Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Wednesday, March 31, 2021


Seorang yang pandai membuat barangan berasaskan kayu di panggil tukang kayu. Biasanya, seorang tukang kayu adalah seorang yang sabar dan tekun menjalankan aktivitinya. Seorang tukang kayu yang berwibawa amat mementingkan kos dan jimat dalam membelanjakan wang.Kayu-kayu lebihan semasa membuat sesuatu barangan tidak akan dibuang begitu sahaja kerana lambat laut kayu-kayu itu akan digunakan untuk membuat barangan lain.

Pepatah tukang tidak membuang kayu  bermaksud orang cerdik selalunya berhemat dan berhati-hati di dalam melakukan sesuatu.



Seorang pelajar yang cemerlang tidak akan mensia-siakan apa yang dipelajari. Semua yang ditelaah digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan. Pelajar cemerlang amat mementingkan markah. Mereka amat berkira dengan markah yang bakal diperoleh. Satu markah sahaja dapat membezakan seorang itu sama ada dia layak mendapat markah A atau B.

Bagi mereka yang hebat, persediaan-persediaan berikut dilakukan;

1. Persediaan awal - perbanykkan latihan

2. Sebulan sebelum peperiksaan - mampu menceritakan apa yang dipelajari kepada kawan-kawan.

3. Semalam sebelum peperiksaan - pastikan tidur yang berkualiti dan cukup, serta alat tulis tersiap sedia untuk dibawa ke dewan peperiksaan.

4. Sebelum peperiksaan - bangun awal pagi, sarapan pagi, bersiap ke bilik air serta dokumen penting dibawa ke dewan peperiksaan.



Rumusan.

Ilmu yang diperoleh sejak melangkah ke sekolah amat penting dan berguna selama-lamanya. Sewaktu pra sekolah, anak-anak diajar mengenal huruf. Jika kita abaikan, huruf-huruf berkenaan, sudah pasti kita tidak dapat belajar sehinggan ke tingkatan 5. Mereka yang cemerlang bersiap sedia untuk menghadapi masa-masa akan datang serta tidak lupa kepada apa yang dipelajar sebelumnya.

Allah SWT, berfirman di dlaam al-Quran; 

'Bermaksud;'Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiap yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Allah juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya;. Surah al-Isra: ayat 36.

Seseorang yang rajin bekerja dan berusaha akan mendapat apa yang diinginkan dengan izin Allah SWT. Tetapi rezeki yang diperoleh tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran:

Bermaksud;'Bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi apa yang diusahakan.' Surah an-Najm:ayat 39



Tuesday, March 30, 2021




























Majlis Guru Kaunseling Daerah Kota Kinabalu telah melaksanakan Bengkel Youtuber dan Blogspot. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu di kelolakan oleh Majlis Guru Kaunseling Daerah Kota Kinabalu dan usahasama Managment Science University Cawangan Kota Kinabalu.
Penyempurnaan majlis ini disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Kassim Haji Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Yang Berusaha En.Suif Bin Sainan, Pengetua Kolej MSU. Dalam ucapan perasmian, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,memberi penekanan supaya guru-guru bimbingan dan kaunseling, harus berlari pantas seiring  dengan kepantasan teknologi berinformasi dalam membantu kecemerlangan modal insan dan institusi pendidikan. 
Dalam majlis ini juga, turut diraikan staf MSU yang menamatkan perkhidmatannya kerana menjaga kebajikan ibu bapa yang uzur iaitu Puan Hajar Ambolou. Semoga hubungan persahabatan terus terjalin kukuh.

Monday, March 8, 2021

Untuk cemerlang, pelajar perlu mengotimumkan penggunaan otak iaitu melatihkan diri mengembangkan keupayaan dan meningkatkan penggunaan kedua-dua bahagian otak. Untuk meningkatkan keupayaan minda ini, ada beberapa syarat yang perlu ada dalam diri pelajar iaitu:

HATI DAN MINDA PELAJAR MESTI BERSIH.

Hubungan antara akal dengan hati adalah amat rapat sekali di mana hati adalah seumpama lombong atau mata air kepada akal dan ilmu. Firman Allah SWT yang bermaksud; 'Tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi sehingga mereka mempunyai hati yang boleh berfikir (memahami)(al-haj:46)


Berfikir adalah kerja yang paling sukar dan mungkin sebab mengapa sedikit sekali manusia yang melibatkan diri dengannya.

Berfikir adalh tidak salah, tetapi adalah salah jika tidak berfikir. Persoalannya, berapa ramaikah yang berfikir untuk tidak bersalah?

Di samping itu junjungan besar kita juga pernah bersabda yang bermaksud;

i. akal itu ialah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu.

ii.ketahuilah bahawa perbandingan akal dalam hati itu ialah seperti lampu dalam rumah'.

Prof Hj. Mokhtar Yahya, pernah menulis bahawa akalialah suatu sifat daripada jiwa yang merupakan salah satu daripada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal, jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma'qal (yang dapat difikirkan) dan yang mahsus ( yang dapat dikesan oleh pancaindera)

Al-Maawardi pula menyatakan bahawa akal itu bertempat di hati kerana hati adalah lombong (sumber) kepada kehidpuan manusia dan merupakan bahan atau alat untuk merasa (perasaan). bagi membersih hati dan minda kita. Pelajar perlu melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud;

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah akan tenanglah semua hati.'(Ar-Ra'ad:28)

Rasulullah SAW pernah bersabda;

'Tiadalah beragama orang yang tiada berakal dan tiadalah berakal orang yang tiada beragama.

Justeru kerana itu pelajar perlu menjauhkan diri daripada melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan agam suci kita. Aktiviti-aktiviti ini akan dilaknat oleh Allah SWT dan memberikan dosa kerana dosa ini akan menutup mata hati seseorang pelajar. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud; 'Dosa itu mengalahkan hati'.




SIKAP DAN PEMIKIRAN YANG POSITIF.

Sebagaimana telah dibincangkan,untuk membangunkan minda, pelajar perlu mempunyai sikap dan pemikiran yang positif. Mengikut pakar-pakar motivasi, apabila pelajar telah mempunyai sikap dan pemikiran yang positif yakni apabila pelajar sudah mula melakukan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna sebenarnya 60% kejayaan sudahpun dicapai. Sikap ingin terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan minda yang cergas dan jiwa yang tenang adalah amat perlu dilakukan.

Meminimakan Gangguan.

Untuk meningkatkan keupayaan minda, pelajar perlu meminimakan segala gangguan yang mungkin timbul. Ini adalah keranan gangguan ini akanmenghalang kelancaran proses pembelajaran pelajar. Secara umumnya, terdapat dua gangguan utama di dalam diri pelajar iaitu;

i. Gangguan luaran.

Gangguan ini berpunca daripada pancaindera seperti mata, telinga, hidung dan anggota-anggota badan yang lain. Kesannya, gangguan penglihatan, pendengaran, bau, rasa, kepanasan, kesejukan dan lain-lain gangguan akan berlaku. lazimnya pelajar boleh mengatasi atau meminimakan gangguan lain.

Sebagai contoh untuk mengelakkan gangguan penglihatan dan pendengaran, pelajar bolehlah mengulangkaji di tempat yang sunyi dan selesa seperti di perpustakaan atau di bilik yang khusus. Seringkali terdapat pelajar yang mengulangkaji di bilik studi yang bersebelahan dengan dapur atau bilik menonton elevisyen. Maka sudah tentu berbagai gangguan luaran akan berlaku.

ii. Gangguan dalaman atau mental.

Gangguan ini timbul akibat daripada pelajar itu sendiri. Pelajar mempunyai sikap yang negatif dan mempunyai jiwa yang tidak tenteram. Hal ini berlaku kerana pelajar:
  • tidak membuat persiapan sejak dari awal lagi.
  • tidakmempunyai matlamat yang jelas.
  • tidak pandai menguruskan masa
  • banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.


MENGELAKKAN GANGGUAN.

Justeru kerana itu pelajar perlu mengelakkan segala gangguan-gangguan yang disebutkan di atas. di antara cara-cara yang pelajar boleh gunakan untuk mengelakkan atau memnimakan gangguan-gangguan ini ialah;

1. Sentiasa meminta doa dan bertawakal kepada Allah SWT. Antara doa-doa yang boleh dimalankan ialah:
a. 'Wahai Tuhan kami, ampuniah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa orang mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau memasukkan perasaan dengki khianat ke dalam hati orang-orang yang beriman kepadaMu. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

b. 'Ya Allah, tadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau mengkehendakinya'.

c. 'Ya Allah, ilhamilah aku ilmu yang dengannya aku boleh mengettahui segala perintahMu dan dengannya aku boleh mentehaui segala laranganMu, rezekanlah aitu padaku, Ya Allah.

Ya Allah berikanlah padaku kefahaman yang mendalam daripada nabi, kefasihan hafalan para rasul dan kecepatan ilham para malaikat al_muqarrabin, dan muliakanlah aku.

Ya Allah, dengan cahaya ilmu dan kecepatan pemahaman dan bukalah untukku pintu-pintu rahmatMu dan ajarlah aku rahsia-rahsia hikmahMu, wahai tuhan semesta alam'.

2. Melakukan proses pembelajaran atau ulangkaji di tempat-tempat yang tidak ada gangguan dan yang mempunyai suasana pembelajaran yang selesa dan meneyeronokkan.

3. Bijak di dlaam memilih teknik-teknik pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar.

4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik.

5. Membuat persiapan sejak dari awal-awallagi.

6. Merancang, melaksana dan menguruskan masa secara bijaksana.

Mengemaskini Bahan- bahan Pembelajaran.

Untuk menguatkan ingatan dan memudahkan proses mengukangkaji pembelajaran, pelajar perlu mengemaskinikan bahan-bahan yang hendak diulangkaji. Pelajar perlu membuat nota-nota ringkas kerana bahanbahan yang panjang, tidak tersusun serta bercampur aduk akan menyukarkan proses mengulangkaji pelajaran. Apabila bahan ini telah tersusun dengan elok maka dengan sendirinya minda kita bersedia untukmenerimanya dan pelajar seronok untuk mengulangkaji pelajaran.



Pilih Teknik Yang Paling Sesuai Untuk Mengulangkaji.

Sama ada pelajar sedar atau tidak, terdapat berbagai teknik untuk mengulangkaji pelajaran. Mungkin teknik-teknik ini telahpun pelajar gunakan dan mungkin juga satu atau dua teknik yang lain boleh digunakan pada masa yang sama untuk menambahkan lagi keberkesanan proses pembelajaran. Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah:

1. Teknik Ulangan.

Teknik yang banyak dan lazim digunakan iaitu pelajar melakukan proses pembelajaran atau mengulangkaji secara berulang kali sehingga bahan pembelajaran itu telah dihafal, difahami dan  diingat.

2.Teknik Menggambarajah.

iaitu pelajar menggambarkan  bahan-bahan pembelajaran di dalamminda atau melukiskannya kembali di atas kertas setelah selesai mengulangkaji pelajaran.

3. Teknik Perkaitan.

Apabilapelajar mempelajari sesuatu topik cuba kaitkan bahan pembelajaran tersebut dengan benda-benda, perkara atau suasana yang berlaku atau yang terdapat di sekeliling kita. Sebagai contoh, cuba kaitkan punca-punca berlakunya banjir kilat dengan keadaan sungai yang semakin cetek akibat pembuangan sampah-sarap atau keadaan bukit-bukit yang semakin gondol.

4. Teknik Penggunaan.

Iaitu pelajar cuba menggunakan konsepatau teori yang dipelajari dengan pengguaan sebenar di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, cuba kaitkan konsep geseran dengan permukaan tapak kasut atau tayar yang sudah botak. Apa akan terjadi? Dengan mengaitkan konsep yang dipelajari dengan penggunaan seharian , pelajar akan lebih mudah memahami dan mengingati tentang perkara yang dipelajari. Selain daripada itu latihan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan selepas sesuatu topik atau soalan-soalan peperiksaan yang lalu adalah merupakan salah satu teknik penggunaan.

5. Teknik Longgokan.

Iaitu pelajar mengulangkaji secara mengkelas, mengumpul, mengkategori atau melonggok fakta-fakta, konsep-konsep atau tajuk-tajuk pembelajaran supaya lebih mudah untuk megulangkaji dan mengingatinya. Sebagai contoh pelajar melakukan ulangkaji pemindahan haba di dalam pepejal iaitu melalui konduksi, di dalam cecair iaitu melalui olakan dan di dalam gas iaitu melalui pancaran sekaligus kerana konsep pemindahan haba di dalam pepejal, cecair dan gas adalah sama.

6. Teknik Menyoal.

Salah satu teknik yang amat berkesan untuk mengulangkaji ialah dengan pelajar menyoal kepada diri sedniri tentang konsep, fakta, teori dan formula atau apa sahaja apabila selesai mengulangkaji pelajaran. Setelah mengulangkaji sesuatu topik, cuba fikirkan apakah soalan-soalan yang boleh ditanya berkaitan dengan apa yang telah dibaca. Cuba teka sendirisoalan-soalan tersebut. Dengan sendirinya pelajar akan mengingati kembali apa yang telah dibaca.

