Saturday, June 20, 2020

Ingatan Mesra Melalui Muzik.


Pesanan dan ingatan mesra kepada anak-anak murid dari Datin Pengetua, Unit Bimbingan Kaunseling, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab mengenai dengan pematuhan dan penjarakan sosial apabila kembali ke sekolah nanti. Semoga usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak mampu memberi maklumat kepada murid dan berjaya memutuskan rantaian covid:19 yang merupakan satu wabak penyakit yang berbahaya. Didoakan anak-anak agar terus bersekolah dengan penuh semangat dan mematuhi SOP yang diberikan. Anak-anak juga digalakkan untuk membawa bekal sendiri dari rumah supaya lebih terjamin kebersihannya serta mengelakkan dari bersusun panjang ke kantin sekolah. Sekiranya, anak-anak murid Maktab Sabah mengetahui lebih lanjut tentang SOP persekolahan bolehlah menghubungi cikgu secara terus ataupun menghubungi telefon sekolah di talian 088-225201.
Slogan Kita Jaga Kita. Kita Teguh Kita Mesti Menang.

No comments: