Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, September 27, 2011














Tarikh : 6 September 2011 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang
Pengarah Projek : Cikgu Faezah Nurmin.

Majlis penyerahan tugas badan-badan khas ini turut dihadiri oleh En. Ismail Yusof, NYDP PIBG.
Majlis ini melibatkan semua badan-badan khas sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Majlis Perwakilan Pelajar Pra U, Pengawas Asrama, Pengawas SPBT dan Pengawas Koperasi.

Antara tujuan program adalah bagi memberi ruang jawatan kuasa lama menelaah pelajaran disamping memberi pengalaman baru kepada jawatan kuasa baru untuk meneruskan agenda badan-badan khas masing-masing.

Unit Kaunseling, merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pelaksanaan majlis seumpama ini dan mengharapkan agar badan-badan khas dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam meningkatkan gaya kepimpinan dalam membantu pengurusan sekolah yang cemerlang dan gemilang.














Tarikh : 7 September 2011 (Rabu)
Masa : 7.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Perasmi : Ybhg Bad Hamid Hj. Musli
Pegawai Pelajaran Daerah, Kota Kinabalu.


Maktab Sabah telah mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya, peringkat sekolah. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Kota Kinabalu iaitu En. Bad Hamid Haji Musli. Turut hadir memeriahkan program ini ialah Puan Fatimah Ahmad Noor, YDP PIBG dan En. Ismail Yusof, NYDP PIBG.
Dalam majlis itu, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang turut menyampaikan ucapan. Selain itu, hadiah-hadiah disampaikan sempena pertandingan keceriaan antara kelas-kelas yang bertemakan 'Merdeka Raya'.

Unit Kaunseling merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama para pelajar, semua tenaga pengajar, AKS dan khususnya ibu bapa / penjaga pelajar perdana yang menyokong penuh dalam menjayakan majlis tersebut.




Unit HEM telah mengadakan kunjungan ke rumah pelajar yang telah dikenalpasti diberi bantuan dari aspek moral dan seterusnya menyampaikan sumbangan sempena di bulan Ramadan. Rombongan ini diketuai sendiri Datin Rosiah Liman, PK HEM dan turut sama semua Guru Kaunseling dan guru tingkatan Cikgu Yusline Yunos.
Usaha ini dilakukan bagi membantu pelajar supaya mementingkan kehadiran ke sekolah dan memandang dari aspek positif bahawa masalah sosio ekonomi bukan sebagai penghalang dalam meneruskan persekolahan, akan tetapi menjadi perangsang untuk melepaskan diri dari belenggu kemiskinan. Pada masa yang sama PK HEM mengingatkan supaya pelajar pertanggungjawab terhadap peluang yang diberikan di Maktab Sabah.
Saturday, September 17, 2011
Tarikh : 17 September 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah
Mata Pelajaran - PMR (BM, BI, M3, Sej & Sains)
Mata Pelajaran - SPM (BM, BI, SJ, M3, Fz)

Pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut diminta untuk datang lebih awal ke tempat seminar bagi mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran dan bagi melancarkan pelaksanaan program tersebut.
Tarikh : 17 September 2011 (Sabtu - PMR)
Tarikh : 18 September 2011 (Ahad - SPM)
Tempat : Auditorium Tun Mustapha, Kota Kinabalu
Masa : 7.00 pg hingga 5.00 petang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Pelajar-pelajar yang menyertai program tersebut, diminta untuk hadir lebih awal ke tempat seminar serta membawa peralatan tulis. Pada masa yang sama, penampilan diri hendaklah di ambil kira bagi menjaga imej sekolah. Adalah harapan cikgu, agar ilmu yang diperolehi dapat disebar luaskan kepada sahabat-sahabat nanti, bila berjumpa di sekolah.
Thursday, September 15, 2011
Tarikh : 15 September 2011
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SPK
Pengerusi : En. Awang Haji Madsaid
Sasaran :
Guru-Guru Kaunseling Daerah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran & Penampang.

Seramai 17 orang GBK telah menghadiri mesyuarat ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan skema pemarkahan karnival merekayasa dan seterusnya persiapan dalam mengadakan Seminar MGK(N) pada bulan Oktober.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414