Pelajar juga dengan sendirinya akan mengenalpasti kata kunci, perkara-perkara penting, konsep-konsep penting atau teori untuk diingat. Ini sudah pasti akan meningkatkan kecerdasan minda pelajar dan melatih diri supaya sentiasa berfikir. Sebagai contoh soalan-soalan yang mungkin boleh ditanya kepada diri sendiri apabila selesai mengulangkaji sesuatu topik ialah:
  • Kenapa proses ini boleh berlaku?
  • Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian ini?
  • Bagaimanakah untuk mengatasi kejadian ini daripada berlaku lagi?
  • Kenapakah pembangunan lebih pesat berlaku di negeri-negeri pantai barat?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
  • Siapakh orang yang pertama sekali menjejaki kaki di Gunung Everset dan bila?

7. Teknik Mengajar.

Untuk lebih mengingati tentang apa yang dipelajari, pelajar adalah digalakkan untuk mengajar atau memberitahu kepada kawan-kawan tentang sesuatu konsep, fakta, teori atau formula. Sebab dengan melakukan teknik ini pelajar sebenarnya mengulangkaji kembali tentang apa yang telah dipelajari malah pelajar akan lebih faham dan ingat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud
"Ajarkan ilmu kepada orang yang belum tahu dan belajarlah kamu dari orang lain yang berilmu akan apa yang kamu tidak tahu. Apabila kamu berbuat demikian, kamu akan tahu apa yang kamu tak tahu dan kamu ingat atau hafal apa yang kamu sudah tahu".



MEMASTIKAN KESIHATAN DIRI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG TERBAIK.

Sebagaimana yang telah dibincangkan, tubuh badan yang sihat adalah merupakan syarat untuk mencapai kecemerlangan. Dengan mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat, pelajar bukan sahaja dapat mengulangkaji dengan sempurna tetapi juga dapat melakukan ibadat seperti sembahyang, berpuasa, zikir dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan tubuh badan yang sihat walafiat. Antara doa-doa yang boleh diamalkan ialah:

Ya allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku. ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada telingakum Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada mataku, Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kepapaan. Ya Allah, hamba berlindung kepadaMu dari kesengsaraan azab kubur, sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada keras hati, selalu lupa, kehinaan dan kemiskinan. dan aku berlindung denganMu daripada sifat-sifat fasik, suka berbantahan dan bermegah-megah, dan aku berlindung denganMu dari kejahatannya pendenragan, jahatnya sikap membisu dan aku berlindung denganMu dari penyakit gila, kusta dan dari busuknya penyakit.


AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MERANGSANGKAN KEUPAYAAN MINDA.

Di samping itu pelajar-pelajar juga perlu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang dan meningkatkan keupayaan minda. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

1. Membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajaran pelajar. Ini termasuklah membaca berbagai-bagai buku, majalah atau akhbar-akhbar harian Malaysia seperti Berita Harian, New Strait Times, Mastika, Reader Diegest, al islam dan lain-lain lagi. Elakkan atau kurangkah daripada membaca majalah Gila-Gila, mangga, URTV dan lain-lain lagi yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan pembelajaran di sekolah.

2. Menonton rancangan televisyen yang boleh meningkatkan pengetahuan dan keupayaan minda. Ini termasuklah rancangan global, Berita Dunia jam 10.00 malam, Linggo, Silang Kata, Wawancara, Forum Islam, majalah 3 dan lain-lain lagi. Elakkan atau kuirang daripada menonton rancangan hiburan malam minggu,muzik-muzik, cerita hindustan dan lain-lain lagi. Pelajar tidak semestinya mengenepikan terus aspek hiburan tetapi pendedahan yang berlebihan kepada hiburan akan menyebabkan minda pelajar menjadi pasif dan pelajar akan lupa akan matlamat utama untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga aspek-aspek rohani dan jasmani.

Sunday, March 7, 2021

UNTUK menjadi cemerlang, pelajar perlu menggunakan minda yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua. Sebenarnya otak yang ada pada kita adalah merupakan aset yang tidak ternilai kerana dengannya kita dapat berfikir dengan cergas dan dapat memenuhi matlamat yang telah kita tetapkan.

