Tazkirah
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
October
(11)
- Wawasan Psikologikal.
- Teknik Meningkatkan Motivasi
- Teknik Pembentukan Tabiat Pelajar Cemerlang.
- Teknik Belajar Berkumpulan.
- Teknik Membaca Efektif.
- eRobotik Asrama Malaysia 2020.
- Lawatan Nazir.
- Mengurus Stres.
- Teknik Persediaan Psikologi.
- Teknik Menempah Kejayaan.
- Rajin Adalah Penawar Yang Paling Mujarab..
-
▼
October
(11)
Setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini pernah dan pasti akan menghadapi stres, atau dengan erti kata lain, ketegangan dalam kehidupan seharian mereka. Hampir tiada seorang pun, hatta tumbuhan yang hidup di ats muka bumi ini, akan terlepas daripada menghadapi stres, baik sedikit mahupun banyak. Stres boleh dirasai oleh hampir semua individu, tidak kira darjat dari peringkat paling bawah, sehinggalah ke peringkat tinggi. Fenomena ini melibatkan semua orang, daripada orang kebnaykan sehinggalah kepada orang yang ternama dan terkemuka. Manusia tidak dapat lari daripanya. Justeru, kita perlu bijak menanganinya agar hidup kita tidak dibelnggu olehnya.
Stres boleh berpunca daripada perkara yang paling pokok atau asas, iaitu perihal hak dan keperluan manusia., seperti mendapatkan sumber makanan serta menghirup udara yang bersih. Keperluan seperti ini bukanlah suatu masalah kepada manusia pada alaf baru kini kian terlalu bergantung kepada kepakaran luaran, seperti kepantasan mesin, globalisasi melalui satelit dan internet, serta kecanggihan telekomunikasi apabila menjalani kehidupan seharian mereka. Kita disogokkan dengan kemajuan sains dan teknologi yang terlalu pesat berkembang, sehingga kita terpaksa bersedia mempelajari sesuatu yang baru setiap hari, dan hampir sepanjang masa agar tidak ketinggalan dnegan teknologi masa kini. Contohnya, seperti mengikut perkembangan perisian komputer. Hendak atau tidak, kita harus juga menyesuaikan diri kita dalam suasana atau keadaan tertentu yang baru. Sehinggalah sampai ke satu tahap sampai kita tidak berupaya lagi bersaing dalam perkembangan dan cabaran yang sebegini pesat dan cepat, lantas menyebabkan keadaan menjadi gawat serta memberi kesan negatif terhadap keharmonian jiwa dan jasad tubuh kita.
Masyarakat secara tanpa sedar telah bertanggungjawab menobatkan dalam pemikiran manusia, pada alaf ini, bahawa 'mengurus dan menangani perubahan merupakan cara hidup yang mesti dihayati dan diikuti'. Misalnya apabila jiran kita membeli kereta paling terbaru, kita turut sama terbawa-bawa menyimpan angan-anagn bagi mendapatkan kereta yang seumpamanya, atau mungkin yang lebih hebat daripada itu. Begitu juga, apabila rakan kita memiliki sebuah telefon bimbit, kita pun terikut-ikut rentak untuk memiliki sebuah sistem telekomunikasi seumpama itu, kalau boleh secanggih menghubungkan telefon ke internet yang boleh membuat urus niaga perbankan atau pasaran saham. Fenomena ini sekana-akan menjadi suatu 'permainan dalam kehidupan'. Sekiranya kita tidak dapat mengikut irama dan rentak permainan ini, kita akan dikatakan kolot, tidak maju dan jahil seperti 'katak di bawah tempurung'.
Stres lahir akibat pelbagai desakan kehidupan. Di negara tertentu, contohnya di setengah-setengah tempat di benua Afrika yang miskin, rakyatnya yang hdiup melarat akan mengalami tekanan perasaan, lantara kesukaran bagi meneruskan kehidupan akibta kebuluran. Bagi mereka, usaha mencari bahan bijirin atau susu untuk terus hidup adalah suatu perjuangan. tetapi lain pula ceritanya di negara Barat yang membangun dan kaya, kerana di sana tekanan perasaan yang tercetus ada kalanya bukan berpunca daripada desakan naluri, tetapi ada kalanya dengan permasalahan seperti urusan mempertahankan hak, menjaga imej, serta membela nama baik keluarga.
Strs juga boleh tercetu, bukan disebabkan sesuatu dengan keperluan atau kemestian, tetapi disebabkan kehendak-kehendak lain seperti menyatakan fikiran, kebebasan, hak individu dan maruah diri. Bagi mereka yang berpolitik, kebebasan untuk bersuara, berkumpul dan menyatakan pendapat adalah penting. bagi ahli perniagaan, keuntungan dan perluasan empayar perniagaan mereka sudah pasti menjadi idaman. Pelajar universiti pula, menetapkan kejayaan dalam peperiksaan sebagai suatu kemestian. begitulah lumrahnya manusia, kehendak untuk mencapai suatu tahap atau darjat kedudukan dalam sistem bermasyarakat kini menjadi semakin terserlah.
Pada masa kini, sters juga lahir, akibat daripada penularan covid 19. Masyarakat terpaksa mematuhi arahan pihak kerajaan dengan memastikan masyarakat mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, penggunaan sanitizer dan juga penjagaan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter. Pandemik covid 19, banyak memberikan kesan sama ada dalam aspek ekonomi, sosial, politik, emosi, rohani dan budaya sesuatu kaum malahan seluruh negara di dunia. Situasi ini, lebih terasa disetuatu kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan darurat (pkpd), yang mana masyarakat tidak boleh keluar dan sesiapa yang melanggar arahan kerajaan akan dikenakan denda dan ini memberi tekanan tinggi kepada mereka yang terlibat.
Semakin dunia menjadi kecil, sistem kehdiupan menjadi serba canggih dan manusia kini semakin kurang bergerak kerana kepesatan rangkaian perhubungan, lalu memaksakan setiap individu bergerak di dalam ruang litup sempadan yang ditetapkan, mengikut rentak dan irama teknologi terkini. Lazimnya bukan sedikit manusia yang telah ketinggalan dalam perlumbaan ini, lantas stres secara diam-diam telah menyerang makhluk yang bergelar manusia tanpa disedari. Kita seolah-olah tidak boleh lari daripadanya. Walaupun begitu, tidak semua orang yang terdedah kepada stres akan menunjukkan permasalahan atau tanda penyakit. Setiap individu, berbeza daripada individu lain dari segi tindak balas dan persepsi mereka terhadap tekanan hidup. Perbezaan inilah nanti yang dapat menentukan kegagalan atau kejayaan seseorang dalam hidupnya.
Catatan 9 Oktober 2020 (Jumaat)
0 comments:
Post a Comment