Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, May 9, 2024


Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanpa kawalan. Ia menyebabkan anak remaja sentiasa berisiko terdedah kepada bahan lucah dan pornografi. Impak pornografi terhadap anak remaja amat membimangkan kerana boleh menjerumuskan mereka kepada kegiatan sosial negatif yang membimbangkan seperti khalwat, zina dan hamil di luar nikah.

Pornografi.

Isu pornografi kian bertambah parah dengan kewujudan internet dan kehadiran media sosial di era globalisasi masa kini. Bahan pornogrfai atau berunusur lucah bukan sahaj mudah diperoleh malah kerap disuakan kepada melalui iklan atau pos di platform media sosial. Memperolehi bahan pornografi semudah satu klik atau menekan butan 'cari' di enjin carian. Golongan yang paling terdedah kepada bahaya pornografi semestinya adalah remaja. Golongan berdarah muda ini mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba yang tinggi.

Definisi Pornografi.

Pornografi adalah bahan lucah berbentuk tulisan, imej ataupun visual yang merangsang nafsu dan keiningan seksual. ia turut dikenali dengan nama porn, smut, dan sebagainya. Malangnya, pornografi telahpun dianggap sebagai norma dalam kalangan masyarakat kita kini yang kononnya berfikiran terbuka dan moden.

Kebanyakan individu yang menonton pornografi, baik lelaki mahupun wanita cenderung menggunakan alasan bahawa ia dapat mengembangkan pengetahuan dan fantasi sesksual seterusnya meningkatkan rangsangan dan nikmat ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka. Maka tidak hairanlah ada pasangan berkahwin yang menonton video lucah bersama-sama dirumah kononnya dengan niat untuk mempelajari kemahiran atau posisi seks yang pelbagai.



Statistik Pornografi.

Di Malaysia masih belum ada kajian berskala besar dilakukan mengenai permasalahan ketagihan pornografi dalam kalangan remaja di Malaysia, akan tetapi tidak mustahil tahap permasalahannya yang hampir sama. masalah pornografi adalah masalah global yang meracuni seluruh masyarakat dunia. Berikut adalah statistik berkaitan permasalahan pornografi yang dialami di Amerika Syarikat. (Sttistik menunjukkan kecenderungan pornografi di kalangan remaja dan belia.

32% - Remaja menonton porno

43% Remaja menonton porno secara mingguan

70% - Remaja lelaki yang menonton porno dalam talian sekurang-kurangnya sekali selama 30 minit secara terus menerus.

35% - remaja lelaki yang menonton porno dalam talian selama sekurang-kurangnya 30 minit secara terus menerus sebanyak 10 atau lebih kali.

13% - remaja lelaki menyatakan pilihan porno yang ditonton semakin ekstrem.

23% - Remaja dan belia lelaki berumur antara 16 - 20 tahun tidak dapat berhenti daripada menonton porno.

10% -Remaja perempuan menyatakan pilihan porno yang ditonton semakin ekstrem.

8% - remaja dan belia perempuan berumur antara 16 - 20 tahun tidak dapat berhenti daripada menonton porno.

Kesan pornografi kepada kesihatan.

Kesan ketagihan pornografi pada peringkat awal tidak kelihatan ketara. Tetapi semakin lama aktiviti ini dilakukan, semakin jelas kesan-kesannya.

Kesan kepada remaja..

1. Penurunan prestasi kerja dan kebolehan berfikir.

2. Manusia mampu bekerja, berfikir dan berfungsi dengan baik apabila setiap keperluan emosinya dipenuhi serta hormon dalam badannya terhasil secara seimbang. Manakala, seseorang yang ketagihan pornografi menerima rangsangan kegembiraan dan kepuasan yang berlebihan. hasilnya, mereka sering merasa kepenatan, banyak tidur, dan kurang produktif dalam kerja-kerja seharian.

3. Cenderung kepada masalah depresi.

4. Mereka yang ketagihan pornografi cenderung untuk bersikap anti sosial. mereka selalu menyendiri di dalam bilik atau ruang privasi yang membolehkan mereka melakukan aktiviti mereka tanpa dilihat oleh orang lain. Akhirnya, mereka menjadi kurang pandai bergaul dan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental terutamanya kemurungan (depression).

Kesan kepada orang dewasa.

1. Masalah hubungan kelamin.

Tidak dapat capai kepuasan hubungan kelamin suami isteri. Pornografi mempengaruhi tanggapan seseorang tentang aktiviti seksual. Tanggapan in mengurangkan kepuasan seksual seseorang apabila melakukan hubungan seks dengan pasangannya kerana aktiviti sebenar tidak memenuhi jangkaan ketika menggunakan atau menonton bahan lucah. Ini menghalang diri daripada menikmati seks yang normal.

2. Sukar beri komitmen dan cenderung untuk curang.

Apabila fantasi seksual menguasai diri dan sekiranya pasangannya tidak memenuhi fantasi itu, pasangan itu menjadi tidak berguna. Seseorang yang obses dengan pornografi menginginkan pasangan yang sempuran secara fizikal dan hebat di ranjang. Ini menyebabkan mereka cenderung menjalinkan hubungan seksual dengan orang lain atau beberapa orang lain bagi mencapai nikmat fantasinya.

3. Perkahwinan yang menyeksakan.

Perkahwinan mengimabngi kenikmatan hidup berpasangan dan tanggungjawab berkeluarga. Pornografi menyebabkan suami dan isteri tidak dapat mengecapi kepuasan seksual dan kebahagiaan berpasangan. Ini boleh menyebabkan institusi kekeluargaan itu menjadi rapuh dan akhirnya runtuh. In  boleh menimbulkan lebih banyak masalah.

4. Cenderung bersifat agresif dalam rumah tangga.

Kajian menunjukan bahawa pornografi yang mengandungi aksi sesksual aggresif boleh mempengaruhi sikap terhadap pasangan mahu pun anak-anak sama ada melalui percakapan atau perbuatan.

5. Hialngnya hormat kepada pasangan.

Lelaki memandang wanita tidak lebih daripada pemuas nafsunya. Wanita memandang lelaki sebagai insan yang tidak memberi faedah kepadanya, malah merasakan mereka boleh hidup tanpa pasangannya. lelaki dan wanita masing-masing gagal untuk menghargai peranan dan keistimewaan masing-masing yang ada posisi, tanggungjawab, dan keistemewaannya yang telah pun di gariskan dalam agama.

6. Kesan terhadap kesihatan fizikal.

Pornografi mendorong tabiat melancap yang boleh mengakibatkan kaum lelaki mati pucuk. Mereka lebih terangsang melalui visual seksual berbanding keintiman fizikal.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414