Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, August 31, 2020

Untuk mengubah dunia ini, anda hanya perlu melihatnya dengan cara yang berlainan sedikit. Setiap orang mahu menjadi juara. Tiada siapa yang menafikan pernyataan ini. Setiap orang mahukan kejayaan- berjaya dalam hidup. Ramai orang yang penuh yakin bahawa mereka amat bernilai dan layak mendapat kejayaan. Namun ada juga yang keliru dan kecewa bahawa kejayaan sebenar masih jauh.
Ramai orang tidak menyedari bahawa ada proses untuk mencapai kejayaan. Mereka sedia menerima hakikat bahawa untuk menjadi seorang doktor, jurutera atau peguam yang berjaya, prosesnya ialah beberapa tahun pengajian dan usaha yang tekun. Mengapa mesti ada beberapa perbezaan untuk berjaya dalam hidup?
Telah nyata terbukti bahawa apa yang anda pegang selama ini ialah pemikiran ' kegagalan', jadi segala usaha anda juga berakhir dengan kegagalan. Oleh itu anda perlukan pemikiran 'kejayaan' jika anda mahu berjaya. Anda mesti berfikir cara juara jika anda mahu menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapai impian anda.
Yang jelas  berfikir secara juara telah dipraktikalkan bagi suatu tempoh yang lama oleh ramai orang yang berjaya. Ia bukan suatu konsep baru atau lapuk. Anda perlu berusaha serius untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda, daripada semata-mata belajar dari kesilapan anda. Dengan cara ini perkembangan anda lebih lancar dan mudah.
Tiada kuasa ajaib untuk menjadi orang berjaya. Apa yang anda lihat dalam minda adalah apa yang anda jangkakan. Apa yang anda jangkakan adalah apa yang anda dapat. Inilah prinsip perbezaan antara orang yang hanya mencapai keputusan sederhana dalam hidup mereka dengan mereka yang mencapai keputusan luar biasa.Alat utama untuk mencapai imej baru dan menjadikannya suatu realiti ialah melalui proses yang dikenali sebagai 'membentuk semuka'. Membentuk semula melibatkan perubahan cara anda selalunya lebih efektif untuk mempersembahkan pengalaman positif  dan memenuhinya daripada pengalaman negatif dan kegagalan. Melalui cara ini anda boleh maju kehadapan dalam hidup dan melaksanakan banyak perkara yang anda mungkin tidak pernah melakukannya. Ingat, orang yang enggan mengubah minda mereka, sahaja orang yang degil dan merupakan orang yang mati.
Gambar dibawah menunjukkan tentang suasana Majlis Anugerah Kecemerlangan 2020 Edisi 2019. Tahniah kepada semua penerima.













































































































 

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414