Tazkirah
Featured post
Admin Blog

MUSLI ANDALAN
Secara mudah jiwa manusia boleh dikategorikan ada empat jenis seperti berikut;
Jiwa Pemimpin
Jiwa Pengikut
Jiwa Pembangkang dan
Jiwa Pengecut.
Untuk memahami jenis jiwa seseorang kita perlu menjawab beberapa persoalan berikut;
Bagaimana kita melihat dan menerima diri kita sendiri. Adakah kita beranggapan bahawa kita adalah seorang manusia yang bertaraf tinggi, sederhana dan rendah.
Bagaimana kita melihat orang lain terutama rakan-rakan sebaya atau sekerja. Adakah kita melihat mereka itu sebagai manusia yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.
Bagaimana jangkaan kita terhadap amalan agama seperti sembahyang dan bersedekah. Adakah komitmen
Perasaan seseorang yang mengalami sindrom mania akan meningkat. Mereka biasanya berasa riang dan bertenaga tetapi yang lebih ketara ialah mereka mudah melenting lebih-lebih lagi apabila dikritik atau dihalang daripada melakukan sesuatu yang diingini. Mereka juga mengalami masalah ketenangan perasaan yang tidak normal, misalnya gagal untuk memberikan tindak balas yang sepatutnya apabila menerima berita buruk. Walaupun perasaan pesakit ini kelihatan baik tetapi sebenarnya perasaan murung itu ada dalam diri mereka. Sikap yang ditonjolkan (riang, melenting, aktif) oleh mereka adalah percubaan untuk menafikan atau mengelakkan rasa murung yang menyelubungi hati mereka.
Fikiran pesakit sindrom mania ini sarat dengan rancangan serta idea baru dan menarik. Idea itu selalunya hebat-hebat belaka, contohnya berkhayal serta yakin bahawa dirinya adalah Perdana Menteri atau seseorang yang telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi negara. Mereka juga berasa bertenaga dan bersemangat untuk bekerja tetapi produktiviti mereka tidak meningkat. Ini disebabkan mereka tidak dapat memfokuskan fikiran terhadap kerja yang sedang dilakukan kerana fikiran mereka kerap berubah-ubah. Mereka juga gemar memulakan projek baru tapi jarang menyelesaikannya. Selain itu mereka juga tidak dapat menilai perkara yang baik dan munasabah buat diri mereka. Contohnya, mereka dengan mudah melaburkan modal yang besar dalam perniagaan yang tidak menentu, ataupun dengan mudah membeli barangan mewah.
Keadaan pemikiran pesakit mania yang bercelaru ini turut memberikan kesan kepada proses lisan mereka. Percakapan mereka menjadi laju dan agak tertekan. Mereka seringkali mengubah topik yang sedang dibualkan hingga ayat dalam perbualan mereka tidak koheren dan tidak releven. Contohnya, ‘saya sihat sahaja tuan doktor, doktor bagaimana? Betulkah kamu ini doktor atau pelumba basikal Le Tour De Langkawi? Saya sudah pergi ke Langkawi banyak kali dengan kereta Mazda buruk saya tetapi kereta Mazda buruk mana boleh jalan jauh-jauh. Ha! ha! ha! Oh, apa soalan doktor tadi?
Walaupun perkara yang diperkatakan itu dapat difahami oleh orang lain tetapi kelajuan percakapan serta topik yang tidak berkaitan menyebabkan orang lain sukar untuk memahami aliran pemikiran mereka. Mereka kelihatan seperti tidak dapat mengawal daya tumpuan oleh sebab mereka sering diganggu oleh idea baru dan menarik.
Dari segi tingkah laku pesakit mania mempunyai tahap keaktifan yang tinggi dan kelakuannya pula tidak terbatas. Mereka bersikap kurang sopan, tidak senonoh dan biadap pada pandangan orang normal. Mereka juga terdorong untuk melakukan aktiviti seksual. Selain itu mereka juga boleh berubah menjadi seorang yang terlalu peramah dan seringkali mendominasi perbualan. Intonasi suara mereka biasanya agak tinggi dan mereka suka bercakap dengan suara yang kuat serta bersemangat.
