Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Saturday, October 5, 2013
Kelab Staf Maktab Sabah telah mengadakan Majlis Makan Malam pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 7:00 malam
Tempat : Orkid Room, 1st Floor Hotel Promenade
Tema : Retro Nite
Sasaran : Semua Guru dan Anggota Pelaksana Sokongan.

Seramai 90 orang pegawai telah menghadiri majlis tersebut. Antara pengisian majlis ialah;

  • Tayangan multimedia yang memaparkan aktiviti kelab staf sepanjang tahun 2013.
  • Meraikan rakan yang berpindah iaitu Puan Hajah Saripah Hj. Ghul Hassan ke PPDKK dan Puan Najayati Merali (APS) ke Selangor.
  • Persembahan nyanyian yang menggabungkan guru dan anggota pelaksana sokongan
  • Cabutan bertuah yang berupa peralatan elektrik dan elektronik, tupperware, barangan kemas dll.
  • Pemilihan king dan queen retro nite 2013
Antara tetamu yang turut hadir ialah YDP PIBG Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan NYDP PIBG Tuan Hj. Kamaruddan Abdullah. Mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pada malam itu. Pengerusi Kelab Staf 2013 iaitu En. Musli Bin Andalan telah menyampaikan ucapan dalam bentuk pantun yang berbunyi;

Kain bukan sebarang kain
Kain bernama sutera campa
Tadi lain sekarang lain
Masing-masing berubah rupa

Melihat bintang melihat bulan
Begitu berseri di waktu ini
Selamat semua rakan taulan
Moga gembira di malam ini

Pokok selasih dibubuh baja
Sayang pokoknya tidak berbuah
Terima kasih kepada penaja
Atas sumbangan segala hadiah

Pisau lipat telah tumpul
Telah disimpan bertahun-tahun
Tadi berkumpul sekarang pun berkumpul
Dalam jamuan di akhir tahun

Besar harapan kami berbicara
Besar hati dalam dada
Harap hidangan memenuhi selera
Harap acara memuaskan jiwa

Buah pala mari dipilih
Bersama dengan buah kuini
Siapa pula bakal terpilih
Raja dan ratu malam ini

Dalam majlis itu Ust. Muhammad Fazli hj. Madiah telah menerima seutas rantai tangan dalam cabutan grand bonanza manakala Datin Rosiah Liman sebuah mesin basuh dan Puan Samsiah Almalek sebuah kamera. King dan Queen Retro Nite 2013 jatuh kepada En. Mat Julih Talip dan Cik Surilla Stimol. Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG dan juga Puan Hajah Nuinda Hj. Alias Pengetua Cemerlang yang diiringi bersama oleh Pengerusi Kelab Staf dan Pengarah Projek Makan Malam Datin Hajah Norain Hj. Zakaria.
Friday, October 4, 2013
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program Majlis Restu Guru dan Penyerahan Ilmu pada ketetapan seperti berikut;
Tarikh : 1 Oktober 2013
Hari    : Selasa
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Semua Calon PMR 2013.

Dalam majlis itu, YDP PIBG Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor telah menyampaikan sumbangan berupa kismis kepada semua calon PMR. Manakala bagi sekolah berupa pen, pensil dan getah pemadam telah dibekalkan kepada semua pelajar yang disampaikan oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah. Turut hadir dalam majlis itu Puan Samsiah Almalek (PKP), Puan Zunaida Zakaria (PK HEM), Guru-Guru Tingkatan dan guru-guru mata pelajaran. Antara pengisian lain majlis ialah bacaan doa, penyerahan slip peperiksaan, taklimat peraturan peperiksaan yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Norhanifah Jaraie (Setiausaha Peperiksaan) dan sentuhan jiwa iaitu bersalam-salaman.

Dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan, Semoga Lulus Dengan Cemerlang. Usaha, Doa dan Tawakal.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414