Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, November 5, 2020

Belajar boleh menjadi mudah dan boleh menjadi susah. Ia bergantung pada subjek atau perkara yang hendak dipelajari. Belajar membaca seni kata lagu lebih mudah daripada belajar menyanyi. Ini ada kaitan dengan dengan kecerdasan mental, emosi dan spiritual. Apa sahaja kecerdasan mempunyai kaitan dengan personalititi. Ini kerana setiap individu mempunyai jiwa. Setiap jiwa mempunyai tiga komponen sumber kuasa. Kuasa ini dikatakan kuasa personaliti 50%, kuasa pengetahuan 40% dan kuasa kemahiran 10%.

Bagi mencapai seseorang mencapai kecemerlangan jiwa, semua sumber kuasa itu perlu digerakkan dan dimanfaatkan sepenuhnya. Kuasa kemahiran walaupun hanya 10% ia tetap penting. terdapat pelbagai bentuk kemahiran terutama kemahiran perhubungan sosial bagi kehidupan.

Apa sahaja yang dicadangkan bergantng pada individu bagi menentukan dan memilih cara yang paling sesuai dengan kemampuannnya. Oleh itu, bagaimana hendak menjadikan belajar satu pengalaman yang menyeronokkan mudah dan bermakna? Maka peranan guru membantu murid mengenal pasti asas bagaimana memahami cara pendekatan dan kecenderungan teknik yang digunakan untuk belajar.

Pelbagai kajian berkaitan cara terbaik orang dewasa belajar sudah dijalankan. Mungkin salah satu daripada cara berikut sesuai dengan anak-anak murid.

  • bagaimana anda menerima maklumat dengan mudah. Adakah anda belajar dengan melihat, mendengar, bergerak ataupun menyentuh?
  • bagaimana anda mengurus dan memproses maklumat yang diterima. Adakah banyak menggunakan otak kiri ataupun otak kanan, analitikal atau global?
  • keadaan yang diperlukan bagi membantu anda menyimpan maklumat yang diperolehi bergantung pada faktor emosi, sosial, fizikal ataupun persekitaran
Ramai yang menekankan perbezaan cara belajar mengikut kecerdasan dan keupayaan berikut.
  • bercakap dan menuis dengan baik.
  • memberi sebab, mengira dan mengurus pemikiran logik.
  • mengecat, mewarna , mengambil gambar ataupun mengukir.
  • menggunakan tangan dan gerak badan.
  • mencipta lagu, menyanyi ataupun bermain alat muzik
  • menyelami perasaan dan jiwa
5 November 2020 19 Rabiulawal 1442H.




















Monday, November 2, 2020

Siapa Mentor Anda?

Apakah imej orang yang sesuai diberi gelaran mentor? Apakah imej yang paling sesuai yang perlu ada pada mentor anda? Mengapa anda fikir begitu? Pasti ada yang mengatakan mentor seperti lilin, mentol, lampu picit, rumah api, pelita minyak, pokok kelapa, pemandu dan tongkat. 

Aktiviti ini bertujuan mengwujudkan kesedaran dan peranan dan kedudukan mentor. Mentor adalah orang penting bagi seseorang untuk berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi. Mentor akan membantu orang yang baru dalam bidang yang diceburi bagi mengatasi cabaran dan rintangan yang dihadapi. Oleh itu, kita perlu sedar kualiti-kualiti yang penting dan peranan mentor perlu diperolehi supaya dapat menepati imej seorang mentor, Mungkinkah imej ini sesuai pada fikiran anda sebagai mentor?

Lampu Isyarat.

Seorang mentor menyerupai lampu isyarat daripada segi dia hanya memberi bimbingan apabila dia berfikir adalah perlu berbuat demikian (lampu hijau daripada mentee). Apabila mentor berpendapat tunjuk ajar berlebihan akan membantutkan perkembangan mentee ataupun apabila mentee membayangkan bimbingan yang diberi sudah mencukupi bagi melaksanakan tugas, campur tangan adalah seperti lampu kuning. Apabila lampu merah penuh menyala kerana mentee sudah dapat menguruskan sendiri ataupun mentor berpendapat dia tidak patut campur tangan lagi, maka si mentee perlu dibiarkan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah sendiri.

