Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, May 31, 2020
Mesyuarat secara online yang melibatakan Ahli Tertinggi Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya,Maktab Sabah dan Motivasi Kecemerlangan Diri secara talian dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu mulai 18 Mac hingga 9 Jun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Bersuarat bermula pada 14 Mei hingga 9 Jun 2020. Dalam tempoh tersebut, Maktab Sabah juga telah mengatur sesi mesyuarat guru secara google meet. Alhamdulillah, semasa tempoh PKP, selain dari pembelajaran secara online dan offline bermcam perkara dibuat bagi memastikan anak-anak murid terus fokus pada tugas utama mereka iaitu belajar sama ada secara sendirian mengulangkaji, mahupun melalui pembelajaran online ataupun  media massa di kaca televisyen.

Pandemik Covid 19, banyak meninggalkan peristiwa yang cukup berkesan dalam diri individu, keluarga, masyarakat, agama, negara., ekonomi, pelancongan, pengangkutan dan hubungan antara bangsa. Melalui pembelajaran secara online adalah salah satu kaedah bagi menangani penularan pandemik covid 19. Adalah tidak dinafikan, bahawa talian internet yang cukup baik akan membolehkan pembelajaran berlangsung dengan baik dan jika tak elok akan ada gangguan akan berlaku.

Kepada anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya yang menyertai program motivasi kecemerlangan diri secara talian, diharap dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan diri sendiri dan disebarkan kepada sahabat-sahabat apabila persekolahan dibuka nanti.

Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak memberi manfaat kepada warga sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.


































Thursday, May 14, 2020

Hari ini 14 Mei 2020 bersamaan dengan 21 Ramadan 1441H, iaitu kita berada di Bahagian ke 3,  10 hari terakhir di bulan Ramadan sebelum kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri di bulan Syawal. Bahagian pertama ialah rahmat, bahagian ke 2 keampunan manakala bahagian ke 3 kebebasan dari azab api neraka. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat.

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN BULAN RAMADAN.

1. Ketibaan Ramadan, umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan ibadah puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabadikan kepada Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai separuh daripada kesabaran.

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan Ramadan ada keistemewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.

8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi s.a.w yang bermaksud 'sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu'.

9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedomana manusia hingga ke akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang adanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
Wednesday, May 6, 2020
Pada tahun 2019, Unit Bimbingan kaunseling Maktab Sabah telah menerima seorang guru pelatih kaunseling selama 3 bulan. Semoga kehadirannya di lapangan sebenar dapat membantu ia berdepan dengan realiti dunia sebenar apabila bekerja nanti sebagai penjawat awam. Di hari terakhir beliau di Maktab Sabah, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Badan Pembimbing Rakan Sebaya, telah meraikan guru pelatih tersebut sebagai tanda sayang dan kenangan kepadanya. Sememangnya banyak jasa dan sumbangan yang ia berikan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah, merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudari Aliah Binti Alias.


















































































Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414