Friday, February 2, 2024

Elemen-Elemen Penonjolan Diri.

 Mempunyai keistemewaan tersendiri.

  • Menyemai diri agar menjadi seorang yang memiliki keistemewaan tersendiri. Contoh;-
- Mewujudkan persepsi daripada orang lain bahawa diri kita ialah orang yang berkebolehan.
- Memberi tanggapan kepada orang lain bahawa diri kita ialah pilihan yang terbaik dalam pergaulan.

Segalanya bermula dengan menarik perhatian daripada orang lain, iaitu keistemewaan yang memenuhi keperluan orang lain.

  1. Keunikan ----- disukai ramai orang ------ menimbulkan minat
  2. Kelemahan-----tidak disukai ramai orang-----menimbulkan kebencian.
Ingat;
  • Sikap ikhlas adalah suatu keunikan
  • Sikap berpura-pura akan melenyapkan ketulusan



Garis Panduan Menonjolkan Diri.

  1. Melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang isi kandungan perbincangan dan pihak yang terlibat dalam interaksi. Ketika perbincangan diingatkan bahawa pengumpulan maklumat yang lengkap dan bersemangat membolehkan pihak yang terlibat mempunyai tanggapan yang baik dan berkeyakinan terhadap kita.
  2. Melengkapkan diri agar menjadi orang yang berguna. 'Berguna' merujuk kepada persepsi orang lain terhadap kita bahawa diri kita membawa manfaat kepada orang lain dan bukannya semata-mata daripada tanggapan diri sendiri, serta berkeupayaan membentuk diri menjadi seorang penyelesai masalah.
  3. Penonjolan diri yang baik perlulah mengambil kira kesesuaian keadaan, iaitu bertindak balas mengikut perubahan persekitaran contohnya masa, tempat dan budaya. Selain itu mempertimbangkan situasi dan meninggalkan imej yang baik dengan membuat penilaian kekuatan dan kelebihan diri.




No comments: