Saturday, June 20, 2020

Pasca Persekolahan Perhimpunan Online (PKPP)

Tarikh : 19 Jun 2020 
Hari : Jumaat 
Masa: 2.30 Petang
Lokasi: Kediaman Masing-Masing.
Sasaran: Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 Mutiara, 5 Makmur dan 5 Aman.
Aturcara Program.
1. Ucapan & Taklimat Pengetua.
    Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias
2.SOP Persekolahan - Pergerakan Murid
   Pn. Zunaidah Zakaria, PKHEM
3.Sesi Soal Jawab
4. Tamat.

Antara tujuan program ini diadakan untuk memberitahu awal kepada pelajar berkenaan dengan tatacara pergerakan murid ke sekolah, apabila persekolahan mula beroperasi pada 24 Jun 2020 iaitu hari Rabu minggu hadapan. Pihak sekolah, meminta agar semua murid dapat bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi ekoran terlalu lama duduk di rumah kerana Pandemik Covid:19 yang merupakan wabak virus penyakit mudah berjangkit melibatkan seluruh dunia. Ybhg Datin Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, Maktab Sabah menekankan kepada pelajar agar bertanggungjawab menjaga keselamatan, disiplin diri dan kesihatan masing-masing dengan mematuhi SOP yang disediakan sebagai mana saranan KKM, MKN dan KPM. Disamping menekankan tentang aspek penjarakan sosial bagi membendung virus tersebut, Pengetua juga mengingatkan murid-murid agar fokus pada akademik dan seringkali membuat ulang kaji serta menjayakan pembelajaran online sebelum sekolah berjalan seperti biasa, kerana peperiksaan SPM tetap ada dan akan diduduki.
Unit Bimbingan Kaunseling, Maktab Sabah diberi kepercayaan untuk mengatur program seumpama ini. Adalah diharapkan perhimpunan online yang berfasa ini dapat membantu memberi info awal kepada semua pelajar Tingkatan 5, serta menghebahkan maklumat ini kepada pelajar yang tidak berjaya menyertainya. Perhimpunan online serupa juga telah diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 Kerjasama, 5 Tertib dan 5 Bahagia pada 17 Jun 2020 - Rabu jam 9.30 pagi. Program ini yang sepatutnya dilaksanakan pada 16 Jun 2020 terpaksa dituna kerana lawatan pemantauan PPD Kota Kinabalu ke sekolah pada tarikh tersebut bagi melihat persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sekolah menerima pelajar kembali ke sekolah.






























No comments: