Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Ancaman Gajet dan Internet. (Pornografi)

Mutakhir ini semakin banyak kes salah laku seksual yang melibatkan remaja bawah umur yang berpunca daripada penggunaan gajet / internet tanp...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, March 7, 2021

UNTUK menjadi cemerlang, pelajar perlu menggunakan minda yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua. Sebenarnya otak yang ada pada kita adalah merupakan aset yang tidak ternilai kerana dengannya kita dapat berfikir dengan cergas dan dapat memenuhi matlamat yang telah kita tetapkan.

Untuk cemerlang kita perlu menggunakan otak untuk berfikir. Berfikir bermakna kita menggunakan otak secara baik, tepat dan kreatif iaitu kita menggunakan kemampuan otak seoptimum yang boleh. Sebenarnya, tanpa kita sedari otak kita memang cukup hebat, ada keajaiban yang cukup luar biasa dan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Di dalam otak kita ada trilion sel saraf atau neuron dan di dalam neuron ada nukleus yang menyimpan maklumat tentang diri seseorang yang dikenali sebagai DNA. Neuron ini akan saling berhubung semasa kita berfikir, bermain, belajar dan tidur. Menurut Imam Al -Ghazali akal atau ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

1. Akal Gharizi - akal atau ilmu yang diperolehi secara semulajadi sejak dari kecil lagi.

2. Akal Muktasab - akal atau ilmu yang diperoleh secara berusaha atau belajar dengan menggunakan pengalaman orang lain atau pengalaman sendiri.

'Ditanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling pintar?'Rasulullah SAW menjawab 'Orang yang berakal'. Ditanya lagi, Sapakah orang yang paling berbakti? 'Rasulullah SAW menjawab, 'Orang yang berakal. 'Mereka bertanya lagi: Siapa orang yang paling utama? Rasulullah SAW menjawab; "Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal. Riwayat Ka'ab dan Abu Hurairah.

Justeru kerana itu untuk memperoleh ilmu, kita mesti menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kita perlu sedar bahawa Allah adalah sumber ilmu dengan kitab suci Al-Quran adalah sumber segala ilmu dan pengetahuan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "Allah mengurniakan hikmah (rahsia ilmu) kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan sesiapa yang dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikiran. (Al-Baqarah :269)

Otak manusia diibaratkan seperti sebilah pisau. Sekiranya tidak digunakan, ianya akan berkarat dan tumpul. Kita tahu bahawa pisau mempunyai ketajaman apabila diasah dan ketajaman pisau ini diibaratkan seperti kita mempunyai minda yang cergas. Minda bukanlah mempunyai anatomi seperti otak tetapi merupakan sistem yang penting untuk mengarah dan mengawal otak untuk berfungsi.

Berdasarkan kajian, didapati otak manusia terbahagi kepada dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri yang mengawal bahagian kanan anggota badan menguasai fungsi tertentu yang bercorak analitik. Ini termasuklah aktviti-aktiviti bercorak akademik yang berkaitan dengan perkataan, logik, nombor, susunan senarai, rantaian dan analisis.

Di antara aktiviti-aktiviti yang diproses di bahagian otak kiri ialah:

1. melukis carta

2. melukis graf

3. menyalin nota.

4. menyenarai dan mengkelaskan.

5. membaca dan membuat analisis.

6. menentukan perbezaan sifat-sifat.

7. penyelesaian masalah secara pemikiran logik.

8. melakukan kiraan.

9. mengingatkan semula faktor / konsp.

10.menilai sesuatu masalah secara objektif.

11.mengrasionalkan sesuatu masalah.



Anda fikir anda tewas, anda akan tewas, bila anda fikir anda takut, anda akan takut. Jika anda suka menang, tetapi anda fikir anda tidak boleh, besar kemungkinan anda tidak akan menang

Jika anda fikir anda kalah, anda akan kalah, kerana didunia ini telah kita temui, kejayaan bermula dari niat insan, semuanya tertanam dalam mindanya.

Jika anda fikir anda tersisih, anda betul tersisih. Anda patut berjiwa besar untuk maju. Anda patut yakin pada diri sebelum anda boleh memenangi hadiah.

Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas.

Lambat laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh.



Otak kanan pula menguasai bahagian kiri anggota badan. Ia memproses maklumat yang bukan bercorak analitik dan berturutan. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan irama, imaginasi, warna, khayalan, kedudukan ruang, corak serta dimensi. Dengan kata lain otak kanan mengawal perasaan dan persepsi visual.

Di antara aktiviti-aktiviti-aktiviti yang diproses di bahagian otak kanan ialah;

1. mencipta dan mereka bentuk.

2. memberikan sifat-sifat persamaan.

3. membuat pola atau corak.

4. melihat perhubungan secara keseleruhuan.

5. membuat peta minda.

6. menilai secara subjektif.

7. menulis secara kreatif.

8. membaca dan membuat sintesis.

9. membuat gambaran secara menyeluruh.

10. bermain muzik, mencipta lagu, drama, kraetif dan lakonan.

11. membuat ukuran.



0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414