Wednesday, February 18, 2009

Fund For GAZA


Maktab Sabah turut mengadakan majlis 'Fund For GAZA'. Kelihatan Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, orang pertama menghulurkan sumbangan dan seterusnya diikuti seluruh warga Maktab Sabah. Usaha ini dibuat bersesuaian dengan melahirkan masyarakat yang prihatin. Adalah diharapkan sumbangan yang diberikan membantu rakyat palestin dapat meneruskan hidup dan membantu mereka meringankan beban hidup kerana peperangan. Kepada warga Maktab Sabah yang menghulurkan sumbangan, hanya Allah swt jua yang membalasnya. Bersyukur kita di bumi Malaysia kita hidup aman. makmur dan harmoni.

Happy Birthday





Kelihatan rakan-rakan seprofesion guru meraikan sambutan hari lahir kepada Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan,PKP. Bagi mewakili Kelab Staf Maktab Sabah, ucapan 'Happy Birthday' dinyanyikan beramai-ramai. Adalah menjadi harapan hubungan mesra dikalangan guru dan pihak pentadbir seiring dan sejalan agar setiap yang direncanakan dapat disempurnakan dengan baik tanpa sebarang tekanan. Permuafakatan adalah jalan menuju kecemerlangan organisasi. Antara barisan guru (gambar paling bawah) Cik Farahleezah, Puan Rosiah Liman, Puan Hjh. Saripah Hj. Ghul Hassan, Usz. Radhiah Maidin,Puan Jeanny T. Malintan, Puan Sharifah Hamzah,Puan Joan Andrew, Cik Siti Norkiah Ramin, Cik Noraizah Matlin,Cik Pang Kee Wen, Datin Dewil Fikri Haji Sirat dan Puan Lilly William sempat mengabadikan gambar bersama PKP.

Sambutan Ulang Tahun Maktab Sabah Ke 52 tahun

Upacara majlis Sambutan Ulang Tahun Maktab Sabah kali ke 52 tahun. Kelihatan Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua dan barisan pentadbir sekolah beserta wakil PIBG En. Ismail Yusof menyempurnakan pemotongan kek simbol menyambut ulang tahun Maktab Sabah. Majlis ini diadakan pada 16 Januari 2009 (Jumaat). Antara pengisian program ialah Bacaan Surah Yasin dan Ucapan Pengetua. Adalah diharapkan agar Maktab Sabah terus gah, cemerlang dalam melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Ujian Setara 1/2009

Para pelajar perdana Maktab Sabah, dinasihatkan agar mengutamakan pelajaran berbanding dengan penglibatan anda kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat membantu anda cemerlang dalam akademik. Tanggal 2 hingga 6 March 2009, para pelajar akan menduduki Ujian Setara 1. Bersiap sedialah semoga anda berjaya. Kejayaan anda dalam ujian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk terus berusaha bagi mencapai keputusan yang lebih cemerlang lagi.
Pengetua selalu menegaskan 'Pelajar Hari Ini, Pemimpin Hari Esok'. Sama-sama kita hayati maksud yang tersirat dalam pernyataan tersebut.Ingatlah semakin banyak kita berusaha, keputusan yang bakal dikecapi adalah semakin baik, jika sedikit usaha yang kita lakukan, tidak mustahil keputusan kita hanya 'cukup-cukup makan'. Pilihan ditangan anak-anak pelajar.
Selamat belajar untuk kepentingan diri dan masa depan anda.

Program Maju Diri Tingkatan 3

Pelaksanaan Program.
Program Maju Diri akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 10 hingga 14 Mac 2009
Hari : Selasa hingga Jumaat
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 3 MAKTBS.
Perasmi : Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua

Objektif.
Beberapa objektif telah dikenal pasti, antaranya ialah;
1.Membolehkan pelajar mengenalpasti keistemewaan dan kekangan yang dialami dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
2.Memastikan pelajar memperolehi strategi belajar yang berkesan.
3.Membantu pelajar untuk berasa seronok apabila pembelajaran dilakukan di luar kelas.

Friday, February 13, 2009

Penyampaian Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya

Tarikh : 13 Februari 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Perasmi : Puan Fatimah Shara Ahmad Noor
YDP PIBG, Maktab Sabah
Turut Hadir.
Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua, Semua guru Penolong Kanan, Semua Ketua Bidang dan Ibubapa Pelajar yang terlibat.

Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kelancaran program tersebut. Khususnya kepada Badan Disiplin, Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan pelajar-pelajar Maktab Sabah Tingkatan 1 Mutiara, 1 Makmur, 1 Aman, 2 Makmur, 4 Makmur dan 4 Aman. Begitu juga dengan guru-guru dan ibubapa pelajar, segala usaha dan sokongan yang diberikan sama ada secara langsung dan sebaliknya diucapkan ribuan terima kasih kearah peningkatan penambahbaikan perkhidmatan PRS di Maktab Sabah.

Kepada PRS Maktab Sabah, jadikan majlis yang dihadiri sebagai satu inisiatif untuk anda terus menyokong usaha-usaha murni Maktab Sabah dalam melahirkan modal insan yang cemerlang selaras dengan slogan Maktab Sabah 'always number one'