Sesi persekolahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 4 Mei 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun 2020 susulan pandemik covid19 akan beroperasi sedikit masa lagi. Namun Maktab Sabah dibawah Pengurusan Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, telah meminta Anggota Kumpulan Pelaksana dan sebahagian anggota G20 memastikan SOP disediakan dan dipatuhi apabila sekolah beroperasi nanti. Penjarakkan satu meter di dalam bilik darjah yang menempatkan 18 atau 17 orang murid dilakukan. Sebanyak 12 buah kelas untuk pelajar Tingkatan 5 di aliran perdana dan selebihnya pelajar Tingkatan 6 di bangunan SCC. Pembelajaran secara online tempoh PKP diteruskan sejak 9 Jun 2020 sebaik tamat cuti persekolahan pertengahan tahun. Adalah diharapkan semua warga sekolah masih fokus dan komiten tentang tugas sebagai guru dan sebagai murid bagi memastikan kecemerlangan dapat dicapai dan dikekal serta ditambah baik. Ybhg Datin Pengetua, mengingatkan supaya semua warga Maktab Sabah mematuhi garis panduan yang dikuatkuasakan oleh KKM, MKN dan KPM sendiri bagi memastikan semua guru yang benar-benar sihat dan tidak ada gejala atau simptom kembali ke sekolah sekolah seperti biasa apabila persekolahan dibuka. Hanya pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 diberi keutamaan dan pelajar-pelajar lain secara berperingkat.
No comments:
Post a Comment