Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, August 12, 2020

Tidak ramai orang yang dapat memahami jiwanya sendiri. Justeru itu mereka terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai kerenah kehidupan dalam bentuk masalah. Apabila kemelut ini terus berlaku maka mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan keresahan. Pemahaman terhadap jiwa mempunyai kepentingan yang sangat besar bagi membentuk kematangan seseorang. Ia mendorong kepada proses pembelajaran ke arah pembaikan menju kepada kecemerlangan. Pemahaman terhadap jiwa mendorong individu memahami keunikan dirinya sendiri. Setiap manusia mempunyai keistemewaan dan kelemahan dan di sinilah menjadikan mereka sebagai makhluk yang unik.

Terdapat beberapa cara untuk kita memahami jiwa. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah merupakan salah satu faktor penting dalam meningkatkan pembangunan diri setiap individu. Kalaulah kaunselor, pensyarah dan guru-guru mempunyai keilmuan mengenainya, tentu mereka boleh membantu ramai pelajar mencapai kecemerlangan semasa di sekolah dan di pusat pengajian tinggi. Pemahaman mengenai jiwa ini boleh membantu meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di kalangan pelajar. Dengan memahami jiwa sendiri boleh membentuk gaya belajar yang sesuai dengan mereka. Begitu juga dengan orang yang telah bekerja, mereka akan dapat membentuk budaya kerja dan gaya hidup yang lebih selesa. Suatu perkara yang nyata pemahaman terhadap jiwa adalah asas bagi meningkatkan semangat 'kepimpinan' di kalangan semua orang. Selain dari itu, keilmuan ini membantu individu untuk memahami beberapa perkara lain seperti;

- memahami keistemewaan dan kelemahan diri sendiri

- meningkatkan daya rasional dan penerimaan diri

- meningkatkan daya ketahanan diri

- mendorong untuk sentiasa memperbaiki diri dan bergerak ke arah nikmat kehidupan yang maksimum.

- meningkatkan keyakinan dan kreativiti untuk maju.

- dapat mengelakkan daripada penderaan diri sendiri.

- menseimbangkan di antara kehendak dan keupayaan sendiri.

- meningkatkan kecemerlangan dan kematangan diri

- meningkatkan kebahagiaan hidup.

Bagi seorang ketua atau majikan pemahaman terhadap jiwa subordinat atau anak buah akan memberi suatu sumbangan yang sangat besar dan bermakna terhadap prestasi, keharmonian dan produktiviti organisasinya. Di antara faedah tersebut adalah;

- memajukan organisasi

- memahami keistemewaan dan potensi diri setiap subordinatnya.

- memahami keperluan dan kelemahan setiap individu

- memperbaiki kelemahan dan mengatasi masalah individu.

- memudahkan komunikasi dan cara untuk memotivasi individu yang sesuai.

- dapat menyalurkan kerja dan kursus yang sesuai dengan staf.

- memudahkan empowermen to the right person.

- meningkatkan daya pengurusan sumber manusia

- memberi kesedaran dan membina ketahanan diri pekerja.

- membantu pekerja mencapai nikmat hidup yang maksimum.

- membantu ketua membuat penilaian yang tepat.

- mendorong ketua berlaku adil.

- mengurangkan ketegangan ketua dan anak buah.

- mengayati amalan pentadbir profesional.

Tujuan penulisan ini adalah untuk meghuraikan mengenai beberapa cara mengenal jiwa. Adalah diharapkan penulisan ini boleh difahami dan membantu ketua-ketua organisasi dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih rasional. Dalam proses kaunseling, tumpuan proses mengenal jiwa ini penting untuk dilaksanakan bukan setakat dalam sesi pengenalan dan orientasi tetapi diperlukan sepanjang proses kaunseling. Proses mengenal jiwa adalah sangat diperlukan terutamanya dalam memangkin sesuatu perubahan kepada individu.  Dalam proses kaunseling, kemahiran mengenal jiwa merupakan suatu fenomena yang sangat penting untuk memastikan elemen mekanisme terapeutik boleh diwujudkan secara mudah. Tanpa elemen mekanisme terapeutik, sesuatu proses kaunseling itu bukanlah proses kaunseling kerana ia tidak mengandungi unsur perawatan. Unsur terapeutik inilah yang menjadikan suatu proses kaunseling itu sebagai proses kaunseling penyembuhan saintifik.Ini menunjukkan bahawa pemahaman terhadap jiwa adalah sangat penting kepada kaunselor.  

Setiap kaunselor perlu memahami kaedah mengenal jiwa supaya mereka dapat membuat eksplorasi yang mendalam terhadap kliennya. Pemahaman terhadap jiwa klien mendorong kaunselor bertindak dalam keadaan spontan secara tepat dan sesuai kepada setiap kliennya. Pemahaman tersebut adalah sangat penting supaya kaunselor dapat membuat persembahan yang terbaik semasa proses kaunseling. Pemahaman terhadap jiwa bukan setakat meningkatkan lagi kefahaman mengenai diri seseorang individu tetapi  juga memberi peluang kepada kaunselor untuk membantu klien membuat keputusan dan perancangan yang sesuai dengan keupayaan kliennya.  Di samping itu ia juga membantu kaunselor memilih kaedah motivasi serta proses kaunseling yang wajar digunakan untuk klien tersebut. Kejayaan kaunselor memahami jiwa akan menghasilkan kesan yang bermakna memberangsang semangat klien untuk menuju ke arah kecemerlangan. Fungsi pemahaman terhadap jiwa sebenarnya adalah untuk menyediakan asas laluan gerak psikoterapi supaya boleh bertimbal balas secara cepat sesuai bagi menghasilkan kesedaran kendiri dan perubahan. Ia menjadi satu lapangan yang perlu diteroka terlebih dahulu sebelum sesuatu gerakan proses rawatan, pemulihan dan perkembangan untuk seseorang individu.










0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414