Untuk cemerlang kita perlu menggunakan otak untuk berfikir. Berfikir bermakna kita menggunakan otak secara baik, tepat dan kreatif iaitu kita menggunakan kemampuan otak seoptimum yang boleh. Sebenarnya, tanpa kita sedari otak kita memang cukup hebat, ada keajaiban yang cukup luar biasa dan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Di dalam otak kita ada trilion sel saraf atau neuron dan di dalam neuron ada nukleus yang menyimpan maklumat tentang diri seseorang yang dikenali sebagai DNA. Neuron ini akan saling berhubung semasa kita berfikir, bermain, belajar dan tidur. Menurut Imam Al -Ghazali akal atau ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

1. Akal Gharizi - akal atau ilmu yang diperolehi secara semulajadi sejak dari kecil lagi.

2. Akal Muktasab - akal atau ilmu yang diperoleh secara berusaha atau belajar dengan menggunakan pengalaman orang lain atau pengalaman sendiri.

'Ditanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling pintar?'Rasulullah SAW menjawab 'Orang yang berakal'. Ditanya lagi, Sapakah orang yang paling berbakti? 'Rasulullah SAW menjawab, 'Orang yang berakal. 'Mereka bertanya lagi: Siapa orang yang paling utama? Rasulullah SAW menjawab; "Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal. Riwayat Ka'ab dan Abu Hurairah.

Justeru kerana itu untuk memperoleh ilmu, kita mesti menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kita perlu sedar bahawa Allah adalah sumber ilmu dengan kitab suci Al-Quran adalah sumber segala ilmu dan pengetahuan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "Allah mengurniakan hikmah (rahsia ilmu) kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan sesiapa yang dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikiran. (Al-Baqarah :269)

Otak manusia diibaratkan seperti sebilah pisau. Sekiranya tidak digunakan, ianya akan berkarat dan tumpul. Kita tahu bahawa pisau mempunyai ketajaman apabila diasah dan ketajaman pisau ini diibaratkan seperti kita mempunyai minda yang cergas. Minda bukanlah mempunyai anatomi seperti otak tetapi merupakan sistem yang penting untuk mengarah dan mengawal otak untuk berfungsi.

Berdasarkan kajian, didapati otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri yang mengawal bahagian kanan anggota badan menguasai fungsi tertentu yang bercorak analitik. Ini termasuklah aktviti-aktiviti bercorak akademik yang berkaitan dengan perkataan, logik, nombor, susunan senarai, rantaian dan analisis.

Di antara aktiviti-aktiviti yang diproses di bahagian otak kiri ialah:

1. melukis carta

2. melukis graf

3. menyalin nota.

4. menyenarai dan mengkelaskan.

5. membaca dan membuat analisis.

6. menentukan perbezaan sifat-sifat.

7. penyelesaian masalah secara pemikiran logik.

8. melakukan kiraan.

9. mengingatkan semula faktor / konsp.

10.menilai sesuatu masalah secara objektif.

11.mengrasionalkan sesuatu masalah.



Anda fikir anda tewas, anda akan tewas, bila anda fikir anda takut, anda akan takut. Jika anda suka menang, tetapi anda fikir anda tidak boleh, besar kemungkinan anda tidak akan menang

Jika anda fikir anda kalah, anda akan kalah, kerana didunia ini telah kita temui, kejayaan bermula dari niat insan, semuanya tertanam dalam mindanya.

Jika anda fikir anda tersisih, anda betul tersisih. Anda patut berjiwa besar untuk maju. Anda patut yakin pada diri sebelum anda boleh memenangi hadiah.

Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas.

Lambat laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh.



Otak kanan pula menguasai bahagian kiri anggota badan. Ia memproses maklumat yang bukan bercorak analitik dan berturutan. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan irama, imaginasi, warna, khayalan, kedudukan ruang, corak serta dimensi. Dengan kata lain otak kanan mengawal perasaan dan persepsi visual.

Di antara aktiviti-aktiviti-aktiviti yang diproses di bahagian otak kanan ialah;

1. mencipta dan mereka bentuk.

2. memberikan sifat-sifat persamaan.

3. membuat pola atau corak.

4. melihat perhubungan secara keseleruhuan.

5. membuat peta minda.

6. menilai secara subjektif.

7. menulis secara kreatif.

8. membaca dan membuat sintesis.

9. membuat gambaran secara menyeluruh.

10. bermain muzik, mencipta lagu, drama, kraetif dan lakonan.

11. membuat ukuran.



Friday, March 5, 2021

PERANCANGAN HARIAN.

