Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Tuesday, October 18, 2022

 

Kecemerlangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, merupakan hasrat besar sekolah, murid dan ibu bapa itu sendiri. Melihat kepada perkara tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah, diberi kepercayaan untuk mengelolakan Perkampungan Jauhari MERCU JAYA ‘Kecemerlangan Akademik SPM 2022’ yang memfokuskan kepada mata pelajaran teras bagi membolehkan murid-murid dapat melonjakkan Gred Purata Sekolah berbanding dengan pencapaian SPM tahun 2021. Usaha seumpama ini, memerlukan komitmen semua pihak iaitu murid, ibu bapa dan guru. Adalah diharapkan dengan pelaksanaan perkampungan jauhari, semua calon SPM 2022 dapat memotivasikan diri mereka dan meletakkan sasaran sebenar mereka dalam peperiksaan tersebut.

Antara objektif program yang ingin dicapai adalah seperti berikut;

2.1. Memastikan masa cuti persekolahan murid di isi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

2.2.     Membolehkan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.

2.3.     Meningkatkan semangat motivasi belajar murid supaya lebih berdaya saing.

2.4.     Mengukuhkan pemahaman murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajar pada hari tersebut.

Semoga pelaksanaan program ini memberikan manfaat kepada anak-anak murid yang

bakal menduduki peperiksaan SPM. Selain itu, diharapkan program ini mampu meningkatkan

pencapaian gred purata sekolah berdasarkanpersembahan calon dalam peperiksaan tersebut.





Wednesday, October 12, 2022

 Masa yang kita ada dalam kehidupan ini ialah 'HARI INI'. Ukuran pada ketenangan fikiran dan ukuran pada keberkesanan personaliti kita akan datang ialah berapa kuat dan berapa sihatnya kehidupan kita hari ini. Dengan mengambil kira apa yang telah berlaku semalam dan apa yang akan berlaku akan datang, kehidupan sebenar adalah hari ini. Maka kunci kejayaan dan kegembiraan ialah aktiviti yang berfokuskan hari ini, saat ini dan ketika ini.

Menikmati kehidupan hari ini bermakna kita gembira dengan apa yang kita lakukan untuk keperluan kita dengan rela hati, bukan dipaksakan. Misalnya, jika kita perlu melakukan kerja mengecat, kita mesti gembira dengan setiap sapuan yang kita buat dan menikmati dengan penuh semangat apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Hidup ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kepekaan kita hingga dapat menjadikan hari ini sebagai saat yang amat menggembirakan dan paling mendorong sehingga kita dapat membuat pilihan yang terbaik, kerana pilihan kita berubah dari masa ke semasa.

Jika kita merasa hidup pada masa ini bermakna kita akan memikirkan masa ini bermakna, kita akan memikirkan kebimbangan hari esok dan jika ini terjadi anda akan berada dalam keadaan tidak aktif. Jika anda mula aktif dan melakukan sesuatu kebimbangan tindakan akan terhapus  dan akan lebih bersedia menghadapi kemungkinan rugi atau untung. Adalah paling penting kita menyedari bahawa kita tidak dapat menggantikan sesuatu tanpa sesuatu. Jika kebimbangan mengganggu pemikiran kita, seperti bimbang kepada kereta rosak, kehilangan pekerjaan, ditinggalkan kekasih, keadaan ini menjadikan kita amat sukar untuk mententeramkan perasaan.

Tetapi cara yang terbaik ialah cuba melakukan sesuatu, terlibat dalam aktiviti berfaedah, pendek kata buatlah sesuatu dan apa sahaja. Contohnya, cuba hubungi rakan-rakan lama, cari rakan-rakan baru, pergi ke pusat sukan, ke taman-taman, ke kebun dan lain-lain aktiviti yang anda minati.

Masa tidak boleh dilihat tetapi dalam bentuk abstrak, dalam fikiran setiap orang termasuk anda. Saat ini adalah masa kita yang ada. Oleh itu buatlah sesuatu pada ketika ini juga. Jangan cuba ditangguhkan kerana kehidupan adalah masa sekarang.

 





 Untuk menjadi pelajar cemerlang, persediaan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi belum lagi mencukupi. Pelajar perlu memperkuatkan benteng pertahanan dalamannya iaitu meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan yang berteraskan agama. Tanpa pegangan agama, hidup pelajar ibarat kapal yang tidak berkemudi. Pelajar kini banyak terdedah kkepada berbagai godaan dan dugaan. Hanya dengan kekuatan agamalah setiap pelajar dapat mengawal hidup mereka dengan sempurna.

Firman Allah SWT yang bermaksud 'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan ingat nama Tuhan lalu dia sembahyang, tetapi orang-orang kafir memilih kehidupan duniawi, sedangkan diakhirat adalah lebih baik dan kekal'.

Kemajuan dan pembangunan negara kita yang pesat telah menyebabkan para pelajar terdedah dengan berbagai kemudahan yang canggih dan moden. Internet sebagai contohnya jika disalahgunakan akan mengancam kestabilan rohani para pelajar.

Di dalam zaman globalisasi atau dunia tanpa sempadan ini kemajuan yang dicapai perlu diseimbang dengan kekuatan rohaniah yang stabil. Kemajuan dan perkembangan sosial yang semakin mencabar, jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan para pelajar terjerumus ke lembah yang kurang sihat. Pelajar yang inginkan kecemerlangan perlu mengelakkan amalan-amalan negatif berikut;

1. Mengamalkan hidup glamour yang lebih menekankan aspek kehidupan duniawi daripada kehidupan ukhrawi seperti mengamalkan budaya rock atau mengunjungi pusat-pusat hiburan.

2. Mengamalkan hidup yang tidak mementingkan masa seperti melepak.

3. Mengamalkan budaya berpeleseran yang membawa hubungan seks bebas seperti bohsia, bohjan dan lain-lain lagi.

4. Mendedahkan diri kepada bahan bacaan serta tontonan yang bercorak lucah.

5. Menghisap rokok, menagih dadah dan minum minuman keras 

6. Menelan pil-pil khayal seperti ectacy.

Justeru kerana itu pelajar perlu mengelakkan diri daripada terperangkap dengan amalan-amalan yang tidak bermoral ini dengan menyiapkan diri dengan keimanan dan jiwa yang teguh. Tidak ada gunanya pelajar hanya cemerlang dari segi akademik tetapi jiwa pelajar kosong tanpa nilai-nilai agama dan pengisian rohani yang bersih dan sihat. Pelajar wajib menunaikan segala suruhan dan meninggalkan larangan agama. Tidak ada gunanya pelajar mendabik dada mengatakan pelajar telah berjaya dalam hidup tetapi rohani pelajar kering kontang dan lemah.






Thursday, October 6, 2022

 Terdapat kaitan yang rapat antara kejayaan dalam kerjaya dengan kemahiran memberikan ucapan yang berkesan. Pemimpin yang mempunyai kemahiran berucap di khalayk ramai dianggap sebagai berkarisma dan mempunyai ketokohan. Conger dan Kanungo di dalam Charismatic Leadership In Organisation menyebut hasil kajian dimana kemahiran berycap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma.

Peter Druker menulis ' apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan ketrampilan saudara banyak bergantung pada kebolehan saudara menyampaikan ucapan dan idea'. Kemahiran berucap merangkumi jenis ucapan politik, persembahan berkenaan cadangan perniagaan, perbincangan kumpulan kecil dan lain-lain. Pemimpin politik menggunakan ucapan umum sebagai cara memenangi sokongan. Para ilmuwan menyampaikan kertas kerja di semniar. Eksekutif membuat persembahan produk syarikat kepada pelanggan berpotensi. Pendakwah memberikan kuliah dimasjid. Banyak kerja yang memerlukan kemahiran berucap.



Sindrom Takut Berucap.

Kajian di Amerika mendapati ada dua perkara yang mereka takuti iaitu mati dan berucap di atas pentas. Takut berucap adalah sama seperti takut berenang. Tiada ubat yang dijual di farmasi khas untuk orang yang takut berucap ataupun takut berenang. Orang yang takut berenang hanya mampu dan berani berenang dengan mencampakkan mereka ke dalam kolam renang. Jadi, pastinya saudara tahu apa yang perlu saudara lakukan jika ingin menghilangkan sindrom takut berucap.

Sindrom takut berucap sebenarnya bukanlah penyakit. Semua orang yang berucap menggeletar, tangan berpeluh dan degupan jantung semakin laju. Ia juga adalah lumrah manusia. Jika seseorang tidak mengalami semua itu, saya cadangkan mereka pergi mendapatkan nasihat doktor pakar. Walaupun seseorang itu kerap berucap, mereka masih lagi menggeletar semasa naik ke pentas dan memulakan ucapan. Tun Dr Mahathir juga mengalami perkara yang sama. namun, beliau mampu mengawal keadaan dengan baik tanpa disedari oleh hadirin.

Kita selalu terpengaruh dengan cara ucapan tokoh tertenyu. Ini menyebaban saudara ingin meniru cara mereka bercakap. Namun, apabila saudara tidak mencapai tahap itu atas faktor pendedahan dan pengalaman, saudara menjadi takut berucap. Sebagai individu yang masih dalam proses membina ketokohan dan karisma, jangkaan orang lain kepada ucapan saudara tidaklah setinggi ucapan yang diberikan oleh menteri-menteri. Ia adalah proses dan saudara dapat dapat memperbaikinya daripada semasa ke semasa. Ia lebih baik diperbaiki sekarang daripada terkial-kial mempelajari teknik berucap ketika saudara sudah menerajui kepimpinan. Sudah tentu karisma saudara akan turun dengan cara pengucapan umum saudarar yang membuatkan hadirin sempat bermimpi.

Dalam latihan membina karisma, peserta diminta berucap secara spontan menggunaka maklumat yang mereka ada. Kebanyakkan peserta mempersembahkan gaya berucap yang baik dan menarik. Apabila peserta lain memberitahu yang ucapannya itu baik, kebanyakkan mereka berkata , 'saya pun tidak sangka saya boleh bercakap dengan baik'. Ia bermaksud, sebelum ini mereka tidak berlaku adil kepada potensi diri mereka yang terpendam sehinggalah orang lain yang memberi tahu yang dia memiliki kemahiran berucap yang baik.




Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414