Tazkirah
Character is what you know you are, not what others think you have.
Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.
Featured post
MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.
Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...
Admin Blog
Blog Archive
-
▼
2020
(103)
-
▼
October
(11)
- Wawasan Psikologikal.
- Teknik Meningkatkan Motivasi
- Teknik Pembentukan Tabiat Pelajar Cemerlang.
- Teknik Belajar Berkumpulan.
- Teknik Membaca Efektif.
- eRobotik Asrama Malaysia 2020.
- Lawatan Nazir.
- Mengurus Stres.
- Teknik Persediaan Psikologi.
- Teknik Menempah Kejayaan.
- Rajin Adalah Penawar Yang Paling Mujarab..
-
▼
October
(11)
Thursday, October 8, 2020
Di samping pembelajaran ilmiah, terdapat faktor lain yang membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Antara faktor tersebut ialah persediaan mental, emosi, fizikal, sosial dan rohani, Persediaan tersebut amat penting dan perlu dititik beratkan kerana ia mampu mengukuhkan keyakinan pelajar dalam menghadapi pepeiksaan. Berbanding persediaan ilmiah seperti pembacaan, menghafal, menulis dan sebagainya. Persediaan emosi, fizikal, sosial, mental dan rohani adalah persediaan dalaman pelajar yang perlu ditanam dalam diri bagi memantapkan kecemerlangan pelajar. Sekiranya pelajar mempunyai persediaan emosi, fizikal, sosial, mental dan rohani yang kurang maka anasir-anasir negatif mudah meresap dalam diri pelajar seperti perasaan malas, tidak memberi tumpuan, bertangguh dan sebagainya.
Persediaan Mental.
Pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan meyakinkan. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.
Untuk berjaya seseorang itu perlu berusaha kerana kejayaan tidak akan datang menggolek. hayatilah peribahasa 'bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian'. maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan tetapi ia merupakan jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah. Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahaja kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu.
Persediaan Emosi.
Persediaan emosi amat penting dalam menghadapi peperiksaan. Lulus dan gagal seseorang pelajar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi pelajar sebelum dan semasa peperiksaan berlangsug. Terdapat juga pelajar cemerlang yang tidak dapat mencapai matlamat kecemerlangan peperiksaan yang diimpikan kerana gangguan emosi. Perkara ini amat merugikan dan ianya perlulah diatasi sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Gangguan emosi boleh berpunca daripada keretakan rumah tangga antara ibu dan bapa, kematian, konflik, pergaduhan dan sebagainya. Seandainya peljar menghadapi masalah emosi atasilah segera, jangan biarkan berlarutan. Jika kamu tidak dapat menyelesaikannya sendiri maka carilah orang yang dipercayai dapat membantu seperti kaum keluarga iaitu abang, akak, adik, ayah ataupun ibu. Jika di sekolah, pelajar boleh menceritakan masalah kepada guru kaunseling. Kesediaan mereka mendengar adalah ubat yang paling mujarab, walaupun ia tidak dapat mengubat penyakit emosi sepenuhnya.
Persediaan Sosial.
Kehidupan sosial sering dikaitkan dengan golongan remaja. Kebanyakn pelajar terdiri daripada remaja yang sedang mencari identiti diri dan kehidupan sendiri. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan seseorang pelajar remaja. Kebanyakan pelajar remaja lebih mesra dan mempercayai rakan sebaya berbanding keluarga sendiri. Mereka mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh rakan sebaya.
Jadi di sini, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak mereka memilih rakan sebaya yang positif. Rakan sebaya yang positif dapat mendorong meningkatkan pembelajaran pelajar manakala rakan sebaya yang negatif hanya merosakkan minda pelajar untuk melakukan perkara yang salah seperti melepak, melakukan jenayah, menghisap dadah, menonton wayang dan sebagainya. Oleh itu, persediaan sosial perlu bagi remaja terutama di saat-saat menghadapi peperiksaan. Tinggalkan rakan sebaya yang merosakkan. Rakan sebaya yang negatif akan hanya menjejaskan prestasi akademik pelajar. Manakala rakan sebaya yang positif dapat membantu kamu mengejar kejayaan dalam kehidupan. Jadi rakan sebaya yang bagaimana kamu pilih? Buatlah pilihan yang tepat agar kamu tidak menyesal kelak.
Persediaan Fizikal.
Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan pelajar mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi peperiksaan. Persediaan fizikal ialah mempunyai tubuh badan yang sihat. Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat ketika menghadapi peperiksaan juga ketika berada di sekolah.
Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi pelajar seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Di samping memiliki tubuh badan yang sihat kita juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin hampir. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal seterusnya mengganggu proses menjawab peperiksaan.
Persediaan Rohani.
Selain daripada persediaan mental, emosi, fizikal dan sosial, setap pelajar juga perlu mempunyai persediaan rohani. Persediaan rohani boleh dilakukan melalui sembahyang dan beribadat. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan agama dan cara ibadat masing-masing. Gunakan cara ibadat masing-masing untuk memohon petunjuk dan keredhaan daripada Allah SWT supaya pembelajaran dan peperiksaan mendapat berkat, seterusnya pelajar dapat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Sebagai pelajar, perkara utama yang perlu dilakukan untuk mendapat kecemerlangan ialah berusaha sedaya mungkin. Setelah itu, barulah bertawakal dan menyerahkan segala usaha itu untuk ketentuan Allah SWT. Tawakal tanpa usaha juga tidak mendatangkan hasil, jadi janganlah kamu mengharapkan pertolongan Allah SWT tanpa mahu berusaha. Namun, sekiranya setelah kamu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT, masih juga kamu menemui kegagalan, janganlah berduka atau menyalahkan takdir. Hadapilah kenyataan itu dengah redha.
8 Oktober 2020 - Khamis.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Renungan KITA SEMUA
Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.
Lukmanul Hakim
Keluarga Ku.
Renungan
Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.
Wahai Diri
A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.
Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.
Sahabat Blogger
Selamat Datang
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414
0 comments:
Post a Comment