Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, March 3, 2024

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks makanan ruji kita itu nasi, apabila diberi nasi maka hilanglah rasa lapar itu. Kedua-dua sifat iaitu lapar dan dahaga menunjukkan bahawa seseorang itu memerlukan air dan makanan. Apabila berasa dahaga, diberinya air, apabila ia lapar, diberinya nasi.

Maksud pepatah ini; seseorang yang memperoleh apa yang dihajatinya.

Ilmu dapat memberikan banyak perkara yang kita hajati. Kita harus menerima hakikat bahawa sesetengah daripada kemewahan atau kesenangan disumbangkan oleh ilmu yang kita miliki. Apakah yang manusia mahukan di dunia ini? Manusia mahukan kemewahan, manusia mahukan kesenangan, manusia mahukan kawan-kawan, manusia mahukan harta benda dan lain-lain.

Apa  sahaja yang diingini manusia itu kebanyakannya boleh diperoleh apabila seseorang itu mempunyai wang. Namun, bagi memperoleh wang, mereka harus mempunyai ilmu. Hanya ilmulah sahaja 'lesen' bagi mendapatkan sesuatu di dunia ini. Dengan ilmu, kita dapat mencorak keinginan kita menjadi suatu realiti.

Ilmu dapat menjamin masa depan seseorang itu. Ilmu yang baik dapat memberi pulangan yang baik, dan begitulah sebaliknya.

Berkaitan peribahasa ini, Rasulullah SAW, bersabda, maksudnya'Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, maka hendaklah ia berilmu, dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka hendaklah ia berilmu.

Apa yang dapat kita fahami ialah ilmu menjamin kebahagiaan kita di dunia mahupun di akhirat. seseorang akan mendapat apa yang diimpikannya di dunia sekiranya dia mempunyai ilmu. Pekerjaan yang baik, kemuliaan disisi manusia lain, keluarga dan kehidupan yang mulia dan segala macam keiningnan dan kehendak manusia yang pelbagai.

Seseorang yang inginkan kehidupan yang baik di akhirat tempat tinggal yang abadi perlu juga berilmu. Pengetahuan tentang aqidah, ibadah dan akhlak perlulah seiring untuk ditimba sebagai bekal menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah SWT. Banyak para ilmuan dan cendekiawan Islam terdahulu yang dapat diteladani dan dijadikan  contoh. Melalui pengalaman hidup mereka , kejayaan demi kejayaan yang mereka peroleh hasil usaha dalam menuntut ilmu bermula dari awal lagi. Ternyata mereka lahir sebagai ilmuwan dan orang yang berjaya dan pencetus kepada kebangkitan dalam pelbagai bidang ilmu.

Ilmu merupakan aset yang paling penting buat manusia untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Di dunia, dengan ilmu kita memperoleh kejayaan,  dengan kejayaan kita memperoleh wang, dengan wang kita boleh memiliki apa-apa sahaja yang kita mahukan. Manakala bagi pengamal ilmu tentang agama Islam yang menguatkan lagi iman mereka akan menjadi penyelamat ketika di akhirat kelak.


0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414