Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
October
(11)
- Wawasan Psikologikal.
- Teknik Meningkatkan Motivasi
- Teknik Pembentukan Tabiat Pelajar Cemerlang.
- Teknik Belajar Berkumpulan.
- Teknik Membaca Efektif.
- eRobotik Asrama Malaysia 2020.
- Lawatan Nazir.
- Mengurus Stres.
- Teknik Persediaan Psikologi.
- Teknik Menempah Kejayaan.
- Rajin Adalah Penawar Yang Paling Mujarab..
-
▼
October
(11)
Setiap diri kita, terutamanya pelajar pasti mempunyai cita-cita tinggi. Setiap pelajar pasti mahu menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik. Akan tetapi, sebelum pelajar berjaya mencapai cita-cita pelajar harus mempunyai tabiat belajar yang cemerlang.
Mulai hari ini, aku tak nak buang masa lagi. Aku mesti BENTUK DIRI aku dengan TABIAT BELAJAR CEMERLANG, Baru gempak.
INGIN MEMBENTUK TABIAT BELAJAR CEMERLANG?
1. Tetapkan matlamat semasa menyiapkan tugasan sekolah atau mengulangkaji.
- penetapan matlamat akan mengarahkan pelajar membuat persiapan yang lebih teratur, tersusun seterusnya berkesan dalam menghadapi peperiksaan. Matlamat bukan hanya ditetapkan untuk mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi juga dalam pembentukan tabiat belajar yang cemerlang. Matlamat dalam teknik pembentukan tabiat belajar cemerlang ialah matlamat semasa menyiapkan tugasan sekolah atau semasa mengulang kaji. Kepentingan memiliki matlamat ini adalah untuk;
i. pelajar lebih jelas akan arah tujuannya. dia ada sasaran yang hendak dituju.
ii. apabila pelajar serius untuk mencapai sesuatu matlamat maka ia dapat memberi dorongan untuk memperoleh kecemerlangan.
iii. boleh menilai prestasi diri dari semasa ke semasa apabila diukur dengan matlamat yang telah ditelakkan.
iv. masa dapat diuruskan dengan lebih efektif dan pembaziran masa dapat dikurangkan.
2. BELAJAR mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dalam jadual waktu.
- kaedah terbaik merancang aktiviti pembelajaran adalah dengan membuat jadual waktu belajar. Jadual waktu yang dibuat perlu fleksibel, supaya mudah diikuti. Tiga perkara utama dalam penetapan jadual waktu belajar yang fleksibel adalah seperti berikut;
i. tentukan zon belajar harian, sama ada pagi, petang atau malam.
ii. nyatakan tempoh belajar yang perlu dihabiskan.
iii. catatkan aktiviti pembelajaran yang perlu dibuat. Sama ada membuat ulangkaji atau menyiapkan kerja rumah.
3. Kosongkan pemikiran. Jangan serabutkan pemikiran dengan perkara-perkara tidak penting.
- sebelum memulakan pembelajaran, pastikan keadaan pemikiran pelajar adalah kosong dan tidak menghadapi sebarang masalah. Jangan serabutkan pemikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting. Jika kita terlalu memikirkan tentang perkara-perkara yang tidak penting, tumpuan atau konsentrasi akan hilang dan apa yang dipelajari tidak akan dapat dihayati.
4. Tenangkan perasaan. Belajar dalam keadaan gembira dan tenang.
- setiap kali memulakan pembelajaran, perasaan haruslah tenang dan ingatkan tentang pelajaran sahaja. Perasaan yang rasa gelisah akan membuatkan rancangan pembelajaran kamu tergendala. Jika pelajar dalam kedaan yang marah atau sedih, berhenti sebentar dan sambung semula selepas pelajar berasa tenang.
5. Jangan membazir masa. Hadkan masa untuk aktiviti sosial.
- Masa tidak boleh dibeli, dipinjam, dicuri, dicari, di reka cipta atau disimpan, masa yang ada harus digunakan sepenuhnya. Aktiviti utama yang perlu diutamakan setiap hari adalah seperti berikut
i. menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
ii. memperbanyakkan latihan mata pelajaran yang pelajar lemah, contohnya matematik.
iii. Lihat soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan buat soalan-soalan yang diberi.
iv. mengulangkaji topik yang baru dipelajari agar lebih difahami
v. baca topik yang akan dipelajari terlebih dahulu.
manakala aktiviti yang tidak perlu diutamakan ialah.
i. membaca komik, buku cerita atau buku-buku yang tidak membantu dalam pelajaran.
ii. menonton televisyen, mendengar radio atau menonton wayang.
iii. berbual-bual kosong melalui internet atau telefon
iv. terlalu banyak tidur, bermain atau berjalan-jalan
v. aktiviti-aktiviti lain seperti menghabiskan masa terlalu banyak untuk aktiviti kegemaran atau hobi.
6. Tajamkan minda semasa mengulangkaji. Tingkatkan tahap pemahaman dan ingatan.
- tajamkan minda adalah meningkatkan tahap pemahaman daya ingatan. Penajaman minda bermula dengan tumpuan dalam kelas. Semasa dalam kelas, dengar betul-betul apa yang disampaikan oleh guru. Bertanya jika kurang memahami ajaran guru. Mendengar dan memahami ajaran guru adalah asas untuk membentuk tabiat belajar yang cemerlang.
7. Peruntukkan waktu rehat. Otak manusia bukannya komputer, berehatlah jika kamu berasa penat atau mengantuk.
- tidak ada manusia yang boleh berkerja 24 jam. Berehat sekejap kira-kira lima minit setelah membaca selama 30 minit. Selepas itu, tumpuan kepada bacaan dapat ditingkat semula.
8. Berikan pujian kepada diri sendiri kerana berjaya menyiapkan kerja rumah. Selepas itu, berikan ganjaran kepada diri sendiri.
- Hal ini akan meningkatkan keazaman diri pelajar sendiri dan menanam keyakinan bahawa pelajar boleh menggenggam kejayaan.
0 comments:
Post a Comment