Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, August 16, 2020

Freud melihat naluir semula jadi manusia sebagai dorongan  oleh suatu kuasa yang kuat. Beliau menghasilkan suatu potret struktur mental yang mengalirkan kuasa Id, Ego dan Superego.

Id.

Tenaga fizik semulajadi membentuk Id primitif. Id tidak rasional. Ia adalah dorongan keseronokan dan tidak tersusun. Id menuntut keseronokan segera dan pengurangan ketegangan. Tenaga Id terlalu mudah dan dinamik  dimana ianya sedia dialirkan daripada satu objek ke satu objek yang lain ataupun daripada satu imej ke satu imej yang lain. Bayi yang dorongan impetusnya mula menghasilkan rasa lapar akan merasa puas sebentar dengan ketenteraman , tetapi apabila rasa lapar meningkat, objek baru atau makanan perlu diberikan bagi memenuhi kehendak dorongan itu.

Dalam keadaan yang sama, halusinasi dan 'mimpi siang' adalah contoh asas proses berfikir yang menggunakan keperluan permintaan bagi mencapai pengurangan ketegangan secara berperingkat. Id adalah kawah ketidakpuasan keinginan yang menggelegak yang meneruskan pengaruhnya secara tidak sedar sepanjang kehidupan manusia. Realiti kehidupan mendesak id supaya menyesuaikan  diri dengan situasi luaran. Ini dilakukan dengan mengawal guna semburan tenaga Id dan menukarkannya kepada struktur personaliti baru iaitu Ego.

Ego.

Menurut Freud, Ego adalah organ ulasan dan kesiuman. Tenaga Ego diperolehi daripada naluri libido atau syahwat yang dilakukan daripada Id bagi membentuk kelompok tenaga neutral. Peralihan ini menukarkan semburan erotik libido kepada Ego libido. Ego juga mencari keseronokan bagi Id tetapi dalam kapasiti penangguhan dan penyusutan dalam lingkungan set yang dihadkan oleh keadaan sekeliling. Tenaga fizik Id dialirkan oleh Ego dan diarahkan ke objek-objek yang sedia ada bagi menghasilkan keseronokan. Ego perlu mengawal dan mengarah Id. Ego juga menyeimbangkan konflik keinginan Id dengan permintaan sosial yang terhad. Ia bertindak sebagai pembuat keputusan yang fleksibel. Seterusnya, tenaga neutral Ego berkembang secara beransur-ansur kepada struktur psikologi lain iaitu superego.

Superego.

Superego dikembangkan secara beransur-ansur daripada Ego bagi mengadaptasikan kepada persetujuan sosial dan moral. Ibu bapa sebagai agen asas sosialisasi, menagih, mengajar dan menggalakkan tingkah laku tertentu anak-anak sambil menghalang dan menghukum orang lain. Superego mengandungi kata hati (conscience) dan Ego ideal. Kata hati merangkumi larangan moral dan nilai masyarakat yang dipelajari daripada ibu bapa. Manakala Ego ideal merangkumi standard kesempurnaan yang diperjuangkan. Superego secara tetap menagih supaya individu berfikir dan bertindak mengikut amaran ataupun kehendak budaya dan menghukum sekiranya individu mengalah pada keinginan tidak rasional Id.

Menurut Sigmund Freud, apa yang dibuat, mengapa dilakukan serta mengapa jadi sedemikian sebenarnya berkait rapat dengan dorongan seksual manusia.












0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414