Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, September 29, 2020






Proses pembelajaran tidak lengkap jika pelajar tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar mempertingkat teknik mengingat iaitu;

A. Hafal isi yang dibaca.

- menghafal isi pelajaran adalah salah satu teknik ingatan yang berkesan. Pelajar perlu membaca kemudian mengingat apa yang dibaca melalui hafalan. Hafalan menjadi lebih berkesan jika;

i. pelajar menyebut isi yang dihafal

ii.sebutkan apa yang dihafal dengan suara yang kuat.Praktikkan Penggunaan Sistem Irama

B. Tentukan perkara yang diingat.

- sebelum membaca buku, tentukan beberapa perkara yang terdapat di dalam buku yang pelajar perlu ingat. Sekiranya pelajar membaca buku mengenai 'pelangi'. Tanamkan dalam fikiran, pelajar perlu mengetahui maksud pelangi, pembentukan pelangi, warna-warna pelangi dan sebagainya. jika perkra tersebut telah pelajar catitkan dalam fikiran, pelajar lebih mudah mengingatinya.

C. Isi disusun dengan betul.

- penusunan isi juga meningkatkan proses ingatan pelajar. Susun isi mengikut keutamaan. Contohnya, pelajar ingin mengingat cara menulis surat kiriman rasmi seperti;

i. nama dan alamat penulis

ii. nama dan alamat penerima

iii.garisan

iv. kata-kata menghadap surat

v. Isi 1 - 5

vi.Ucapan terima kasih

vii.tandatangan.

Jika susunan tersebut diterbalikkan pelajar susah menghafalnya. Pelajar perlu menyusun dengan betul terutama apabila menghafal susunan yang telah tentu turutannya  seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

D. Uji kemampuan daya ingatan.

- membaca terlalu banyak fakta dalam sesuatu masa tidak berguna jika pelajar tidak dapat mengingat fakta tersebut. Oleh itu, selepas membaca atau mengulangkaji, pelajar perlu menguji kemampuan pelajar mengingat apa yang telah pelajar baca. Disini pelajar boleh menggunakan teknik 1 husband 6 wives iaitu;

1 husband = how

6 wives = what, who, when, where, which, why

Proses menggunakan teknik ini, memerlukan pelajar memainkan dua watak iaitu penyoal (pelajar harus menyoal beberapa perkara yang telah pelajar baca) dan penjawab ( setelah menyoal pelajar perlu menjawab apa yang telah pelajar baca). Jika pelajar dapat menjawab bermakna proses ingatan telah berlaku.

E. Lakukan ulang kaji sekerap mungkin.

- Untuk berjaya setiap pelajar harus mengulangkaji pelajaran. Ulang kaji hendaklah dilakukan sekerpa mungkin supaya maklumat dapat pelajar ingat untuk tempoh yang panjang. Ulangkaji yang dilakukan hanya sekali tidak dapat memberi manfaat kepada pelajar. Pelajar tidak dapat mengingat dengan sekali pembacaan sahaja. Oleh itu, ulang kajilah pelajaran darpada awal pembelajaran lagi, jangan menunggu hingga tarikh peperiksaan hampir menjelang tiba.

F. Cuba ingat semula apa yang telah pelajar baca.

- Selepas mengulangkaji cuba ingat semula apa yang telah pelajar baca. Dalam hal ini proses mengingat dan mengulangkaji tidak dilakukan secara berterusan sebaliknya lakukan proses mengingat semula selepas beberapa jam pelajar membuat ulangkaji. Proses mengingat semula kebiasaannya dilakukan dalam dua tempoh iaitu sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Sebelum tidur cuba ingat apa yang telah pelajar baca sewaktu membuat ulangkaji, begitu juga selepas bangun tidur. Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan pelajar dalam jangka panjang.

G. Menggunakan kaeadh akrostik.

- akrostik merupakan satu perkataan atau rangkap yang memuatkan huruf-huruf pertama yang boleh membentuk semula perkataan atau frasa asal. Ambil huruf awal sesuatu fakta dan berdasarkan huruf berkenaan buat satu cerita yang mudah diingat. Contoh warna spektrum.

Warna spektrum                                Cerita pertama                    Cerita kedua

Merah                                                Mat                                            Mamak

Jingga                                                Jambul                                    Jual

Kuning                                                Kata                                        kacang

Hijau                                                    harta                                       hantu

Biru                                                       bungkus                                    balik

Indigo                                                    itu                                           india

Ungu                                                    unik                                        utara

pelajar akan lebih mengingat sesuatu fakta sekiranya pelajar dapat mencipta kaedah arkostik dengan menggunakan cara pelajar sendiri.

H. Menggunakan kaedah bunyi seakan.

- Kaedah bunyi seakan menggunakan fakta gantian untuk mereka cerita. Ambil huruf awal sesuatu fakta dan berdasarkan huruf berkenaan buat satu cerita yang mudah diingati. Bunyinya seakan-akan bunyi sebutan yang ingin diingati.

Contoh 1.

Planet                        Kaedah Bunyi Seakan

Utarid                        You Tarik

Zuhrah                        Zuhrah

Bumi                            ke Bumi

Marikh                        daripada Marikh

Musytari                    ketika Mus Menari

Zuhal                         dengan Zuhal yang

Uranus                          diura-urakan dengan Yunus

Neptun                        yang pakai Napkin

Pluto                            jenama Pluto

Contoh 2.

Kelas Makanan            Kaedah Bunyi Seakan.

Lemak                           Mak

Vitamin                        Amin

Pelawas                        Bila minum air

Garam Mineral            Mineral

Protein                        Dalam Tin

Karbohidrat                Karat


I. Menggunakan Teknik Pembahagian Nombor.

- Pelajar tentu sukar untuk mengingati nombor yang panjang. Oleh itu, kaedah termudah untuk mengingat nombor yang panjnag ialah melalui teknik pembahagian nombor. Bahagikan nombor tersebut kepada beberapa bahagian. Contoh; Nombor Asal 654320789

J. Praktikkan penggunaan sistem irama.

K. Praktikkan penggunaan sistem gambar.

L. Menggunakan kaedah akronim


 1. Tentukan MATLAMAT belajar kamu.

2. Belajar mengikut JADUAL WAKTU  yang telah disediakan.

3. Berusaha MENYINTAI pelajaran.

4. Sentiasa berfikiran TENANG, GEMBIRA dan CERIA.

5. Hindari MASALAH.

6. MENJAUHI yang tidak berfaedah

7. Setiap yang kamu baca mesti INGAT.

8. Belajar dalam keadaan SEGAR.

9. Memohon PETUNJUK dari TUHAN

10.Jika berjaya ucap TAHNIAH pada diri sendiri.








Wednesday, September 16, 2020

Pada 10 September 2020, pihak nazir di Putrajaya iaitu Puan Rabiah Sabri dan nazir dari Sabah diwakili oleh Puan Naomi telah datang ke Maktab Sabah Kota Kinabalu. Kedatangan dua orang pegawai ini, sempat beramah mesra dengan Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C.
Sepanjang keberadaan pegawai nazir ini disekolah ia merupakan sesuatu yang berharga, kerana dapat memberikan peluang agar lebih berkeyakinan dan dapat mengambil sesuatu perkara untuk dipertingkatkan dan ditambah baik pada masa akan datang. Alhamdulillah, seandainya persembahan memberikan rasa kecintaan, inshaallah, ia akan menjadi milik juga. Usaha, Doa dan Tawakal.












































































 

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414