Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

MSSS Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

 Maktab Sabah dan SK.Sri Gaya, Kota Kinabalu dipertanggungjawabkan mengelola MSSS Peringkat Daerah yang bermula 3 Ogos hingga 5 Ogos 2024. K...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, October 7, 2020





Setiap orang adalah istemewa dan mereka dilahirkan untuk berjaya. Akan tetapi kejayaan tidak boleh diperolehi begitu sahaja. Kejayaan datang dengan kesungguhan dan keazaman. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat ditepis dan ditangkis. Di samping kesungguhan dan keazaman yang kuat, Setiap pelajar harus mempunyai ciri-ciri berikut;

  • Attitude.
Perkataan attitude membawa maksud sikap yang ditonjolkan di sini adalah sikap positif. Pelajar yang pasti menempa kejayaann adalah para pelajar yang mempunyai sikap positif seperti interaktif, sportif, mendengar, menjawab dan memahami.Di sekolah, pelajar-pelajar ini;
i. Aktif didalam bilik darjah. Mendengar dengan teliti, menjawab soalan dan bertanya jika kurang memahami sesuatu tajuk. 
ii. Di rumah pula, mereka akan mengulang kaji pelajaran dengan teratur dan konsisten.
  • Belief,
Maksud perkataan ini ialah percaya. Pelajar berjaya puncanya dengan kebolehan diri sendiri. Kepercayaan pada dirinya sendiri meliputil 
i. percaya dia boleh lulus ujian dengan baik.
ii.percaya dia boleh lulus peperiksaan dengan cemerlang
iii. percaya dia boleh menempah kejayaan.
Kepercayaan kepada dirinya sendiri menjadi satu dorongan untuknya berusaha dengan gigih dalam melayari perjalanan menuju ke arah kejayaan.
  • Confidence.
Confidence membawa maksud keyakinan. Perasaan yakin boleh menimbulkanrasa selesa kepada pelajar dalam apa jua situasi. Perasaan keyakinan diri membuka ruang kepada para pelajar;
i. bertanya
ii. menjawab
iii. menghadapi pepriksaan.
Keyakinan pada diri sendiri memastikan kejayaan dalam peperiksaan.
  • Determination.
Maksud perkataan ini ialah keazaman. Keazaman ini merupakan satu dorongan ke arah berusaha dengan kuat, tekun dan gigih. Pelajar yang mempunyai keazaman tinggi tidak mengenal putus asa. Sesekali terjatuh, dia akan bangun semula. Mereka juga sentiasa yakin bahawa tindakan yang akan diambil akan membuahkan hasil. Mereka yakin dengan keazaman yang jitu dan usaha yang berterusan hasil yang diperolehi amat membanggakan. Segala kegagalan yang dirasai merupakan satu cabaran dalam hidupnya. Seluruh tenaga dan tumpuannya akan dicurahkan untuk menempah kejayaan.
  • Enthusiasm.
Enthuasiasm atau semangat tinggi adalah sikap pelajar berjaya yang tidak pernah menangguhkan kerja rumah atau tugasan. Pelajar yang bersemangat tinggi biasanya,
i. menyiapkan kerja atau sesuatu projek sebelum tarikh yang ditetapkan.
ii. ulang kaji untuk menghadapi peperiksaan dibuat secara berterusan dan awal,
Pelajar ini merelakan diri dengan ketidakselesaan yang mungkin dihadapi. Mereka sabar dan sedia belajar bersungguh-sungguh dari awal tahun hinggalah akhir tahun untuk mengejar kecemerlangan. Semangat tinggi cenderung ke arah meningkatkan kerajinan diri dalam persediaan untuk menempah kejayaan dalam peperiksaan.

  • Fun.
Fun membawa maksud hiburan atau lebih tepat lagi dalam konteks seorang pelajar ialah masa atau waktu untuk berehat. Waktu rehat pelajar boleh digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Hiburan yang diperlukan oleh seorang pelajar ialah aktiviti yang merehatkan otak dan mencergaskan badan. Aktiviti yang sesuai adalah aktiviti riadah seperti bermain bola sepak, badminton  atau sekadar berjoging di taman permainan. Hasil daripada aktiviti rehat atau hiburan yang dijalankan, pelajar lebih memahami apa yang dipelajari kerana daya memori pelajar telah meningkat.

7 Oktober 2020. Rabu.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414