Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Proses pembelajaran tidak lengkap jika pelajar tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar mempertingkat teknik mengingat iaitu;
A. Hafal isi yang dibaca.
- menghafal isi pelajaran adalah salah satu teknik ingatan yang berkesan. Pelajar perlu membaca kemudian mengingat apa yang dibaca melalui hafalan. Hafalan menjadi lebih berkesan jika;
i. pelajar menyebut isi yang dihafal
ii.sebutkan apa yang dihafal dengan suara yang kuat.Praktikkan Penggunaan Sistem Irama
B. Tentukan perkara yang diingat.
- sebelum membaca buku, tentukan beberapa perkara yang terdapat di dalam buku yang pelajar perlu ingat. Sekiranya pelajar membaca buku mengenai 'pelangi'. Tanamkan dalam fikiran, pelajar perlu mengetahui maksud pelangi, pembentukan pelangi, warna-warna pelangi dan sebagainya. jika perkra tersebut telah pelajar catitkan dalam fikiran, pelajar lebih mudah mengingatinya.
C. Isi disusun dengan betul.
- penusunan isi juga meningkatkan proses ingatan pelajar. Susun isi mengikut keutamaan. Contohnya, pelajar ingin mengingat cara menulis surat kiriman rasmi seperti;
i. nama dan alamat penulis
ii. nama dan alamat penerima
iii.garisan
iv. kata-kata menghadap surat
v. Isi 1 - 5
vi.Ucapan terima kasih
vii.tandatangan.
Jika susunan tersebut diterbalikkan pelajar susah menghafalnya. Pelajar perlu menyusun dengan betul terutama apabila menghafal susunan yang telah tentu turutannya seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.
D. Uji kemampuan daya ingatan.
- membaca terlalu banyak fakta dalam sesuatu masa tidak berguna jika pelajar tidak dapat mengingat fakta tersebut. Oleh itu, selepas membaca atau mengulangkaji, pelajar perlu menguji kemampuan pelajar mengingat apa yang telah pelajar baca. Disini pelajar boleh menggunakan teknik 1 husband 6 wives iaitu;
1 husband = how
6 wives = what, who, when, where, which, why
Proses menggunakan teknik ini, memerlukan pelajar memainkan dua watak iaitu penyoal (pelajar harus menyoal beberapa perkara yang telah pelajar baca) dan penjawab ( setelah menyoal pelajar perlu menjawab apa yang telah pelajar baca). Jika pelajar dapat menjawab bermakna proses ingatan telah berlaku.
E. Lakukan ulang kaji sekerap mungkin.
- Untuk berjaya setiap pelajar harus mengulangkaji pelajaran. Ulang kaji hendaklah dilakukan sekerpa mungkin supaya maklumat dapat pelajar ingat untuk tempoh yang panjang. Ulangkaji yang dilakukan hanya sekali tidak dapat memberi manfaat kepada pelajar. Pelajar tidak dapat mengingat dengan sekali pembacaan sahaja. Oleh itu, ulang kajilah pelajaran darpada awal pembelajaran lagi, jangan menunggu hingga tarikh peperiksaan hampir menjelang tiba.
F. Cuba ingat semula apa yang telah pelajar baca.
- Selepas mengulangkaji cuba ingat semula apa yang telah pelajar baca. Dalam hal ini proses mengingat dan mengulangkaji tidak dilakukan secara berterusan sebaliknya lakukan proses mengingat semula selepas beberapa jam pelajar membuat ulangkaji. Proses mengingat semula kebiasaannya dilakukan dalam dua tempoh iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Sebelum tidur cuba ingat apa yang telah pelajar baca sewaktu membuat ulangkaji, begitu juga selepas bangun tidur. Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan pelajar dalam jangka panjang.
G. Menggunakan kaeadh akrostik.
- akrostik merupakan satu perkataan atau rangkap yang memuatkan huruf-huruf pertama yang boleh membentuk semula perkataan atau frasa asal. Ambil huruf awal sesuatu fakta dan berdasarkan huruf berkenaan buat satu cerita yang mudah diingat. Contoh warna spektrum.
Warna spektrum Cerita pertama Cerita kedua
Merah Mat Mamak
Jingga Jambul Jual
Kuning Kata kacang
Hijau harta hantu
Biru bungkus balik
Indigo itu india
Ungu unik utara
pelajar akan lebih mengingat sesuatu fakta sekiranya pelajar dapat mencipta kaedah arkostik dengan menggunakan cara pelajar sendiri.
H. Menggunakan kaedah bunyi seakan.
- Kaedah bunyi seakan menggunakan fakta gantian untuk mereka cerita. Ambil huruf awal sesuatu fakta dan berdasarkan huruf berkenaan buat satu cerita yang mudah diingati. Bunyinya seakan-akan bunyi sebutan yang ingin diingati.
Contoh 1.
Planet Kaedah Bunyi Seakan
Utarid You Tarik
Zuhrah Zuhrah
Bumi ke Bumi
Marikh daripada Marikh
Musytari ketika Mus Menari
Zuhal dengan Zuhal yang
Uranus diura-urakan dengan Yunus
Neptun yang pakai Napkin
Pluto jenama Pluto
Contoh 2.
Kelas Makanan Kaedah Bunyi Seakan.
Lemak Mak
Vitamin Amin
Pelawas Bila minum air
Garam Mineral Mineral
Protein Dalam Tin
Karbohidrat Karat
I. Menggunakan Teknik Pembahagian Nombor.
- Pelajar tentu sukar untuk mengingati nombor yang panjang. Oleh itu, kaedah termudah untuk mengingat nombor yang panjnag ialah melalui teknik pembahagian nombor. Bahagikan nombor tersebut kepada beberapa bahagian. Contoh; Nombor Asal 654320789
J. Praktikkan penggunaan sistem irama.
K. Praktikkan penggunaan sistem gambar.
L. Menggunakan kaedah akronim
0 comments:
Post a Comment