Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
October
(11)
- Wawasan Psikologikal.
- Teknik Meningkatkan Motivasi
- Teknik Pembentukan Tabiat Pelajar Cemerlang.
- Teknik Belajar Berkumpulan.
- Teknik Membaca Efektif.
- eRobotik Asrama Malaysia 2020.
- Lawatan Nazir.
- Mengurus Stres.
- Teknik Persediaan Psikologi.
- Teknik Menempah Kejayaan.
- Rajin Adalah Penawar Yang Paling Mujarab..
-
▼
October
(11)
Kunci Utama kejayaan, adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejayaan diri sendiri. Anda yang menentukan kejayaan diri sendiri, bukan guru, keluarga, kawan-kawan. Buka, bukan! Tetapi diri sendiri.
-Lebih awal kita sedar hakikat ini lagi baiklah untuk kita. Selagi kita mengharapkan bantuan orang lain, selagi itulah sukar bagi kita untuk berjaya. Amalan menunggu bantuan orang lain sudah pasti bukan satu tabiat yang membantu, tetapi tabiat yang membantut.
Pengaruh persekitaran turut memainkan peranan dalam menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang. Selain daripada kemudahan belajar yang selesa, ibu bapa, guru dan kawan-kawan turut mempengaruhi tindak tanduk seseorang. Rangsangan dan dorongan daripada mereka boleh membantu seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Namun demikain, segala rangsangan, dorongan dan motivasi yang datang dari luar kurang bermakna sebenarnya melainkan seseorang itu turut meyakini kebolehan diri sendiri. Ini bermakna yang penting sekali bukan sama ada ibu bapa, guru dan rakan-rakan kita menyakini kebolehan kita atau tidak.
Tetapi yang lebih penting ialah, apakah kita sendiri meyakini kebolehan dan potensi diri. Jika jawapan kepada salan ini berbentuk alternatif (ya), maka segala dorongan luaran akan turut membantu kita. Sebaliknya walaupun satu dunia mempercayai kehebatan diri kita, jika kita sendiri meraguinya, maka sukar bagi kita untuk berjaya.
0 comments:
Post a Comment