Untuk memastikan misi dan visi yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan sepenuhnya, pelajar perlu merancang aktiviti-aktiviti harian yang akan dilakukan. Dengan adanya perancangan aktiviti harian ini pelajar akan mengisi masa yang ada dengan sepenuhnya dan aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih terancang. Perancangan harianini juga akan memupuk tabiat menghargai masa dalam diri pelajar. Pelajar perlu melakukan perancngan harian ini setiap hari. Contoh perancangan harian adalah seperti berikut:

Masa:                    Aktiviti Yang Hendak dilakukan.

Pagi                    : Sekolah

Petangg               : Menyiapkan Kerja Rumah

Malam                : Mengulangkaji pelajaran.



PERANCANGAN MINGGUAN.

Ini merupakan perancangan terperinci aktiviti yang akan pelajar lakukan setiap hari selama seminggu. Ia merupakan aktiviti tetap yang perlu pelajar patuhi demi untuk mengelakkan pelajar daripada membuang masa secara sia-sia. Contoh Perancnagan mingguan;

                                                            Aktiviti Yang Hendak Dilakukan.

Masa:        Ahad        Isnin        Selasa            Rabu        Khamis        Jumaat        Sabtu        Ahad 

Pagi    :

Petang:

Malam:


PERANCANGAN BULANAN.

Perancnagan bulanan adalah ringkasan matlamat yang hendak dicapai dalam setiap hari di dalam bulan tersebut. Bentuknya adalah mehyerupai kalendar yang ada, bermula dari tarikh awal bulan hingga tarikh akhir penghujung bulan, Contoh perancngana bulanan;

Ahad        Isnin        Selasa        Rabu        Khamis        Jumaat        Sabtu       

1                2                3                4                5                6                7

8                9                10                11             12             13              14

15            16                17                18            19             20                21

22            23                24                25            26               27            28

29            30                31


Setelah kesemua perancnagan ini dilaksanakan,pelajar perlu menilai kesemua aktiviti yang telah dilakukan, kenalpasti;

1. Berapa banyakkah aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan.

2. Sekiranya terdapat gangguan atau halangan untuk melaksanakan aktiviti tersebut, bagaimanakah cara untuk mengatasinya.

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil supaya semua perancangan yang dibuat berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

4. Apakah pengubahsuain yang boleh dilakukan agar perancangan tersebut menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan  untuk pelajar mengikutinya.



PERANCANGAN MASA UNTUK SATU SEMESTER.

Untuk pelajar-pelajar universiti, perancangan masa untuk satu semester amat bermanfaat untuk dibuat. Bagi mengelakkan daripada pelajar mengalami tekanan masa apabia menjelangnya waktu peperiksaan,waktu ujian dan waktu menghantar tugasan atau kerja kursus pelajar perlulah membuat perancngan ini. Contoh perancangan satu semester seperti berikut;

Minggu        Kegiatan dan Perkara Utama        Tugasan  1-6        Catatan.


Lazimnya setiappermulaan semester pelajar akan dibekalkan kalendar perancangan semester oleh unit perancangan dan pembelajaran.Pelajar perlu menandakan di dalam kalendar ini aktiviti-aktiviti penting yang akan berlaku serta tarikhnya sekali.

Pelajar yang tidak membuat perancangan masa satu semster ini pasti akan mengalami tekanan masa sibuk. Ini adalah keranan pelajar akan tertipu dengan perangkap masa menyebabkan mereka;

1.Lebih sukan untuk releks pada minggu 1 hingga 4 dan cuti perayaan.

2.Pelajar mula merasa tertekan pada minggu ke 6 dan 7,lebih-lebih lagi minggu ke 13 hinggalah minggu peperiksaan.

3. Pelajar hanya boleh mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan seminggu sebelumpeperiksaan. Ini adalah kerana masa yang lain terpaksa dihabiskan untuk membuat tugasan.

Sebaliknya pelajar yang membuat perancangan satu semester akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang kerana;

1.Pelajar fdapat membahagikan masa secara bijaksana untuk mengagih-agihkan kesemua kerja disepanjang semester.

2.Pelajar dapat merancang masa yang ada untuk melakukan kesemua aktiviti-aktiviti mengikut senarai keutamaan.



LOG MASA.

Log masa ialah kaedah yang dogunakan untukmenganalisa penggunaan masa oleh seseorang pelajar. Caranya sama sepeerti perancangan harian. Tujuannya ada untuk  mengenalpasti tabiat pengguaan masa dan mencari aktivit-aktiviti pembaziran masa yang sering dilakukan tanpa pelajar sedari.

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414