Manakala dalam simptom fisiologi pesakit sindrom mania lazimnya sangat bertenaga. Mereka merasakan diri mereka dalam kondisi yang bagus, sangat sihat malah boleh berfikir dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Mereka lebih suka berjaga pada waktu malam dan jika tidur pun mereka akan bangun pada waktu pagi dinihari. Ini bukan sebab mereka menghadapi masalah insomnia tetapi pada pendapat mereka tidur itu hanya membuang masa dan merasakan mereka tidak memerlukan tidur. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti kehilangan berat badan. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan ditambah pula dengan peningkatan jumlah aktiviti yang dilakukan pesakit boleh mendapat serangan sakit jantung.
Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, dan tingkah laku yang menjadikan kehidupan harian seseorang itu menjadi sukar. Kecelaruan perasaan adalah salah satu daripada pelbagai jenis kecelaruan mental yang ada.
Lazimnya, manusia merasai pelbagai jenis perasaan dalam hidupnya sama ada normal, riang, sedih dan sebagainya. Persoalannya ialah bagaimanakah hendak membezakan perasaan yang dirasai itu sesuatu yang normal atau permulaan episod kecelaruan mental yang serius?
Secara umumnya tanda kecelaruan perasaan ini bermula apabila kecelaruan perasaan itu mendatangkan kesan negatif kepada setiap aspek kehidupan dan berlarutan dalam jangka masa yang agak lama, ataupun berlaku tanpa sebab yang nyata. Seseorang yang normal mempunyai kawalan ke atas perasannya tetapi bagi mereka yang menghadapi masalah kecelaruan perasaan tidak dapat mengawal perasaan mereka. Kegagalan mereka mengawal perasaan akhirnya membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan juga keluarga.
Kecelaruan perasaan bermaksud gangguan emsoi yang menyebabkan ketidakselesaan yang subjektif atau mengganggu kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal atau kedua-duanya sekali. Kecelaruan ini melibatkan dua jenis sindrom iaitu kemurungan dan mania.
Simptom yang paling ketara bagi penyakit kemurungan ini ialah penurunan perasaan yang disertai dengan pengurangan aktiviti dan keadaan pesakit yang tidak bermaya. Pesakit tidak lagi berminat untuk melakukan apa-apa aktiviti yang biasa dilakukannya. Pesakit cenderung untuk berasa sedih yang melampau, merasakan dirinya tidak berguna dan hidup yang dilaluinya tidak bererti lagi dan sangat mengecewakan. Menangis adalah salah satu cara untuk mereka melepaskan rasa marah dan kecewa. Penyakit kemurungan ini selalunya disertai dengan sindrom kebimbangan.
Fikiran pesakit kemurungan ini sering terganggu dan hanya dipenuhi dengan perkara yang suram dan menyedihkan. Akibatnya pesakit akan mengalami masalah hilang daya tumpuan. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang sedang dilakukan kerana sentiasa diganggu oleh kebimbangan dan ketakutan yang wujud dalam diri mereka. Pemikiran mereka juga menjadi lebih negatif. Mereka akan sering menyalahkan, mengutuk dan merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri. Mereka memandang negatif terhadap dunia luar dan pesimis terhadap masa depan. Mereka sering memikirkan bahawa penderitaan yang dialami tidak akan berakhir dan cara terbaik untuk menyelesaikan segalanya adalah dengan membunuh diri.
Perubahan dari segi tingkah laku yang dialami oleh
pesakit kemurungan ini ialah pesakit kelihatan seperti tidak bermaya, sering
menjauhkan diri daripada orang ramai dan memperlihatkan produktiviti kerja yang
semakin mersosot. Penampilan dari segi kebersihan diri, pakaian, dan rambut
juga tidak terurus. Selain itu mereka juga mengalami maalah kerencatan fungsi
psikomotor seperti intonasi suara yang rendah, pergerakan menjadi perlahan,
kurang bercakap dan lebih banyak menggunakan ekspresi muka serta isyarat badan
apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga lebih suka duduk berdiam
diri dan tidak bergerak untuk berjam-jam lamanya.
Agitasi juga adalah salah satu simptom bagi sindrom ini. Pesakit sentiasa berasa gelisah, berjalan mundar mandir, memulas-mulas tangan sendiri serta berulang kali bertanyakan soalan yang sama dan seolah-olah mendesak kepada orang lain.
Akibat daripada gangguan perasaan dan fikiran pesakit
kemurungan turut mengalami masalah dari segi fisiologi. Mereka akan hilang
selera makan yang akhirnya menyebabkan penurunan berat badan dan mengalami
masalah sembelit. Kehilangan selera makan ini berpunca daripada hilangnya nafsu
terhadap makanan. Mereka merasakan bahawa makanan yang dimakan itu tidak ada
sebarang rasa. Namun begitu, ada juga sesetengah pesakit yang selera makan mereka
meningkat hingga menyebabkan pertambahan berat badan.
Selain itu, mereka juga mengalami gangguan tidur seperti
insomnia, kerap terjaga tengah malam atau selalu dihantui dengan mimpi ngeri
ketika tidur. Kadangkala ada juga pesakit yang mengalami hypersomnia (tidur
berlebihan). Masalah kesihatan lain yang dialami oleh mereka ialah gangguan
kitaran haid bagi wanita dan penurunan kemampuan daya seksual.
Sakit mental merujuk kepada seseorang yang tidak sihat
atau tidak waras fikiran atau ingatannya. Pakar runding psikiatri menyatakan
bahawa sebahagian daripada penyakit mental berpunca daripada keturunan, iaitu
berlaku kecelaruan dalam otak pesakit, tetapi kadangkala ia tidak disedari.
Malah jika ada yang menyedari tentang penyakit itu, mereka tidak mengetengahkan
masalah tersebut. Kesannya mereka yang terbabit tidak mendapat rawatan
sewajarnya.
Penyakit
mental merupakan penyakit yang serius jika dilihat pada beban yang dialami oleh
pesakit itu sendiri. Oleh kerana ia penyakit senyap, ramai yang tidak mahu
mengetengahkannya dan akibatnya tidak ada rawatan untuk mereka yang terlibat.
Sebenarnya mereka yang menghadapi penyakit mental boleh dipulihkan sekiranya
diberi ubat dan rawatan yang betul.
Dalam
disiplin ilmu psikologi kaunseling mahupun bidang perubatan moden, tidak ada
istilah orang gila, crazy people atau mad people. Istilah yang
ada ialah orang yang berpenyakit mental atau cacat akal. Kaunselor dan ahli
psikologi mampu dan memang tugas mereka merawat dan membantu pesakit atau
individu yang bermasalah tetapi bukan berelemenkan psikopatologi. Makna yang
mudah ialah mereka masih waras dan masih siuman. Manakala tugas pakar psikiatri
ialah merawat dan membantu pesakit yang dikenali sebagai pesakit mental atau mental
ilnes patiens.
Kita
semua sedia maklum bahawa perkembangan teknologi yang pesat telah banyak
membantu pengurusan organisasi dalam mengurus sumber manusia. Namun demikian,
masih terdapat elemen tertentu yang tidak mampu ditangani oleh teknologi
terkini. Elemen yang dimaksudkan adalah penjagaan kesihatan mental bagi setiap
individu.
Individu
yang mengalami masalah dalam memberikan tindak balas terhadap persekitaran akan
mengalami bentuk gangguan kejiwaan. Gangguan kejiwaan boleh jadi dalam bentuk
mengasingkan diri, tertekan, sepi, sunyi dan hampa. Tahap penyakit jiwa yang
kronik disebut sebagai skizofrenia atau simptom paranoid. Pada tahap ini
individu biasanya akan memberikan tindak balas yang melampau terhadap
rangsangan persekitarannya, seperti marah atau takut yang keterlaluan. Individu
yang mengalami gangguan jiwa seperti ini sebenarnya adalah dalam keadaan
kecelaruan mental.
Tidak ada ruginya apabila kita berbuat baik dengan orang lain. Sekiranya orang berbudi atau membuat kebaikan, tidak ada salahnya jika berbahasa yang baik pula dengannya. Kebaikan tersebut berkemungkinan dibalas dengan perkara yang baik. Berkemungkinan budi bahasa yang telah ditunjukkan dibalas dengan hidangan yang enak -enak. Hidangan enak yang diberi itu dapatlah kita merasainya.
Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa membawa maksud sekiranya seseorang itu telah berbudi kepada kita, seharusnya kita membalas budi orang tersebut.
Seorang yang cemerlang akan membantu guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Memadam papan putih, membantu guru-guru membawa buku-buku, menunjuk ajar rakan-rakan sekelas adalah antara kebaikan yang boleh diberikan.
Budi yang baikditunjukkan oleh seorang pelajar cemerlang adalah;
1. Bersyukur dan berterima kasih kepada Maha Pencipta.
2. Berterima kasih kepada ibu bapa,adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Menunjukkan rasa terima kasih seperti akur perintah, hormat menghormati dan sebagainya.
4. Memberikan hadiah kepada mereka yang telah membantu kita.
Sekali atau dua kali orang suka menolong kita tanpa berkira. Sekiranya kita tidak berterima kasih dengan mereka, itu sahajalah pertolongan yang bakal kita terima. Sebaliknya, jika kita mengucapkan terima kasih, bermanis muka, memberi hadiah dan sebagainya atas pertolongan yang diterima, sudah pasti orang suka untuk menolong kita pada masa hadapan. Guru-guru tidak meminta sebarang balasan, namun keceriaan dan minat kita terhadap pelajaran menjadikan guru-guru bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada kita.
Manusia dapat hidup dengan tenang dan aman sekiranya mereka saling berbuat kebaikan di muka bumi ini. Sebagai seorang pelajar, kita perlu melakukan kebaikan terhadap orang sekeliling sa,a ada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan juga kepada masyarakat. Ini kerana perbuatan tersebut ialah salah satu cara untuk membalas budi mereka yang telah berbakti dan berkorban untuk kita. Sebagaimana peribahasa di atas, kita wajar membalas kebaikan yang telah diberikan oleh orang lain kepada kita.
Perubahan, bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya. Perubahan bukannya sesuatu yang datang berlari kepada kamu. Perubahan adalah sesuatu yang kamu perlu lakukan. Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami bahawa kita, yakni diri sendiri terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya. Sebagai pelajar, untuk menempa kejayaan kita perlulah mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Sikap hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahului sebelum kita berubah tidak akan membawa kita kemana-mana, kecuali kegagalan. Untuk itu, kita perlu mengubah tingkah laku negatif kepada positif iaitu;
1. Apa berlaku jika malas belajar.
a. Malas adalah satu tabiat yang mesti dikikis. Sekiranya kamu diserang perasaan malas, lakukan perkara dibawah;
i. Tanya kepada diri sendiri, 'apa yang aku dapat jika malas belajar'?
ii.Kemudian buat satu senarai segala kerugian yang akan kamu peroleh sekiranya terus bersikap malas'.
b.Sekarang, apa perasaan kamu? Ingatlah, pelajar rajin mencari jalan, pelajar malas hanya tahu memberi alasan.
