H
Selain daripada soalan berbentuk objektif, terdapat juga kertas peperiksaan yang mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan pendek. Jawapan yang diperlukan adalah memadai dengan dua atau tiga patah perkataan sahaja. Pelajar perlu mempunyai satu teknik, semasa menjawab soalan yang memerlukan jawapan pendek.
1. Baca soalan dengan teliti.
Renungan KITA SEMUA
Keluarga Ku.

MUSLIAH H.M.A