Wednesday, June 17, 2020

PERHIMPUNAN PASCA PERSEKOLAHAN ONLINE PKPP.

Tarikh: 17 Jun 2020 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi
Lokasi : Kediaman masing-masig.

Hari ini, Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah telah mengadakan Perhimpunan Pasca Persekolahan Online PKP yang melibatkan hanya tiga buah kelas sahaja iaitu kelas Tingkatan 5.Kerjasama, 5 Tertib dan 5 Bahagia. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan kepada murid berkenaan dengan SOP yang perlu dipatuhi apabila persekolahan di buka nanti iaitu tanggal 24 Jun 2020 (Rabu). Daripada 6 buah kelas Tingkatan 5 sebelum ini akan menjadi sebanyak 12 buah kelas persekolahan PKPP yang akan melibatkan kelas-kelas Tingkatan 3 diguna pakai bagi agihan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Adalah dinasihatkan agar pelajar membawa bekalan masing-masing bagi mengelak bersusun di kantin sekolah. Selain itu, pelajar juga diingatkan agar sentiasa memakai pelitup muka sepanjang persekolahan dan kerap mencuci tangan atau membawa hand sanitizer. Tambahan paip air dan singki mencuci tangan telah pun diperbanyakkan, misalnya di Anjung Saujana, di laluan tangga naik dan turun dan dihadapan pondok pengawal sekolah.
Dalam program ini Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C menyampaikan ucapan dan taklimat berkenaan dengan tatacara pergerakan murid apabila sampai di sekolah. Hanya pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja yang memulakan persekolahan pada tarikh tersebut. Program seperti ini dijadualkan kepada Tingkatan 5 Mutiara, 5 Makmur dan 5 Aman pada 16 Jun 2020 hari Selasa, namun tertunda ekoran lawatan pemantauan PPDKK ke sekolah bagi melihat persiapan persekolahan pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan cuba memanjangkan perkara ini kepada baki pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 untuk memutuskan rantaian covid:19.
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang.




















































1 comment:

sabah college said...

Semoga mendatangkan manfaat.