Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Saturday, June 27, 2020









Tarikh : 25 Jun 2020
Hari : Khamis
Lokasi : Pasir Putih, Putatan.

Tujuan program adalah untuk menjejak pelajar yang tidak menghadirkan ke sekolah dan tidak menyertai pembelajaran online. Persekolahan cuti sejak 18 Mac 2020 hingga 24 Jun 2020, ekoran Pandemik Covid :19. Hasil dari lawatan bersama dengan guru kelas Puan Juelen Gaim dan Puan Dewi Masayu Sugindi, guru mata pelajaran Pengajian Am serta Kaunselor Pelatih Puan Norliani Mahadi berjaya juga mengenalpasti isu dan punca kenapa pelajar tidak dapat menyertai pdpc online dan mengapa ia tidak ke sekolah. Semoga usaha ini, diharapkan dapat membantu pelajar untuk berkeupayaan membuat keputusan demi kesejahteraan hidupnya sendiri. Sekolah adalah tempat melahirkan mereka yang cemerlang ilmu, sahsiah dan bakal kepimpinan negara.
Monday, June 22, 2020
Tarikh : 22 Jun 2020
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Perdana, Maktab Sabah
Masa:8.00 pagi.
Sebelum taklimat diberi oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Muhammad Fazli Hj.Madiah, KB Kemanusiaan. Seterusnya taklimat penataran sekolah kepada guru-guru yang mengajar Tingkatan 5. Selepas sahaja selesai taklimat yang sama diberikan kepada guru-guru yang mengajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Program ini dibuat berperingkat peringkat bagi memutuskan rantaian penularan covid 19 dan menjadikan amalan biasa dalam norma baharu  iaitu penjarakan sosial dan kerap cuci tangan dengan sabun atau sanitizer serta memakai pelitup muka.





























Sunday, June 21, 2020


  1. Pada 15 Mei 2020, Mesyuarat Majlis Perancangan Sekolah diadakan.  Mesyuarat yang dilaksanakan secara online ini kerana negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekoran Pandemik Covid:19. Mesyuarat online ini diadakan bagi memastikan ahli G20 memutuskan beberapa isu untuk dibawa ke mesyuarat guru pula yang akan dibuat juga secara online. Ini adalah norma baharu dalam  dunia pekerjaan guru yang terpaksa berdepan isu dalam pdpc online.























































Pada 17 Jun 2020, Unit Bimbingan Kaunseling telah menyusun atur perhimpunan online untuk pelajar -pelajar Tingkatan 5 Kerjasama, 5 Tertib dan 5 Bahagia. Tujuan utama perhimpunan online adalah untuk memaklumkan kepada murid tentang SOP saranan KKM, MKN dan KPM  pergerakan murid apabila sekolah mula dibuka pada 24 Jun 2020, ekoran pandemik covid 19.  Beberapa persoalan yang dikemukakan oleh pelajar telah dijawab dan diberi pencerahan yang jelas oleh Pengetua Maktab Sabah iaitu Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias. Adalah diharapkan penjelasan awal ini akan melancarkan pdpc pada hari pertama persekolahan dibuka selepas arahan PKP/PKPB dan PKPP.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414