Bagaimana pendapat anda berkenaan analogi mentor sebagai lampu isyarat? Berikan hujah lain yang difikirkan sesuai.

Ada pula yang menerangkan peranan dan kedudukan mentor sebagai sangat penting daripada kaca mata institusi dan mentee. Mentor membantu mentee menempuh pelbagai cabaran dan halangan pada peringkat awal sebagai murid, pelajar dan pekerja baru. Kita perlu sedar kepentingan meletakkan kualiti serta peranan mentor yang perlu dimiliki bagi mencapai matlamat imej mentor yang efektif.

Pemain Layang-Layang.

Mentor sebagai pemain layang-layang yang memegang teraju, mengawal dan memantau gerak geri layang-layang. Mentor juga merancang proses membuat layang-layang daripada segi kesesuaian  dan keseimbangan. Mentor, seperti pemain layang-layang juga perlu tahu arah angin. Dia perlu pandai mengawal, menarik ataupun melepaskan tali. Pada masa yang sama, mentor seperti pemain layang-layang juga tahu cuaca ataupun persekitaran yang sesuai serta iklim yang membina keyakinan bagi kedua-dua pihak, mentor dan mentee. Cuba bayangkan sekiranya mentor sesuka hati merentap dan membiarkan tali layang-layang. Tentu musnah semua harapan.

Lampu Picit.

Ada pendapat lain mengatakan bahawa analogi mentor sebagai lampu picit. Rasionalnya, lampu picit perlukan tenaga yang cukup bagi menerangkan persekitaran. Ia memberi tenaga, semangat dan cahaya kepada orang dalam pencarian. Cahaya lampu ibarat penerang yang menyuluh laluan bagi memudahkan perjalanan proses belajar mentor.

Hujah yang diberikan sekiranya kurang bateri, ia perlu diganti atau pun ditambah. Begitu juga halnya dengan mentor, mereka perlu cukup tenaga, bermotivasi dan bersemangat. Sekiranya sudah lemah dan kurang semangat mereka perlu diberikan suntikan minda dan dibersihkan jiwa semoga kembali cergas dan prihatin pada keperluan memberi semangat kepada orang lain. Lampu picit juga berfungsi sekiranya ia diberikan peluang dan kepercayaan bagi berkhidmat. Begitu juga peranan mentor yang diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan dan majikan bagi membimbing pelajar ataupun pekerja baru. Bagi mengekalkan motivasi mentor, pihak pengurusan perlu peka bagi memberikan peluang mentor mengikuti kursus-kursus peningkatan profesional yang bersesuaian.

Minyak Wangi.

Keharuman minyak wangi disenangi. Semakin wangi harumannya, semakin mahal harganya. Ia menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang mementingkan persekitaran yang nyaman dan harmoni.

Mentor ibarat minyak wangi yang berjenama., ia semakin dikenali identitinya kerana keunikan harumannya. mentor pula dikenali kerana sikapnya yang menyenangkan orang lain dalam berkomunikasi. Mentor yang mengharumkan nama baik profesion ini juga seperti minyak wangi berjenama. Walaupun tidak nampak dipandang tetapi aromanya sebagai analogi perlambangan memberi persekitaran belajar dan bekerja yang kondusif.

Mentee akan mencari mentor ibarat mencari siapa yang mengunakan minyak wangi yang menyenangkan itu. Di harap kewangian mentor adalah kerana ramuannya yang benar-benar tulen, jujur dan ikhlas yang mampu mengekalkan identiti peranannya yang sebenar. Keharuman minyak wangi diharap mampu memberi kesan tetapi yang memilih dan menyegarkan tenaga dan jiwa raga,

2 November 2020 16 Rabiulawal 1442H






















Sunday, November 1, 2020

Selain daripada soalan berbentuk objektif, terdapat juga kertas peperiksaan yang mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan pendek. Jawapan yang diperlukan adalah memadai dengan dua atau tiga patah perkataan sahaja. Pelajar perlu mempunyai satu teknik, semasa menjawab soalan yang memerlukan jawapan pendek.

1. Baca soalan dengan teliti. 

- Setelah mendapat kertas soalan, baca dan telitikan setiap soalan. Walaupun jawapan yang diperlukan pendek dan hanya mempunyai dua atau tiga patah perkataan sahaja, namun jawapan yang dikehendaki adalah tepat. Tidak seperti jawapan panjang yang berkemungkinan akan mendapat markah jika jawapan yang diberikan hampir menepati, soalan jawapan pendek hanya mempunyai satu jawapan yang tepat. Bagi soalan yang mempunyai kaitan antara satu sama lain pula baca sepintas lalu keseluruhan kertas soalan yang diberi. Jangan menjawab soalan pertama dahulu. Hal ini bagi memastikan pelajar tahu dan faham isi serta jawapan yang dikehendaki.

2. Fahamkan kehendak soalan.
- Kehendak setiap soalan perlu dipatuhi dan jangan sekali-kali mengagak-agak kehendak soalan berkenaan. Pastikan pelajar benar-benar yakin akan kehendak setiap soalan dan jika pelajar masih kabur, ikutlah langkah-langkah dibawah;
i. baca soalan berulang kali hingga pelajar benar-benar faham.
ii.sekiranya masih lagi kabur, gariskan kata kunci bagi soalan-soalan berkenaan.
iii.sekiranya masih samar-samar lagi pemahaman pelajar it, olahkan sendiri soalan yang diberi itu.

3, Jangan meneka jawapan,
- Sebagai pelajar, adalah tidak digalakkan untuk meneka atau menembak sesuatu jawapan untuk satu-satu soalan. Dalam peperiksaan, satu markah pun boleh membezakan gred yang bakal pelajar perolehi. Jadi jawab setiap soalan dengan teliti dan berhati-hati agar tiada satu pun markah tercicir.

4. Setelah faham, mula menjawab soalan.
- Sewaktu mula menjawab, pastikan pelajar telah membuat perancangan terlebih dahulu. Pastikan isi-isi yang diberi adalah betul dan menepati kehendak soalan. Semasa menulis, pastikan tulisan pelajar kemas, mudah dibaca dan jawapan soalan adalah padat dan lengkap.

5. Berikan jawapan tepat
- Berikan jawapan yang betul-betul tepat dan sejajar dengan kehendak soalan. Jangan membuat soalan secara hentam kromos sahaja. Segala gred adalah bergantung kepada cara pelajar menjawab soalan. Pastikan yang pelajar  sememangnya benar-benar yakin akan kehendak soalan berkenaan. Sekiranya masih kabur, maka langkah-langkah berikut hendaklah diambil;
i. baca soalan berkenaan berulang kali sehingga pelajar dapat memahaminya.
ii. sekiranya masih tidak faham, cari klu soalan berkenaan.
iii. langkah tambahan yang perlu diambil sekiranya masih belum jelas sepenuhnya soalan berkenaan ialah dengan mengolah semual soalan tersebut.
Lazimnya setelah ketiga-tiga langkah diambil, soalan berkenaan sepatutnya boleh difahami. Sekiranya masih tidak memahaminya, eloklah pelajar beralih ke soalan lain dan kembali semula ke soalan tersebut selepas itu.

6. Jawapan ringkas dan padat,
- Jawapan yang diberi tidak perlu panjang lebar. memadai hanya dengan menggunakan ayat yang ringkas dan padat. Perlu diingat yang pelajar menjawab soalan-soalan pendek bukannya soalan berbentuk karangan. Elakkan memberi jawapan yang meleret-leret dan terlalu panjang.








Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414