2. Berkhayal atau berimaginasi.
i. Maksud berkhayal atau berimaginasi disini bukanlah menyimpan angan-angan kosong yang hanya membazirkan masa.
ii. Maksud yang sebenarnya ialah membayangkan atau menggambarkan sesuatu peristiwa.
iii.Contoh yang terbaik adalah dengan cara mengimaginasikan atau membayangkan perasaan kedua-dua ibucbapa kamu jika kamu gagal peperiksaan. Adakah mereka akan berasa gembira atau sedih.
iv. Kemudian, bayangkan pula perasaan kedua-dua ibu bapa kamu jika kamu lulus cemerlang dalam peperiksaan. Pastinya mereka akan berasa bangga bukan?
v. Jadi, buatlah pilihan selepas kamu berimaginasi. Tetapi yang pastinya, sudah tentulah kamu mahu menggembirakan kedua-dua ibu bapa kamu.
3. Senaraikan faedah-faedah daripada sikap rajin.
i. Langkah seterusnya adalah dengan menyenaraikan faedah-faedah yang akan kamu peroleh sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.
ii. Kemudian, buat pertimbangan yang rasional, adakah hidup kamu akan menjadi susah atau senang sekiranya kamu rajin dan tekun belajar.
iii.Yang mana satu menjadi pilihan kamu, mahu menikmati faedah-faedah ini ataupun tidak mahu? Buatlah keputusan yang sewajarnya, kerana masa depan kamu terletak ditangan kamu.
4. Gambarkan keadaan selepas alam persekolahan.
a. Dua keadaan boleh kamu gambarkan, iaitu;
i. jika kamu bertingkah laku positif, apa yang akan berlaku?
ii.Jika kamu bertingkah laku negatif, bagaimana masa depan kamu?
b. gambaran yang kamu berikan mesti berdasarkan tingkah laku kamu. Kamu mesti bbuat perbezaan antara kedua-duanya. Pastikan yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada kamu.
5. Gambarkan di alam pekerjaan.
a. Buatkan atau imaginasikan gambaran mental apa yang kamu bakal peroleh jika kamu bertingkah laku positif dan juga jika kamu bertingkah laku negatif.
b. Contohnya, bayangkan keadaan kamu selepas alam belajar. Kamu berjaya mencapai cita-cita kamu. Segala angan-angan kamu menjadi kenyataan. Segala budi ibu bapa terbalas kerana kamu bertingkah laku positif.
c. Bayangkan pula keadaan kamu di alam pekerjaan jika kamu bertingkah laku negatif semasa di alam belajar. Bagaimana dengan cita-cita kamu, adakah segala budi ibu bapa kamu terbalas?
d. Setelah membayangkan keadaan kamu di alam pekerjaan, buatlah keputusan tingkah laku mana yang membawa kebaikan kepada kamu.
6. Buang tabiat negatif.
a. Untuk melakukan perkara ini, kamu memerlukan satu keazaman yang kuat dan minda yang teguh.
b. Hal ini kerana, ini bukanlah satu perkara yang mudah jika sikap-sikap itu telah sebati dengan diri kamu.
c. Antara tingkah laku atau tabiat yang perlu dibuang adalah;
i. buang sikap suka menangguh-nangguh kerja dan laksanakan tugas-tugas yang diberi secepat yang mungkin.
ii.buang tabiat suka berbual-bual kosong atau melakukan perkara-perkara yang tidak membantu dalam pelajaran.
iii. dengar dengan tekun setiap ajaran guru dan ringankan mulut untuk bertanya kepada guru atau rakan sekiranya tidak faham.
iv. buatlah ulang kaji pelajar setiap hari.
7. Komited kepada matlamat.
a. Matlamat yang dibuat bukan hanya melepaskan batu di tangga sahaja.
b. matlamat yang dibuat mesti berjaya direalisasikan dan dicapai. Tingkatkan keazaman diri untuk mencapai matlamat kamu.
c. buatlah perkara-perkara yang menghala ke arah pencapaian matlamat kamu.
8. Menyebarkan matlamat kamu.
a. Sebarkan atau beritahu kepada ibu bapa kamu, abang, kakak, adik, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kamu kenal tentang matlamat kamu.
b. Cara ini boleh meningkatkan komitmen atau keazaman kamu untuk mencapai matlamat.
c. Hal ini kerana;
i. jika kamu tidak mencapai matlamat kamu, kamu akan berasa malu sendiri, maka untuk mengelakkan rasa malu ini, kamu akan tingkatkan usaha kamu.
ii. Ejekan rakan-rakan juga boleh dijadikan pembakar semangat. Keazaman kamu akan bertambah membawa untuk mencapai matlamat kamu.
9. Mengkaji semua langkah-langkah.
a. Lakukan kajian atau semakan ke atas setiap langkah-langkah kamu dari semasa ke semasa.
b. Selalulah bertanya kepada diri sendiri , 'adakah langkah-langkah yang aku ambil ini betul dalam merealisasikan matlamat aku?
c.Jika Ya, ucapkan tahniah atau syabas atas kegigihan diri kamu.
d. Jika langkah-langkah yang diambil masih lagi tidak lurus, cuba perbaiki mana-mana langkah yang masih tidak menuju ke arah sasaran.
Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran melibatkan motif dan strategi tertentu. 'Faktor kegagalan mencapai skor yang baik adalah disebebkan masalah dalam kaedah pembelajaran' (Hewit,1973). 'Teknik belajar yang berkesan mampu menghasilkan pencapaian yang cemerlang, disiplin yang tinggi dan mewujudkan sikap positif. (Dunn dan Dunn, 1992)
Kemahiran Belajar dan Akademik.
Perancangan dan kemahiran belajar yang sistematik di samping motivasi dalaman yang tinggi terbukti meningkatkan pencapaian dalam akademik. Hal ini menunjukkan kemahiran belajar mempunyai kolerasi terhadap pencapaian akademik.
Kepentingan kemahiran belajar 5 domain.
Perbezaan individu menghasilkan perbezaan corak dan strategi pembelajaran serta minat dan kecenderungan seseorang. Justeru, diharapkan melalui tajuk ini, ia dapat menjadi satu penambahbaikan gaya dan pendekatan kemahiran belajar yang bersesuaian dengan perkembangan dan persekitaran diri seorang murid.
Perkara penting dalam pembelajaran adalah dengan mendapatkan maklumat, seterusnya memproses dan disimpan sebagai ingatan. Proses pembelajaran melibatkan pancaindera dan otak sebagai agen kognitif, aspek perasaan dan sebagainya.
Gaya belajar 5 domain melibatkan semua pancaindera yang merangkumi beberapa domain utama audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Domain Audio.
Domain audio menggunakan pancaindera pendengaran untuk mendengar maklumat yang diperoleh. Gangguan persekitaran mengganggu perhatian murid di dalam kelas. Hal ini menunjukkan proses pembelajaran tidak hanya boleh bergantung pada domain audio sahaja.
Domain Visual.
Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan. Apa-apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Perkara yang menjadi persoalan ialah, mengapakah dengan hanya menggunakan domain visual, murid masih tidak dapat menguasai dan memberikan tumpuan terhadap perkara yang diajar.
Domain Kognitif.
Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran ialah proses mental yang aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. ia akan melibatkan proses aktif minda untuk memperoleh pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar.
Dalam proses pembelajaran, domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, murid biasanya agak sukar untuk melibatkannya secara maksimum. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.
Domain Aektif.
Domain afektif melibatkan perasaan, nilai yang dipegagng, sensistiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyak murid , ada hal yang beranggapan sesetengah mata pelajaran adalah sukar. hal ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar semakin menurun. Wujudkan sesi pembelajaran yang senang dan menyeronokkan. ia akan membantu dan mendorong minat murid untuk belajar.
Domain Psikomotor.
Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa-apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentyuk tingkah laku. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat.
Domain psikomotor melibatkan perbincangan dengan rakan, aktiviti menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Renungan KITA SEMUA
Keluarga Ku.

MUSLIAH H.M.A